Amalan ayat Quran menangkis serangan sihir santau dan kebaikannya

Amalan ayat quran menangkis serangan sihir santau


Assalamualaikum. Lama sungguh saya tidak kongsikan doa2 dan ayat Al Quran yang sangat indah dan suci dari pemberian Allah SWT kepada hambaNya. Banyak sungguh hikmah ayat Quran yang kita sendiri tidak menduga mampu merawati dan menagkis pembagai masalah. Seperti ayat Al Quran mampu menangkis serangan sihir santau atau apa jua kejahatan yang datang dan cuba mengganggu kita. Mari kita sama2 amalkan ayat2 ini untuk perlindungan diri dan keluarga tersayang.

Amalan membaca ayat AlQuran ini mampu menangkis serangan sihir santau atau kejahatan serta kebaikan2 yang boleh memberi manfaat pada kita. Mari kita amalkan setiap hari.

Jika diamalan menjelang malam iaitu sampainya waktu maghrib. Selepas solat maghrib amalkan ayat2 ini. InsyaAllah segala sihir santau kejahatan dapat ditangkis dengan bantuan Allah SWT dan akan membalik kembali sihir tersebut kepada yang menghantarnya. Mudah2an dengan izin Allah SWT.


PERTAMA Baca Surah AlBaqarah ayat 1 - 5 . Teruskan membaca


KEDUA Baca ayat KURSI


KETIGA Baca ayat surah Al Baqarah dari ayat 284 - 286 akhir.

Jika diamalkan membaca sebelum menjelang siang iaitu selepas subuh. InsyaAllah Allah SWT akan melindungi kita dengan keimanan. Jika sesuatu berlaku berlaku kepada kita seperti kemalangan dan sebagainya InsyaAllah Allah memberi kita peluang untuk mengucap kalimah Syahadah Jika dipanjangkan umur akan selamat. Jika berlakunya keburukan akan dilindungi. 

Apa yang penting amalan2 ini diamalkan untuk kita dekatkan diri padaNYA. Bukan hanya hikmah semata2. Senantiasa BERDOA agar kita selalu dilindungi dan dirahmati. Semoga perolehi manfaat dan kebaikan bersama.

Info dan amalan ini dari Ustaz Dr. Harundin

Amalan ayat quran menangkis serangan sihir santau