Seksanya manusia tak bayar ZAKAT



Salam sahabatku sekelian..
Ada yang masih belum membayar zakat fitrah? Kalau belum lagi baik pegi bayar sekarang. Jangan berlengah untuk membayar kerana duit zakat itu akan di berikan kepada fakir miskin yang tersangat memerlukan untuk menyambut hari lebaran. Jika kita bayar lebih awal maka cepatlah mereka terima bantuan. So guys... jom bayar zakat.

Kali ni kita cerita pasal zakat harta. Dalam bab zakat, rasanya masih ramai lagi manusia diluar sana yang tidak mengambil berat langsung tentang zakat harta. Bagi mereka itu tidak penting kerana harta mereka cari. Kenapa mesti perlu bayar zakat? Tettttt.... (soalan manusia sombong dan mudah lupa diri). Jika bukan kerana-Nya maka tidak ada harta yang mewah, kereta yang besar, emas berjuta2, tanah yang luas terbentang dan sebagainya.

Di antara hak Allah yang utama adalah zakat yang merupakan hak harta. Manusia2 yang tidak menunaikan zakat harta mereka akan diseksa dengan seberat2nya;
"Pemiliknya harta itu berwujud seekor ular botak yang memiliki dua bintik. Ular tu bergantung di leher pemilik dan mencengkeram tulang rahang manusia seraya berkata "Aku adalah hartamu, Aku adalah simpananmu"

Allah SWT berfirman; dan orang2 yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkan ke jalan Allah SWT maka khabarkan kepada mereka azab yang pedih, pada hari emas dan perak ditu dipanaskan di neraka jahanam, lalu dahi, lambung dan punggung mereka diseterika dengan emas dan perak itu. Itulah harta yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri. Maka rasalah apa yang telah kamu simpan (At Taubah ayat 34 - 35)

Dalam hadis Muslim diriwayatkan Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan hak hartanya itu, pada hari kiamat emas dan perak itu akan menjadi lempengan yang dipanaskan di neraka jahanam, lalu lambung, dahi dan punggung orang itu di seterika. Setiap kali lempengan itu dingin, dipanaskan kembali dan seterusnya selama satu hari lamanya (seakan lamanya seperti 50 ribu tahun) sehingga Allah berikan keputusan kepada hambanya2 sehingga manusia itu melihat jalan ke syurga atau neraka.

Begitu juga dengan manusia yang memiliki unta, lembu atau kambing yang tidak mengeluarkan zakat. Rasulullah SAW bersabda;
"Tidak ada pemilik unta, lembu dan kambing yang tidak menunaikan zakatnya kecuali ia ditiarapkan di tempat tanah yang lapang dan rata di hadapan seluruh unta, lembu dan kambing yang akan diinjak2, ditanduk dan digigit2 pada manusia itu. Setiap kali manusia itu mengelak maka akan datang yang lain dan seterusnya selama sehari yang lamanya sama dengan 50 ribu tahun, sehingga Allah SWT memberi keputusan di antara manusia2 itu melihat jalan ke syurga atau ke neraka".

P.S. Jika takut akan seksaan-Nya tunaikan kewajiban kita dan buatlah suruhan-Nya. Allh itu maha pengampun pada hambanya. Sebanyak mana pun harta yang kita kumpul, akan terasa ruginya jika tidak dikongsikan bersama kepada fakir miskin yang memerlukan.. =) Selamat Hari Lebaran untuk blogger dan pembaca setia Sayang kamu... xoxoxox

{ 8 comments.. read them below or add one }

etomyam etomyam Sabtu, September 04, 2010
perkongsian yang baik ni...semoga dapat dipelajari bersama
meowwmania meowwmania Sabtu, September 04, 2010
nauzubillah takutnya...

sy dah bayar, alhamdulillah :)
Abd Razak Abd Razak Sabtu, September 04, 2010
Salam...

Moga awak sihat hendaknya...

Sungguh, zakat itu sangat dituntut bukan hanya zakat fitrah tapi ianya merangkumi semua harta yang wajib dikeluarkan zakat...
nurmisnan nurmisnan Sabtu, September 04, 2010
salam etomyam
Ahamdullilah.. jika kita tahu kena bayar zakat maka segerakanlah..


salam meoww
seksaan dari Allah memang dahsyat..
dahsyatnya apabila emas itu ditempek ke dahi dan muka..
betapa sakitnya...


salam Ustaz AbdRazak
Alhamdullilah.. ana sihat sejahtera.
zakat ini memang dituntut untuk dibayar..
jika mampu membeli harta emas dll kenapa tidak
mampu membayar zakatnya..

Selamat Hari Lebaran untuk semua..
semoga persediaan dan sambutan Hari Lebaran
di rayakan dengan besederhana.. =)
sahromnasrudin sahromnasrudin Sabtu, September 04, 2010
salam..trime kasih atas teguran ini
alehkayong™ alehkayong™ Ahad, September 05, 2010
salam , terima kasih atas saya anggap pesanan ini.jangan didelay perintah Allah ini.dilaksana ianya akan memanafaatkan kita semua samaada sedar or tidak tidak dilaksana pasti memudaratkan.
nurmisnan nurmisnan Ahad, September 05, 2010
salam shahrom..
sama2 kasih.
InsyAllah.. jika perkara yang baik kita
sama2 saling2 mengingati..

selamat hari Lebaran shahrom.. =)
nurmisnan nurmisnan Ahad, September 05, 2010
salam alehkayong..
Benar.. perintah Allah harus diturukan..
jika tidak berat seksaannya untuk kita hadapi..

Jika azab satu hari (dibumi) kita tidak berdaya menahanya
apatah lagi menerima azab selamat 50 ribu tahun.. (takut)

Selamat berzakat dan selamat menyambut hari Lebaran.. berhati2 semua pabila pulang ke kampung =)