Salon muslimah Medina penjagaan rawatan dan aurat wanita

Assalamualaikum. Berita gembira untuk kaum muslimah diluar sana khasnya yang sering berkunjung ke salon rambut pastinya tercari2 dimana ada salon yang menepati konsep islam dan menggunakan produk2 lagi HALAL dan selamat digunakan. Sekarang sudah menjadi viral banyak produk2 baik makanan ataupun produk2 pemakaian miliki bahan2 yang merbahaya + tidak selamat + tidak HALAL. Salon Muslimah Medina Ladies Hair and Beauty Salon adalah jawapan pada muslimah2 diluar sana

Kita cerita sedikit mengenai Salon Muslimah ini. Salon Medina dibina pada tarikh 23 Jun 2014 atas usaha dan nawaitu dari seorang wanita cantik manis Nur Akmal Binti Mohd Dahalan. Memiliki empat orang pekerja yang berpengalaman di dalam bidang masing2.



Salon Muslimah Medina menyediakan pelbagai rawatan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Memiliki keunikan dekorasi tersendiri dengan elemen2 berkonsepkan islam dan telus baik dari produk mahupun rawatan. Pakej2 yang disediakan juga menepati kehendak pelanggan dengan harga yang sungguh istimewa yang ditawarkan pada setiap bulan.

PENGALAMAN BERSAMA SALON MUSLIMAH MEDINA

Kalau cerita tentang pengalaman saya membuat rawatan pakej rawatan rambut dan wajah selama 3 jam memang menyeronokkan. Biarpun saya kurang suka berbaring berejam2 sampai kebas punggung saya, tapi bila sudah dibelai wajah ini dengan urutan dan rawatan yang menarik, pasti akan melupakan yang kebas tu. Dan.. saya pun tertidur. 

Mana tidaknya, bau haruman air essential ros yang ditepek kat mata saya itulah yang menambahkan ketiduranku. Ditambah lagi dengan alunan musik Body and Soul. Memang mengasyikkan. Tidak tahulah kalau ada bunyi yang pelik berlaku sewaktu rawatan masih dijalankan. (tutup mulut dengan jari tanda diam) Hahahaha.... 


Salon Muslimah Medina - Mengggunakan mesin berteknologi moden terkini mesin rawatan laser + Serum. Bab rawatan laser itulah yang buat saya terbangun seketika dari tidur kerana terasa mesin itu berfungsi seperti dicucuk dengan jarum tapi tidaklah sakit macam tu. Hanya untuk mematikan kuman sahaja. Tapi sebenarnya syiok dan relax.


Salon Muslimah Medina - Bilik rawatan badan yang selesa dan kemas. Mandian SPA + rawatan mandian susu dan sebagainya dilakukan dibilik ini.

Selesai rawatan wajah, saya terus menuju ke bilik rawatan rambut pula. Bermacam2 rawatan rambut ada disediakan dengan penggunaan produk organic yang diimport khas dari France. Kesemuanya adalah HALAL dan tiada bahan2 kimia.


Salon Muslimah Medina - Suasana yang selesa dan luas. Dibahagian rawatan rambut, kita akan dialunkan dengan suara indah Al Quran yang dipasang dibahagian ruang tamu hingga ke rawatan rambut. Sambil merawat sambil mendengar ayat2 Al Quran. Memang asyik gitu. Tenang kepala otak. Mana yang hendak hilangkan stress, bagus kesini. Sambil cuci rawat rambut sambil mengaji. Kan best...


Salon Muslimah Medina - Tempat duduk bersarungkan pvc bewarna merah dan putih khas dibuat untuk pelanggan atau tetamu datang bersama2 untuk melakukan rawatan. Nak baring pun boleh. Selesa sangat.


Salon Muslimah Medina - Jangan bimbang untuk para surirumah yang ada anak dan ingin membuat rawatan di Salon Medina. Anda boleh membawa anak2 bermain disini. Salon Medina telah menyediakan tempat khas untuk anak2 bermain tanpa merisaukan keselamatan mereka. Bestkan. Cuma disini mugkin saya ingin memberi sedikit cadangan agar disediakan buku2 cerita untuk anak2 membaca.


Salon Muslimah Medina - Amacam... Comey tak Kak Ton. Wajah nampak fresh selepas melakukan rawatan dari Pakej 2 dalam satu. Harga berbaloi dan memuaskan. Muka tanpa bedak tuan (ketawa kecil macam Ahmad Nisfu) Jadi anda kena cuba sendiri baru tau rasa perbezaannya. 


Salon Muslimah Medina - Cakkk!!! Sebelum balik apa lagi kita Berselfies dengan props IG MedinaLadiesSalon. Macam2 gaya kita boleh share nanti di IG MedinaLadiesSalon. Salah satu cara untuk anda ingatkan diri sendiri berapa lama kita tidak melakukan treatment rambut dan facial. Jadi dengan mengimbas gambar2 IG anda, secara auto anda akan ingat dan membuat janji treatment dengan Salon Medina. Betul tak? (Wink)

APA ISTIMEWANYA SALON MEDINA
  • Disediakan khas untuk kaum Muslimah sahaja - Terjaga aurat kita
  • Disediakan kasut khas untuk pelanggan masuk ke Salon
  • Berkonsepkan Islam moden dengan alunan Quran + Body and Soul
  • Produk HALAL dan Organic tanpa kimia
  • Harga yang berpatutan dan sentiasa ada promosi setiap bulan
  • Berurusan secara Telus dan Jujur - Tidak menambah apa2 bayaran rawatan tanpa pengetahuan pelanggan
  • Setiap rambut yang dipotong - Pelanggan boleh membawa balik rambut kerumah untuk ditanam sendiri atau pihak Salon Medina yang akan menguruskan penanaman tersebut
  • Yang penting ada surau dan wifi free. So boleh kongsikan di IG dan FB anda

PROMOSI UNTUK BULAN DISEMBER 2014
  • Smooth and Silky Hair SPA Black Mask Treatment = RM90
  • Sclaf Treatment for Hair Dandruff and Hair fall = RM129
  • Facial Treatment + Hot Stone Shoulder Massage = RM139
  • Facial Treatment + Eye and Neck Treatment + free Head Massage = RM139
  • Facial Treatment + Manicure = RM135
  • Full Body Scrub + Mandi Susu = RM99
  • Meni + Pedi = RM89
~ Harga promosi dari 19 Disember 2014 - 19 Januari 2015
~ Promosi untuk pakej Pengantin boleh terus berurusan dengan Salon Medina
~ Menjadi keahlian Salon Medina hanya RM90 setahun - Renew ahli hanya RM45. Setiap tarikh kelahiran tiba akan mendapat free rawatan wajah atau rambut mengikut pilihan Salon Medina

Jadi kepada muslimah di luar sana yang ingin mencuba rawatan di Salon Medina boleh follow langkah2 dibawah ini untuk mendapatkan potongan harga 5% dari harga promosi yang telah disediakan khas untuk pembaca KONGSIBERSAMANORA

~ Ikut langkah ini untuk dapatkan lagi potongan 5%~  www.medinaladiessalon.com
LIKE Facebook MedinaLadiesBeautySalon Follow IG @MedinaLadiesSalon   Repost gambar promosi disember di IG MedinaLadiesSalon
dan guna Hashtag #MedinaLadiesSalon #KongsiBersamaNora
 

MEDINA LADIES HAIR AND BEAUTY SALON
No. 45A, Jalan Plumbum R7/R
Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor
☎️ 0355232920
~ bersebelahan GULATIS area JAKEL UiTM Shah Alam


Nota
Siapa yang tidak pernah mencuba pergi membuat rawatan di Salon Medina boleh mencuba pakej promosi disember ini. Memang berbaloi2 dengan harga yang sangat berpatutan. Dan jangan lupa kongsikan gambar2 props anda di Instagram Salon Medina. Selamat merawat dan semoga sentiasa kekal cantik berseri. 


JAGA KECANTIKAN YANG DIKURNIAKAN ALLAH UNTUK KITA



0 comment... add one now