Jangan berkata KALAULAH

Salam 10 terakhir ramadhan sahabatku..
kebiasaan bagi kita jika telah berlaku sesuatu perkara yang tidak ingin berlaku baik kepada kita, sahabat, keluarga atau sesiapa sahaja dan kita akan sebut perkataan "KALAULAH aku tahu nak jadi begini......". Mesti adakan? Itu memang sudah menjadi kelemahan manusia. Tiada yang lebih sempurna dan kekal melainkan DIA.

Hadis Sahih Muslim daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah SAW bersabda;
Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing2 ada mempunyai kebaikan. Bersunggun-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat) dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah SWT dan janganlah berasa lemah, yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu", akan tetapi katakanlah "Takdir Allah dan Allah berbuat sekehendak-Nya". Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanyalah membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

P.S. Selepas ini cubalah untuk tidak menyebut perataan KALAULAH..... Jika terlepas juga kata2 tersebut maka segeralah berdoa memohon keampunan pada-Nya. InsyaAllah. Allah SWT akan membuka jalan dan mempermudahkan segala urusan Segala perkara baik atau buruk itu berlaku semuanya
atas kehendak-Nya. Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa untuk
kebaikan dan berdoa untuk menghindarkan
Jangan berkata KALAULAH

{ 13 comments.. read them below or add one }

meowwmania meowwmania Rabu, September 01, 2010
info yg sgt berguna, terima kasih :)

smoga Allah mengampunkan keterlanjuran kita..
white rose white rose Rabu, September 01, 2010
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
white rose white rose Rabu, September 01, 2010
salam akak...

kalau lah sy jumpe akak ni, mesti best kan...
heeeeee...

inilah silap kita menggunakan perkataan yg tak sepatutnya...

maka kita smua kena sentiasa berhati2 dengan percakapkan kita seharian...
transformed housewife transformed housewife Rabu, September 01, 2010
itu mmg perkataan yg biasa kita ucapkan. Insya Allah sama2lah kita cuba elakkan dr menggunakan perkataan itu lg.
etomyam etomyam Khamis, September 02, 2010
menarik..teringat pesan org2 tua, buah 'kalau' ni jika diletakkan di atas bukit pun boleh runtuh bukit huhu
Mr.Z Mr.Z Khamis, September 02, 2010
percaya kepada takdir tuhan setelah berusaha bersungguh2.. anggapla sekiranya berlaku perkara buruk itu adalah ujian dari Allah :)
sahromnasrudin sahromnasrudin Khamis, September 02, 2010
salam..trime kasih atas peringatan yg bermanfaat ini
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, September 02, 2010
salam meoww..
InsyaAllah.. Allah sentiasa memberi keampunan
kepada hambanya.. amin

p.s. macam mana persediaan raya tahn ini? moga2 semuanya sudah tersedia.. selamat hari raya
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, September 02, 2010
salam Roseputih..
terkadang kita dah terbiasa bercakap perkataan KALAULAH
selalunya akan disebut jika terlanjur perkara atau kata..

tapi insan biasa, sentiasa ad kesilapan dalam perbuatan dan perbualan.. Allah itu MAHA Pengampun =)

p.s. kalau jumpa aku mesti jadi riuh coz suka bergurau senda.. =)
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, September 02, 2010
salam Nur Transform
Itulah... terkadang tak sengaja terkeluar kata KALAULAH..
Sebolehnya kita cuba untuk kurangkan pengguna perkataan ini.

p.s. macam mana dengan persiapan raya untuk anak2 sis?
mesti seronok melayan kerenah diorang memilih baju raya baru.. =)
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, September 02, 2010
salam etomyam..
hhehhe... itu standard.. KALAULAH ini sudah terbiasa digunakan..
tetapi itulah tidak sangka pula
syaitan ini memnag suka menyesatkan
umat Islam..

tetapi itulah janjnya pada Allah SWT.. syaitan ini akan menyesatkan manusia hinggalah dia kembali ke Neraka,... =(

p.s. mesti brother kita dah siap sedia dgn raya tahun 2010.. semoga slamat semuanya. amin
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, September 02, 2010
salam Mr. Z..
InsyaAllah .. Allah itu maha pengampun dan penyayang pd hambanya
jika terlanjur kata yang blh membuatkan syaitan ini menyesatkan kita, berdoa pada-Nya agar dijauhkan
dari godaan dan hasutan syaitan yg di laknat..

p.s. Raya tahun ini balik kampung tak brother? mesti meriah dan seronok beraya bersama mak abah dan family.. selamat Hari raya =)
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, September 02, 2010
salam shahrom..
Hey brother.. no mention..
gembirajika dapat berkongsi perkara yang baik untuk kita semua..

diharapkan kita sama2 cuba sedaya upaya untuk tidak disesatkan oleh si syaitan dilaknat Allah ini..

p.s. selamat hari raya brother.. moga raya tahun ini ceria dan bermakna bersama keluarga tersayang. =)