Amalan berpantang


Teringat masa zaman dulu2 mak nora sedang berpantang bersalin.. neneklah yang siapkan makanan untuknya. Lauk-lauk yang di hidangkan seperti ikan bilis tumbuk dgn lada hitam, ikan singgang berkuah sedikit, kunyit hidup (ulam), ikan goreng dan bubur nasi. Mak nora pun memulakan operasi makannya dan mempelawa nora makan sekali. Apa lagi, seranglah. Punya terperanjatnya mak nora bila dia sendiri tidak menduga lauk-lauk orang bersalin menjadi lauk kegemaranku. Mak nora belum makan habis lagi tapi nora pula yang makan macam orang tengah berpantang. Dahsyat sungguh nora ni... mak dgn nenek cuma tersengih je bilamana makanan mak di habiskan. hehehehehe.... nak buek cam no, sodap rasanya. 10 minit lepas makan badan rasa panas dan berpeluh-peluh... puhhhh...syok habis tapi yang menjadi masalah nora tak boleh nak tidor. Panas sangat... nak di jadikan cerita setiap malam nora tidor depan kipas duduk. oklah... kita share sikit petua pantang ni...

 1 jangan makan gula, minyak, santan. Ini boleh melambatkan proses penyembuhan
2 Tidak boleh makan berkuah, ini boleh membuatkan bahagian sulit terlalu banyak air
Tapi tidak juga... coz mak nora makan sedikit kuah tentunya boleh. jangan banyak.
3 Ketika membuang air besar jangan sekali2 meneran, dikhuatiri peranakan akan turun
4 Jangan mengambil minuman berais
5 Jangan tengok cermin selama sebulan lebih atau semasa berpantang, orang kata hilang   serinya. Tapi insyaallah tidak. asalkan kita sentiasa mengambil wuduk. itu pun bila badan sudah bersih
6 Jalan perlahan setapak demi setapak, ini kerana dikhuatiri luka jahitan akan terbuka
7 Cakap perlahan ditegah menjerit dan bercakap kuat

Arwah nenek nora ada berpesan jangan lupa makan cekur kunci dan ulam-ulaman seperti daun pegaga, ulam raja dan bermacam-macam ulam. ini bagus untuk membuang toksik, urat saraf elok, menjaga luaran dan dalaman. Dari kecik nora memang amalkan makan ulam-ulam ni... sedap dan bertenaga. Paling best awet muda. hehehe...

Kita sebagai manusia haruslah berusaha dan menjaga kecantikan yang di berikan allah. Siapa lagi nak tolong jaga kalau tak kita sendiri. Tapi kalau dah tuhan nak beri kita sakit maka terimalah dengan redha dan tabah. kemungkinan ini semua ada fadilatnya... Ok guys .. salam sayang untuk semua...
p/s: Mana yang tak suka makan sayur tu cuba-cubalah makan sebab sayur-sayuran banyak mengandungi khasiat yang sangat tinggi yang kita tidak dapat menduga boleh merawat banyak jenis penyakit...  
Amalan berpantang

3 comments.. read them below or add one

Tanpa NamaTanpa Nama Selasa, November 10, 2009
thank so much for d tips.
Tepi Sungai Batu Tepi Sungai Batu Khamis, November 12, 2009
Salam ziarah dari Pak Man,
Banyak juga petua dan tip yang berguna ni......luas pengetahuan Nur, mengalahkan bidan kampung.
nurmisnan nurmisnan Khamis, November 12, 2009
hehehehe... thanks to pak man kerana sudi ziarah umah kecik nora. arwah nenek dulu memang bidan kampung. itu yg turun kat cucunya. tapi petua je.... =)