Lama juga aku berfikir untuk menulis kisah benar ini. Takut kalau-kalau ada yang tersinggung dan marah bila membaca nota aku ni. Sebelum memulakan cerita terdahulu aku nak minta maaf jika ada yang terasa hati dan menyinggung perasaan pembaca. Dari dulu hingga sekarang bila kita mendengar perkataan "IBU TIRI @ Step Mother" kita sudah menggambarkan bagaimana sikap mereka yang sangat kejam dan zalim yang sanggup mendera, memukul, menghina dan menjadikan anak-anak tiri mereka macam hamba abdi. Dan ada pula yang sanggup membunuh hanya kerana harta sekangkang kera. Apatah lagi yang harganya berjuta. Masyaallah... sangat dahsyat dan berdosa besar. Orang sebegini semamangnya tidak pernah takut akan allah s.w.t. Mereka hanya memikir tentang duniawi semata-mata. Contoh yang dapat kita lihat seperti sebuah cerita lama bertajuk "Lela Manja" lakonan allayarhamah normadiah dan bad latif. Memang sangat zalim dan tidak punyai timbang rasa terhadap mereka anak yatim yang kehilangan ibu mereka. Dan akhirnya sebagai balasan ibu tirinya mati di bunuh suaminya sendiri. Namun cerita ini hanyalah satu lakonan semata-mata.
Balik pada tajuk IBU TIRI... masih adakah di antara kita menganggap "ibu tiri" itu zalim dan kejam???? Kenapa tidak kita kata dan berfikir positif manusia yang bernama "IBU TIRI" itu baik dan boleh menjaga anak-anak tiri mereka. Dan pernahkan kita berfikir bukan semua ibu tiri itu bersikap zalim. Contoh yang ingin aku kongsikan di sini adalah kawan aku yang telah berkahwin dengan seorang duda anak satu berusia 10 tahun. Mereka telah mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya atas pilihan anak itu sendiri. Anak tersebut akan bercuti bersama ibu kandungnya pada hari cuti persekolahan selama sebulan. Sejak kecil lagi anak ini memang rapat dengan bapanya berbanding ibu kandungnya. Teman aku ni seorang wanita yang happy go lucky, peramah, kelakar dan kadang-kadang ada juga anginnya. Itu biasalah. Tapi aku kagum dengan sikapnya yang tabah dan kuat semangat untuk mengharungi liku-liku hidupnya bersama suami dan anak tiri kesayangannya. Setiap hari dia @ suami akan menghantar dan mengambil anak tirinya ke sekolah. Pada waktu petang pula menemankan anak tirinya berenang dan membawanya ke tempat permainan bersama kawan-kawan. Boleh dikatakan kemana saja teman aku pergi di situ juga anak tirinya akan berada. macam kawan baik. Bak kata orang macam belangkas. Bila waktu solat maghrib mereka akan sembahyang jemaah bersama-sama. Hinggakan nak tidur pun minta di temankan. Sebelum tidur mereka berbual-bual dan bercerita hingga anak tirinya tidur. Sekarang itu semua menjadi kenangan bagi teman aku dan suami.
Setelah sebulan anak tirinya bercuti bersama ibu kandungnya, mereka tidak mahu menghantar anak tersebut mengikut perjanjian dan melanggar perintah mahkamah. Alasan tidak munasabah "anak nak duduk dengan maknya" Yang peliknya nak bercakap dengan anak tersebut pun tak dapat. Bila dapat telephone, anak bercakap macam baca skrip. Paling sedih teman aku langsung tak dapat bercakap dengan anak tirinya kerana dilarang oleh ibu kandung tersebut. Sudah le melanggar perintah mahkamah, di tambah lagi menabur fitnah yang bukan-bukan. Macam-macam tuduhan di lemparkan pada teman aku tapi dia buat dek je. Dia kata "biarlah.. tak kudis pun dan tak lut kat aku. itu semua biarlah tuhan yang membalasnya".
Setelah sebulan anak tirinya bercuti bersama ibu kandungnya, mereka tidak mahu menghantar anak tersebut mengikut perjanjian dan melanggar perintah mahkamah. Alasan tidak munasabah "anak nak duduk dengan maknya" Yang peliknya nak bercakap dengan anak tersebut pun tak dapat. Bila dapat telephone, anak bercakap macam baca skrip. Paling sedih teman aku langsung tak dapat bercakap dengan anak tirinya kerana dilarang oleh ibu kandung tersebut. Sudah le melanggar perintah mahkamah, di tambah lagi menabur fitnah yang bukan-bukan. Macam-macam tuduhan di lemparkan pada teman aku tapi dia buat dek je. Dia kata "biarlah.. tak kudis pun dan tak lut kat aku. itu semua biarlah tuhan yang membalasnya".
Sabar lah wahai temanku.. pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Biarlah mereka menabur fitnah sedangkan orang-orang seperti itu akan mendapat dosa dan kamu mendapat pahala. percaya jika kita di pihak yang benar insyaallah semuanya akan selesai dengan baik. Jika kita berniat jahat dan salah maka segeralah kita bertaubat dan memohon ampun pada allah s.w.t. Sesungguhnya allah maha pengampun dan menerima taubat hambanya.
p/s: hidup kita di dunia ni hanya sementara dan pinjaman semata-semata. Jadi beringatlah wahai hamba-hamba allah yang kerdil di muka bumi ini, janganlah kita suka menghina dan memandang rendah pada mereka yang daif, miskin dan serba kekurangan kerana kita hanyalah manusia biasa. Yang kaya dan berkuasa hanyalah dia yang satu...... kepada ibu kandung anak tersebut sedar-sedar lah kita hidup d dunia ni hanya sementara. Jangan racuni fikiran anak anda hingga dia membenci ibu tirinya yang banyak membantu dalam pelajaran dan memulihkan semangatya kembali yang mana telah menjadi seorang yang berani, yakin diri, amanah dan pandai dalam mata pelajaran matematik. Saya sarankan jika benar ingin mendapat balik hak jagaan anak tersebut ikutlah cara yang betul. Biarlah hakim yang tentukan dan bukan anda... Ingatlah anda juga bergelar seorang ibu tiri. Bak kata pepatah cermin diri dahulu baru cermin orang lain... AKU SETUJU dgn pepatah ni.
UNTUK PEMBACA SEMUA, CERITA INI BUKANLAH NIAT UNTUK MENGHINA SESIAPA PUN CUMA AKU INGIN BERKONGSI CERITA TENTANG SEORANG IBU TIRI YANG SERING DI FITNAH DAN DI HINA OLEH ORANG YANG CEMBURU DENGAN KEBAHAGIAANNYA...
TAJUK AKAN DATANG... BAGAIMANA PULA DENGAN "BAPA TIRI"... jom kita kongsi.
salam
![bukan semua ibu tiri zalim](http://2.bp.blogspot.com/-K-7fFG_zk4I/Uw_TVSk2R7I/AAAAAAAAGAk/M8dJR9GxBXg/s900-c/Thumbnail.jpg)