Avon Beauty Day Out - Truly beauty


Assalamualaikum guys. Makeup dan kecantikan tidak dapat dipisahkan dari setiap kaum wanita. Semua wanita sentiasa ingin kelihatan untuk cantik walaupun hanya dengan secalit gincu dibibir. Begitulah tujuan AVON memperkenalkan produk2 kecantikan dan makeup terbaru yang diperkenalkan. Sebelum itu mari kita kenali sedikit sebanyak tentang Syarikat besar AVON.

AVON, sebuah syarikat untuk wanita, adalah syarikat jualan langsung terulung dalam kecantikan dengan pendapatan tahunan sebanyak US$10 billion. Sebagai salah satu syarikat jualan langsung terbesar, Avon memasarkan barangannya melalui lebih 6 juta Wakil Avon yang aktif di seluruh dunia. Barangan AVON boleh didapati di 100 buah negara, dan merangkumi koleksi kosmetik + jagaan kulit + haruman + fesyen serta barangan hiasan rumah melalui jenama terkenalnya seperti AVON Color + Simply Pretty + Anew + Skin-So-Soft + Rangkaian haruman + Avon Naturals + Avon Intimates + Avon Jewellery + Avon Wellness.

Ok ladies.. dah tahu serba sedikit tentang syarikat Avon, kita roll tengok apa yang berlaku semasa Pelancaran produk Avon yang baru. Jom kita kenal 



Avon - Dari kiri Elaine Aisyah (Pengurus Kanan Komunikasi Pemasaran) + Roselina Ismail (Beauty Trainer) Orang kuat Avon. Diorang ni memang peramah cool dan best. Orite.. Jom kita kenal apa produk terbaru Avon.





Avon - Percaya atau tidak 4 Avon lipstik + 4 Avon Eyeliners + 2 Avon mascara terjual setiap saat. Dahsyat tak dahsyat marketing sales diorang. Mana tidaknya. Setiap katalog yang diedarkan dari penjual2 sentiasa beralih tangan dari ketangan pelanggan tetap mereka untuk melihat produk2 baru yang berbaloi2 harga dan kualitinya. Jom tengok FULL BLOOM atau Mekar penuh warna warni gincu dan shadow Avon.


Avon memperkenalkan Over Nature Collection terbaru dari Avon.Diinspirasikan dari bungaan berharga alam semulajadi, koleksi baru ini dicipta dengan ramuan ‘super’ yang terkenal untuk pemuliharaan kulit: Minyak Mawar Liar & Bunga Delima menutrisi dan melembut bibir dan kulit, Bunga Pic memberi kebaikan anti-oksidan yang membantu bibir tampak lebih muda, manakala Vitamin A, C, E & Kolagen memastikan bibir kekal sihat dan anjal sepanjang hari.

Apa yang hamba suka dengan produk baru ini adalah bauan pada gincu yang harum + warna2nya + hiasan balutan yang sangat2 cantik dan berwarna warni. Kena pada konsep bunga2an. Sangat2 teruja. Bila memegang gincu tersebut, seakan2 kita memegang bunga kegemaran kita. Bestkan.. Ok lagi produk apa yang baru...??


Fenomena Luar Biasa: AVON ANEW 360° White, diformulasi dengan Teknologi Pencerahan Menindas Melanin yang menyerap jauh hingga ke dalam lapisan dermal untuk kecerahan yang berpanjangan. 
Penemuannya : Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah institusi akademik berprestij di Jepun mendapati bahawa tapak tangan mengandungi sejumlah besar Protein Penanda Tapak Tangan atau PSP. PSP merupakan sejenis protein yang menindas pembentukan melanocyte dan pengeluaran pigmen agar tapak tangan (dan tapak kaki) menjadi lebih putih dari bahagian kulit lain.



Avon Minyak wangi + Losyen + deodoran dicipta dari pelbagai jenis estrak tumbuhan + buah + bunga yang harum memberi inspirasi kepada setiap personaliti wanita. Jenis FARWAY bertutup pink berbentuk bulat sangat terkenal dan harum. Jujurnya aku tidak pernah menggunakan minyak wangi jenama Avon. Namun selepas mencium setiap minyak wangi yang dipamerkan, jatuh hati juga. Lagi2 jenis Faraway dan yang terbaru lupa pula namanya. Sangat sweet dan segar baunya.


Avon Natural Body Cares - Produk mandian dan losyen badan. Hamba telah mencuba mandian gel natural bauan Orkid + Blueberry = Awesome tau. Syampo dan condition straight atau rambut lurus, hamba gunakan jenis bauan Jojoba Oil + Madu. Harum dan lembut rambut hamba. Bila geleng2 kepala, tercium bau syampo pada rambut. Hmmmmm... wangi.

Orite.. sekarang kita main cuci2 dan makeup muka pula ya. Masa ni kami semua telah diajar dengan cara yang betul bagaimana caranya mahu membersihkan kulit wajah kita. Bukan main gosok jer ya dik non. Jom tengok sedikit wajah2 hamba dan beberapa blogger comel kita membesihkan kulit muka.


Salah satu cara untuk membersihkan bahagian mata. Bersihkan dengan makeup remover menggunakan kapas. Tekap2 saja perlahan dibahagian mata tetapi jangan sampai terkena dalam mata. Pedih wooo.. Dengan menggunakan makeup remover Avon, hanya dengan tekap2 dengan kapas, segala kotoran tanggal dengan mudah. Tidak perlu mengesat denga kuat kerana kulit mata boleh menjadi rosak.


Avon Masker New 360° White - Sangat2 cool dan best. Sejuk jer melekat kat mukat kitorang. Sampai nak tertidur pun ada. Tapi yang tak bestnya hanya 10 minit saja kami dapat melayan kesejukan masker New 360° White ni sebab abam kita Najeeb dah nak start bermakeup2. huhuhu... Jom ler kita tengok Najeeb makeupkan di model kita Cik Nurul.


Avon Beauty Day Out - Najeeb Makeup artis yang fofular gitu. Siapa tidak kenal dengan beliau. Ramai retis2 dah dia touch up. Muka wajah hamba ni jer dia tak sempat lagi. Najeeb menunjukkan cara bermake up siang dan malam yang simple tetapi nampak ayu lagi menawan. Kata Najeeb "Semasa kita mengenakan make up dimuka, kita kena rasa feel dan yakin yang wajah kita cantik dan yakin. Baru make up kita menawan lagi tertawan. Kalau tak feel, nanti make up jadi biasa2 jer" ayat2 belakang tu hamba tambah sikit ikut pemahaman hambalah.. 


Avon - Dah seronok bermake up, kita isi perut dulu. Sedap2 hidangan yang disediakan oleh pihak Avon. Memang bestlah. Macam2 ada. Ini gambar sebahagian saja.. 


Elaine dan Aku.. Comelkan Elaine.. 


Sempat bergambar bersama blogger hebat kita Miss Sunshine Kelly dan Suzai. Alamak.. masa ni kenapa pula hamba rendah dari Kelly ekkk.. Ishkkk.... hehehe


Avon Beauty Day Out with Sabby + Innanie from Blog Chocolate


Avon Beauty Day Out bersama Ruby. Mama blogger Adam ni memang aktif akhir2 ni. Terima kasih 


AvonBeauty Day Out - Selepas penggunaan makeup Avon FULL BLOOM dengan teknik Najeeb. Simple. Just nice. Tidak terlalu berat dan selesa. 


Sebelum balik, sempat bergambar dengan Elaine Me (lupa nama skirt merah tu) Yana Ieta dan Liza kot... ekkkkk.. lupa jugak. Jangan mara aaa..  

Avon - Last but not least kitorang bergambar dengan semua beauty blogger bersama Elaine + Najeeb dan staff2 Avon yang lain. Semua enjoy dengan parti makeup2 bersama Avon. Best tau.. Macam nak pergi lagi jer.

Jangan lupa layari web site MyAvon + Avonmy + Avonmy
Banyak produk2 baru dan lama boleh dilihat dan dipilih. Untuk mendapatkan pendapatan sampingan juga ada. 


Avon Beauty Day Out - Goodie  Bag dari Avon. Cantik tak bag pink Full Bloom tu. Harganya pun berbaloi. Penuh barang2 dari pemberian Avon. Siap ada Pen Drive lagi dengan isian gambar2 yang diambil oleh photographer diorang. Cool kan.. Tahniah Avon kerana memberi keyakinan dan tunjuk ajar untuk lebih cantik. Dan tahniah sekali lagi kerana menganjurkan event yang sehebat ini. Semoga dilain hari ketemu lagi.

Nota
Kita tahu bahwa "Kecantikan ada di mata yang melihatnya", tetapi kita lupa bahwa kita adalah orang yang memandangnya. Sebaliknya kita berharap bahwa seseorang akan datang dan melihat di dalam kita apa yang kita tidak bisa melihat diri kita sendiri. Kita harus percaya bahwa kecantikan tidak hanya dalam bentuk kita, tetapi di dalam hati kita juga. Seperti berlian yang sentiasa menjadi pujaan dengan kilauan dan harganya. Dan seperti berlian kita harus bersedia untuk ditemukan. Dipotong dan dibentuk hingga menjadi cantik dan disesuaikan dengan bentuknya. Begitulah perempuan..


0 comment... add one now