Bazar ramadan di Brunei meriah dengan pelbagai juadah

Assalamualaikum. Bazar ramadan memang WAJIB ada setiap kali nenjelangnya ramadan. Dimana2 jua negara pasti ada bazar ramadan dengan bermacam2 jualan baik makanan minuman pakaian dan sebagainya. Tapi kali ni saya kongsikan bazar ramadan yang saya pergi sewaktu berada di Brunei Darussalam.

Bazar ramadan ini diadakan ditapak parking Stadium Negara Hassanal Bolkiah Bandar Sri Begawan. Sama jalan menuju ke International Convention Centre (ICC) atau Pusat Perdagangan Antarabangsa Brunei.


Kalau kat bazar ramadan di Malaysia lagilah meriahkan. Macam2 hado. Lagi2 bila bab roti john. Perghhh.. susah nak dapat roti john dan kebab yang betul2 sedap.

Kalau ada yang ramai menjual pun memang tak sama dengan yang saya pernah beli sewaktu tinggal di Pandan Indah dulu. Brother stall jual kebab tu memang terbaiklah. Isian ayam atau daging yang dibakar dengan bahan2 rempah serta digoreng balik campur bahan itu ini. Perghhh... tak terkata rasanya. Masa tu harga kebab poket baru Ringgit Malaysia 2.50. Hari2 saya beli kebab dari dia. 

Tapi sekarang tak tau dah mana brother tu jual. Nak beli yang ada sekarang ni baik kat bazar ramadan atau mana2lah memang tak sama. Ada yang buat terlebih basah isiannya. Ada yang buat daging tu jadi lembik. Ada yang kurang rasanya. Macam2 ada. Yang paati kalau dah terrrrrbeli, makan habiskan jugak. Jangan membazir.

Oklah.. kalau ceta bab bazar ramadan memang tak habis. Jom kita skodeng ada apa kat bazar ramadan Brunei. 


Haaaa.. masa ni saya dengam Mr. Hubby datang lewat. Around jam 5.30 petang gitu. Dah kurang sikit orang tapi parking tetap penuh. Boleh tahan ramai yang memjual pada tahun ni.


Macam ni ler nasi katok tu. Ayam goreng sambal dan ulam timun. Lebih kurang mcm nasi lemak. But yang ni memang betul2 real nasi katok. Sepeket bungkusan hanya $1.50. Kalau kat Malaysia dapat lagi ke seketul ayam dengan nasi beras wangi + sambal dan timun. Hehehe.. nasi lomak bungkus pun 1.50 hanya telur separuh atau suku dipotong. Betui tak. Semua dah naik rage.. 


Ayam yang dibakar dalam tempayan. Menarik. Belum cub lagi. Mayb next time. Tapi bau dia boleh tahan. 


Burger ni nampak menarik. Dengan isian daging yang dibuat homemade. Nampak menyelerakan. Boleh cuba next time.


Well.. saya penggemar kopi. Tapi x cuba lagi kopi brother ni. Mayb boleh try soon. Kopi saya tak berapa ada masalah tapi kalau yang teh jual pakai bag2 ni x berapa nak boleh telan. Lagi2 teh thai tu. Lain macam jer rasanya. Boleh berri2 lagi kang. Cukuplah sekali dah kena.


Haaa... oren sarsi botol style mcm ni pun hado. Lagi sodap tau. Saper suka oren botol mcm ni. Lajen bak hang oiiii. Teringat zaman kanak2 abah beli dua papan air oren stoberry dan sarsi ni. Hari2 ngadap sampai kena marah. Hahahaha...


Air buah jus fresh yang dijual dari adik2 manis. Tak der perisa warna tiruan campuran tau..original semua. Tapi saya cuba lagi. Datang lagi sekali insyaAllah cuba. Asalkan guna air masak ya dik non. Jangan guna air paip. Tak baik zalim kat orang bulan pose ni. Sakit perut nanti.


Sempat stop beli durian crepe dengan takoyaki. Durian crepe boleh tahan sedapnya. Takoyaki kena improve lagi tepungnya. Jangan keras2. Biar lembut dalamnya bila dimakan. Rasa isian dan kicap yang ditabur atasnya. Baru power. 


Air Sungai Petani pun hado. Saya tak sempat dah nak tembak segelas air dia Sungai Petani ni mcm mana. Yang mr. Hubby beli segelas tu pun cuma campuran serai limau epak hijau rempah 3 beradik lemon asam boi. Itu jer yang saya nampaklah. Tapi kalau nak buat macam ni.. kena ada sparkling atau ais cream soda. Baru jadik. Nanti saya buatkanlah. Pastu saya kongsi ya.


Pernah tengok buah kembayau ni? Mereka kata buahnya rasa lemak2. Caranya basuh beraih dan rendamkan dengan air panas selama beberapa jam. Dah kembang buang biji. Makan isinya. Rasa lemak macam mana tu saya x cuba lagi. Eaok lusa baru nak try buat. Unikkan buah ni. Siapa pernah makan buah ni?


Akhir sekali nampak tak booth bazar ni dari mana. Mai jauh nun JOHOR. Char Kuew Teaw Johor mali. Orang kebun teh. Hahaha.. sempat gaklah borak dengan brother ni. Ok bro. Next time saya beli lagi ya.

Oklah.. dah kongsikan pasai bazar ramadan di Brunei. Apa yang penting disini MEMBELI DENGAN MEMADAI APA YANG PERLU SAHAJA. JANGAN IKUT PERUT DAN TEKAK. JANGAN MEMBAZIR. Apa jua yang kita buat biarlah bersederhana sahaja.

SELAMAT BERBUKA DAN RAMADAN KARIM