10 perkara membatalkan Islam

Salam sahabatku sekalian,
Aku kembali semula dengan rasa rindunya ingin menulis dan berkongsi bersama2 di sini. Aku masih lagi menjalani muhasabah diri dalam bulan ramadhan ini. Tapi hati tidak boleh membendung kerinduan bersama2 untuk menulis dan berkongsi dengan semua. Harapannya ada yang merindui blog atau tuan punya blog ini.. Huhuhuu.. bergurau ramadhan. =)

Ramai di kalangan kita mengetahui tentang perkara yang membatalkan solat, membatalkan haji, membatalkan wudhu, membatalkan puasa tetapi malangnya ada diantara kita tidak mengetahui perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah yang telah mereka ucapkan ataupun membatalkan Islam itu sendiri.

Jika dilihat dari segi aturan - haji zakat, puasa, solat, semuanya berada selepas daripada ucapan syahadah. Bagaimana mungkin seorang muslim memahami perkara2 yang membatalkan solatnya, membatalkan zakatnya, atau membatalkan puasanya atau hajinya tetapi dalam masa yang sama dia tidak mempelajari apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah, yang sekaligus boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan Islamnya.

Inilah penjajahan pemikiran yang diterima oleh kita. Di  masjid dan surau, guru2 lebih menumpukan kepada soal fiqah, soal2 batalnya solat, soal batalnya puasa sehinggakan kadangkala mereka terlupa untuk mengajar murid2 mereka ataupun orang ramai apakah perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang

Dan kesan batalkanya Islam itu lebih besar daripada batalnya solat atau pun batalnya puasa kerana batalnya solat dan puasa boleh diganti tetapi batalnya Islam menyebabkan seseorang itu murtad dan terkeluar daripada Islam

Ramai para pemikir Islam memikirkan hal ini, sehinggakan maulana Abul Hasan 'Ali An-Nadwi' menulis sebuah buku atau risalah, yang mengingatkan orang Islam sehingga beliau menamakan risalah itu sebagai Riddah La Aba Bakrin laha ("Murtad yang tidak ada Abu Bakar menghadapinya")

Pada zaman dahulu, apabila berlakunya murtad Allah SWT telah membangkitkan Abu Bakar as- Siddiq yang merupakan Khalifah Rasulullah SAW, yang bertanggungjawab menghadapi golongan murtad. Pada zaman ini ramai orang islam yang murtad dan tidak ada siapa pun peduli. Bahkan murtad itu dilakukan secara terang-terangan

Apabila kita menyedari hal ini, maka semua para ulama dan semua kita yang sedar hendaklah berusaha memahami aqidah Islam. Ramai yang begitu tertarik dengan apa yang dilakukan oleh bekas mufti Arab Saudi iaitu Sheikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz (rahimahullah) yang sudah meninggal dunia.

Apabila mereka mengeluarkan risalah untuk jemaah haji dan umrah, yang datang menunaikan haji dan umrah, yang dinamakan sebagai Dalilul hajji wal-mu 'tamir (Panduan haji dan umrah) beliau memasukkan di dalamnya terlebih dahulu perkara2 yang membatalkan Islam, hajinya tidak memberi manfaat kepadanya. Kerana syarat kepada kesahihan amal, ataupun syarat diterimanya sesuatu amal soleh;
Pertama : hendaklah betul aqidahnya
Kedua : Ikhlas kepada Allah SWT
Ketiga : Menepati apa yang diajar oleh Rasulullah

Disini aku menyebutkan sepintas lalu perkara2 yang menjadikan penyebab utama di zaman ini yang disenaraikan di dalam risalah tersebut yang menyebabkan seseorang itu batal Islam, dnamakan sebagai NAWAQIDUL ISLAM (perkara2 yang membatalkan Islam) 
  • Syirik
  • Perantara
  • Enggan mengkafirkan
  • Yakin yang lain
  • Membenci Syari'at
  • Mempersendakan Islam
  • Sihir
  • Bantu kafir musuhi Islam
  • Kecualikan dari Syari'at
  • Berpaling dari agama

(Dr Mohd Azri Zainul Abidin, 10 perkara batal Islam dan Apa itu syirik 2007)

P.S. Diharapkan agar kita semua dapat memahami apa itu Islam dan perkara2 yang boleh membatalkan Islam. Banyak perkara berlaku di zaman sekarang dimana manusia
sudah terlalu mengambil ringan dan endah tentang Islam sehinggakan berani
mengeluarkan kata2 yang boleh membawa kepada batalnya Islam..
Mungkin ada yang faham dan tahu kes terbaru yang berlaku
di facebook baru2 ini. Semoga manusia2 itu di beri
hidayah oleh Allah SWT untuk bertaubat...
10 perkara membatalkan Islam

{ 16 comments.. read them below or add one }

udanggalah udanggalah Ahad, Ogos 29, 2010
Salam..Selamat berbicara kembali.Semoga kesucian Agama dapat kita pelihara bersama.
white rose white rose Ahad, Ogos 29, 2010
salam, akak...

sy ade beli buka 10 perkara yang membatalkan islam...penulisnya ust ismail kamus...

baru baca sikit je...
hari khamis beli...

akak ni link blog sy yg baru tau...

http://bungarosputih.blogspot.com/
nurmisnan nurmisnan Ahad, Ogos 29, 2010
salam udangGalah
Alhamdullilah... salam untuk semua
InsyaAllah.. kita sama2 memberi tunjuk ajar, berkongsi dan perbaiki
pengetahuan Islam
agar diri lebih lengkap dan tulus
hanya kerana Allah SWT.. Amin

selamat berbuka
nurmisnan nurmisnan Ahad, Ogos 29, 2010
salam BRP
hehehe... bukan bumiputrarokers ya..

anyways, tahniah kerana sudah bertukar nama melayu. huhuhu..
but kalau letak whiterose pun lg cun.. =)

oh ya ke dah beli buku tajuk 10 perkara membatalkan Islam..
boleh le kongsi2 kat sini atau blog BPR..
yalah.. mana tahu ada kekurangan atau penambahan.. =)
transformed housewife transformed housewife Ahad, Ogos 29, 2010
salam Nora,
Boleh tak huraikan sikit lg pd entri yg lain mengenai 10 perkara tadi. ramai yg dah ambil ringan hal2 ini kan.
MR.Z MR.Z Ahad, Ogos 29, 2010
sekarang ni banyak isu yang membawa kepada syirik dan mempersendakan islam..
alehkayong alehkayong Ahad, Ogos 29, 2010
n3 yg memanafaatkan semua ,kadang -kadang kita tak perasan melakukan pekara-pekara disebut Nur, nauzubillah min zalik ..semoga Allah ampunkan dosa kita dan jauhi kita dari perkara-perkara yang membatalkan iman kita.
white rose white rose Isnin, Ogos 30, 2010
masalah blog tak approve nama whiterose tu kak...so, guna laa nama bungarosputih baru leh jadi...
Abd Razak Abd Razak Isnin, Ogos 30, 2010
Salam..

Selamat menempoh 10 hari terakhir Ramadhan...moga Allah permudahkan dan menjauhkan diri kita dari kesyirikan yang kecil apatah lagi yang besar..
meowwmania meowwmania Isnin, Ogos 30, 2010
alhamdulillah entri yg sggh bermanfaat utk kita semua..

skrg ni ramai sgt yg yg ambil mudah dan suka nak mempersendakan islam agama sendiri nauzubillah...
nurmisnan nurmisnan Isnin, Ogos 30, 2010
swalam Nur (Transformer)
InsyaAllah... aku masih lg merangkak dan bertatih mempelajari Islam sedalamnya tapi insyaAllah
akan dihuraikan nanti pd N3 akan dtg.

Buat masa sekarang sedikit sibuk dgn urusan.. InsyaAllah3.. =)
nurmisnan nurmisnan Selasa, Ogos 31, 2010
salam Mr. Z
Memang benar.. banyak yang mempersendakan Islam
hingga orang Islam itu sendiri juga
mentertawakan dan mengutuk
Islam

Manusia semakin leka dan lupa diri asal usul mereka datang dan dijadikan... =)
nurmisnan nurmisnan Selasa, Ogos 31, 2010
salam alehkayong..
itulah kita manusia.. kadang2 perkara2 yang kecil juga boleh
mendatangkan kebiasaan dan semakin lama semakin terbiasa hanya kerana
kata2 yang boleh membawa batalnya Islam

Masih lagi shahdu dengan kes baru2 ini
dimana manusia yg beragama Islam sendiri
menghina dan menyesal akan dirinya beragama Islam..
terlalu pedih untuk aku terima...

Semoga Allah masih lagi memberi keampunan kepada kita semua agar
sentiasa cinta pada-Nya
nurmisnan nurmisnan Selasa, Ogos 31, 2010
salam bungarosePutih
Oh ya ke? takpe.. yang penting mesti berblog...

kalau nak letak whiterose tuh mesti ada penambahan depan ROSE kot..
like "whiteroses.blogspot.com"
nurmisnan nurmisnan Selasa, Ogos 31, 2010
salam AbdRazak
Amin brother... semoga kita semua
sama2 dapat menjalani ibadah puasa
dan mengejar malam 10 terakhir ramadhan...

P.S. Biarlah diri kita sentiasa di bungai
cinta pada-Nya yang SATU.. =)
nurmisnan nurmisnan Selasa, Ogos 31, 2010
salam Meoww...
sifat sombong dan tinggi dirilah
yang selalu menyesatkan manusia dari lupa diri dan agama...

Islam itu indah dan akan lebih bersinar kehidupan kita
jika kita merasai, sentuh, hayati, tulus, jujur, ikhlas dan cinta pada-Nya.

Bila kita tidak bersolat, kita akan rasa kehilangan sesuatu pd diri..
betapa hebatnya Islam dan betapa HEBATnya CIPTAAN Allah SWT.