Sambal Hitam Pamah Kulat memang meletop rasanya



Assalamualaikum. Siapa tidak kenal dengan sambal hitam Pahang. Sambal belimbing ikan bilis cili dan bahan2 lain yang dimasak dengan seharian yang lama hingga kering bewarna hitam. Dimasak dengan kering lembap dan cukup bahan2nya mampu menjaga kualiti pada sambal itu. Namun masih ada antara kita tidak kenal lagi apa itu sambal hitam. 

Berkurun zaman datuk nenek moyang dulu2 belah negeri Pahang telah mencipta sendiri sambal hitam. Tetapi setiap negeri berbeza cara masakannya. Saya lebih tertarik dengan sambal hitam sebenar dari kampung Pamah Kulat Ulu Dong Raub Pahang. Memang asli dan berbeza dari sambal hitam yang pernah saya rasa sebelum ni. Nak tahu apa yang bezanya. Kena guna belimbing buluh ler. Ada sesetengah orang memasak sambal hitam menggunakan asam keping atau buah tomato. Memang lari rasa asalnya. Dan ada pula meletakkan kicap untuk menjadikan warnanya hitam. Itu juga tidak asli. Jadi kalau nak yang asli kenalah cuba Sambal Hitam dari Pamah Kulat Raub Pahang ni. Memang terbaik dan boleh dikategorikan sambal hitam yang awesome dan menyelerakan.


Sambal Hitam - Inilah tempat kampung Pamah Kulat Raub Pahang dimana resipi asal sambal hitam tercipta. Saya tidak pernah sampai ke Pamah Kulat Raub ni. InsyaAllah mungkin juga teringin hendak kesana melihat tempat orang. 


Sambal Hitam - Bahan utama adalah buah belimbung buluh. Masam rasanya tetapi kalau tidak ada bahan utama ni memang tak jadi ler sambal hitam. gambar google


Sambal Hitam Pamah Kulat yang telah dipaking ke dalam botol dan juga peket2. Pelanggan boleh meminta untuk perisa jenis EKTRA PEDAS + SEMI PEDAS + LEBIH MASAM + ORIGINAL. Saya lebih sukakan rasa extra pedas. Baru terangkat nak makan. Hehehehe... Tapi apa yang bagusnya sambal hitam pamah kulat ni dimasak setiap tiga hari sekali dan di bungkus keesokkannya untuk menjaga kualiti dan rasa yang terbaik.


Sambal Hitam - Bila dimakan bersama bubur lambuk. MasyaAllah.. sedapnya. Menambahkan lagi kesedapan pada rasa bubur itu. Ditambah lagi dengan salad segar dan ikan masin. Perghhhh!!! x tengok lauk lain dah.


Sambal Hitam - Selain dari nasi putih panas, sambal hitam pamah kulat ni juga sedap giler dimakan dengan pulut berinti ikan serunding. Lagi menambah rasa kesedapannya. Dua ketul besar saya makan bertambah. Sedap sangat youuu....


Sambal Hitam - Bila malam perut berbunyi turun dapur tengok nasi putih ada lagi. Apa lagi saya cedok masuk mangkuk tambah sambal hitam pamah kulat dengan sambal kentang daging dan keropok ikan. Mak aiiii... Alhamdulillah sedapnya. Walaupun tiada berkuah, tetap rasa nikmatnya.

Haaaaa.... dah bercerita mengenai sambal hitam pamah kulat. Apa kata kita kenal dengan tuan punya sambal hitam pamah kulat ni. Cer tengok orangnya. Cantik, lawa dan muda lagi sudah berjaya mencipta resipi sambal hitam sendiri.


Apa lagi. Jom order dengan tuan punya Sambal Hitam Pamah Kulat Puan Mazri Ernie Mazlan. Peramah orangnya. Wassap saja beliau. Pasti akan dibalas dengan cepat. Jangan lupa minta perisa paling saya suka Extra pedas. Memang ngetop. Extra masam pun sodap. Yang suka kenyit2 mata nak masam tu boleh ler cuba order.

Nota
Jangan lupa bila dah order anda kongsikanlah gambar dan komen yang membina di instagram dengan menggunakan hashtag #sambalhitampamahkulat  ya.

Sepeket 180gram
Regular Rm12
Semi pedas Rm13
Extra pedas Rm14
Extra masam Rm15. 

Dalam Jar atau botol - 300gram
Regular Rm25
Semi pedas Rm26
Extra pedas Rm27
Extra masam Rm29. 

# 1 - 4 peket tambah RM6.00 utk pos laju dan Sabah/Sarawak RM10.00
# 5 - 15 peket RM9.00 utk pos laju, Sabah/Sarawak RM15.00

SAMBAL HITAM PAMAH KULAT
0123306743