YEO'S PILIHAN SEMULAJADIKU


Assalamualaikum guys. YEO'S Pilihan Semulajadiku adalah cabaran terbaru yang dianjurkan oleh Denaihati sempena Sepetang Bersama Blogger 2014 - SBB2014 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Semua orang sudah tentu kenal dengan jenama YEO'S. Makanan segera tetap sedap dan masih terjamin kesihatan untuk pengguna kerana tiada bahan pengawet dan mesra alam.


PENGENALAN SYARIKAT YEO'S - YEO HIAP SENG



Dari tahun 1900 Yeo Hiap Seng - YEO'S ditubuhkan dan menjadi salah sebuh syarikat yang membekal makan dan minuman segera di Malaysia dan Internasional

Pengasas YEO'S Encik Yeo Keng Lian dari Wilayah  Zhangchou Gujian China, telah terkenal dengan produk yang berkualiti dan diamalkan hingga ke hari ini. Dan kemudian pada tahun 1937 Yeo melangkah terus maju dengan menubuhkan Kilang sos Yeo Hiap Seng di Singapura hingga berkembang. Pada tahun 1940 Yeo meneruskan dengan pembukaan terus ke Malaysia.

Hari ini, Yeo Malaysia berfungsi sebagai pusat pembuatan penting bagi Pengedaran Global Yeo untuk Indonesia, New Zealand, Australia, Eropah, IndoChina dan Amerika Syarikat, menjadikan ia sebuah syarikat makanan dan minuman terkemuka dengan kehadiran antarabangsa.

YEO'S MENCIPTA KEJAYAAN 



Syarika Yeo Hiap Seng mencapai kejayaan yang membanggakan hingga menerima pelbagai anugerah ;

  • Yeo's untuk menjadi penerima Platinum Jenama Digest Anugerah Reader selama dua tahun berturut-turut (2009 & 2010)
  • Menyegarkan Dunia "Sambutan di Shangri-La, Kuala Lumpur bagi menandakan pencapaian 5 bilion briks tetra.
  • 5 Mac 2010 adalah hari penghormatan dan majlis penuh bermakna ini untuk Yeo untuk diiktiraf dan dihormati untuk amalan tanggungjawab korporat yang cemerlang pada majlis penyampaian Anugerah Tanggungjawab Korporat Star-Biz ICR Malaysia
  • Mendapat anugerah malaysia most valuable brand
  • Tarikh 9 dec 2009 Anugerah The Best Halal dari bekas Perdana Menteri, YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi.
  • Tahun 2007 maggie segera terbaru Cintan bersama Chef Wan tercipta.
  • Tahun 1998, Refreshing The World "Sambutan di Shangri-La, Kuala Lumpur bagi menandakan pencapaian 5 bilion briks tetra


KAMI DAN YEO'S



Yeo's Kacang Soya + Yeo's Teh Bunga. Zaman saya pun masih menggunakan botol kaca seperti ini. Puas hati. Kenyang minum satu botol. Kredit Yeos Malaysia 

Cerita Yeo's pertama. Semasa zaman sekolah abah dan mak selalu belikan satu karton air Teh Yeo's + soya bean botol. Dulu2 hanya guna botol kaca saja. Sampaikan setiap kali botol kaca Yeo's sudah penuh satu tong, Anne India tu pasti akan datang beli botol kaca. Lagi untung bila tiba hari raya. Pasti abah beli berkaton2 air soya bean. Kayo Anne India. Pakcik kayo.


Cerita Yeo's Kedua berlaku semasa aku dalam darjah 2. Cikgu sekolah buat cek bag. Masing2 disuruh letak bag atas meja. Satu persatu cikgu cek bag murid2. Macam2 kes ada hingga dipanggil nama dan bersuri depan. Sampai saja bab aku cikgu selongkar bag sambil tengok muka aku tanpa senyum...

Cikgu = 'Apa benda yang awak bawa ke sekolah ni shidah?'
Aku = pandang cikgu sambil garu kepala. 'Bawa apa cikgu?'
Cikgu = Ini apa? Sambil mengeluarkan benda dari bag sekolah aku. Tiba2 semua budak2 ketawa..
Aku = Senyum sambil garu kepala.
Cikgu = macam mana awak nak minum Teh Yeos botol ni kalau tak dibuka penutupnya. Awak ada bawa ke pembuka tutup botol? Sindir cikgu
Aku = makcik kantin kan ada. Selamba jawab
Cikgu = Kenapa tidak saja isi dalam botol tuppeware kan senang..
Aku = Tak best cikgu. Tak sedap nanti. Minum dalam botol baru best.

Last2 cikgu kasi amaran jangan bawa lagi air botol ke sekolah. Bahaya katanya..

Ceria Yeo's Ketiga mengenai mak yang suka dengan  juga dengan kari ayam + sardin tin Yeo's. Katanya senang kalau nak pergi berkelah tinggal panaskan jer dan beli roti kosong. Sardin pula memang makanan kegemaran abang2 aku. Kalau dalam seminggu tiada sardin + kicap memang tak sah.

Begitulah sedikit sejarah dan cerita tentang kami dan Yeo's

YEO'S PILIHAN SEMULAJADIKU


Bila dah sebut tentang pilihan semulajadiku, ini bermakna aku telah memilih 3 produk yang terpilih untuk menu baru aku dan untuk korang semua. 

MENU PERTAMA

  • Yeo's Pilihan Semulajadiku = Justea Green Tea Peach yang sangat2 sedap. Memang menyegarkan tekak terutama bila kehausan. Memang lagi sedap kalau ditambahkan lagi buah peach yang didalam tin.
  • Yeo's Pilihan Semulajadi = Ice Lemon Tea = Masukkan Ice Lemon Tea kedalam blend + satu gelas ice kiub + 3 atau 4 helai daun pudina. Blend halus. Siap dihidang. Awesome habis wa cakap lu. Daun pudina + lemon = dapat menyahkan toksik dalam badan kita.
  • Sorry tak dapat nak kongsikan menu kerana tiada daun pudina dalam stok. Jadi saya hanya memberi idea saja.
  • Sentiasa ada stok Green Tea Peach di rumah. Memang penghilang dahaga tatkala kehausan + kepenatan.

MENU KEDUA 
Yeo's pilihan semulajadiku = Aku kongsikan dengan korang cara2 membuat Maggie Kari Cintan yang diberi nama MAG KARI SENTAP. Biarpun aku kurang mengamalkan makan maggie namun sesekali apa salahnya. Memang tersentaplah kalau korang cuba. Ok sebelum itu sedikit imbasan tentang maggie. Pada tahun 1969 sejarah maggie pertama tercipta di Malaysia adalah maggie Cintan. Bukan saja ada perasa kari tetapi juga ada pelbagai jenis perasa seperti Kari Asli + Atam Cendawan + Assam Laksa + Tom Yam + Soto Ayam + Sayuran + Kari sayuran + Goreng Spicy + Goreng Ala Indonesia. Cukup itu saja kot. Ok jom ke dapur.


Maggie Kari Cinta - Mag Kari Sentap
Bahan2nya
  • Sebungkus Maggi Kari Cintan
  • 4 sudu santan - Ikut suka nak lebih pun boleh
  • Sebiji bawang merah hiris + Lada Merah hiris
  • Sebatang serai - Ketuk
  • Satu batang kacang panjang. ikut suka korang nak letak sayur apa
  • Sebiji tomato - Potong Empat
  • 3 batang Daun ketumbar - Hiris kasar 

Cara2 masak = 2) Tumis bawang + serai hingga keperangan. 3) masukkan air. Sudah mendidih masuk maggie + kacang panjang. Biarkan 1 minit. 4) Masukkan santan + tomato + rempah kari Cintan + daun ketumbar. Biar 1 minit dan SIAP.


Mag Kari Sentap = Hasil dari Maggie Kari Cintan. Nak sedap lagi sebelum makan perah sedikit limau. Gaul rata. Simple but delicious


Mag Kari Sentap + Green Tea Peach = Memang mantop. Boleh buat alas perut dan mengenyangkan untuk yang balik dari kerja tidak tahu apa yang hendak dimasak. Boleh cuba resipi yang simple ini.

MENU KETIGA 
Yeo's Pilihan Semulajadiku minuman segar EARL GREY SOYA YEO'S


Earl Grey Soya yang sedap seperti rasa teh tarik yang wangi. Bezanya hanya menggunkan Soya Bean + Teh Earl Grey. Kepada yang gemar dengan rasa kurang manis memang sesuai mencuba.

Bahan2nya 
  • Teh Earl Grey Ahmed Tea atau ikut korang nak guna brand apa.
  • Air Kacang Soya. Saya pilih kurang manis. Ikut Citarasa masing
Cara2 = 2) Masukkan ais kedalam gelas + tuang soya separuh gelas. 3) Rendam teh Earl Grey dengan air panas hingga pekat dan tuang kedalam gelas tadi. 4) Kacau rata = Siap untuk diminum. 

Kebaikan Teh Earl Grey = Anti Oksida + Anti Sepresi + memperbaiki dan menjaga kesihatan saluran pencernaan dan megubati usus seperti cacing + Menjaga kesihatan mulut dan gigi + Mampu menurunkan berat badan dan membuang kolestrol

Kebaikan Susu Soya = Diperbuat 100% Non-GMO (Non Genetically Modified Organisms) Canadian Soy Beans. Mempunyai kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3 + asid folik + zat besi + kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan. Namun ada yang berpendapat kacang soya tidak baik untuk kesihatan terutama mereka yang mengalami kanser. Terpulang pada hak masing2 untuk menilai.


yeos-minicontest-468x60


Nota : Setiap minuman yang diperbuat dari Yeo's memang mempunyai kenikmatan + rasa + khasiat tersendiri. Kita boleh olahkan menjadi yang lebih baik untuk merasa bersama2 dan berkongsi resipi yang hebat dari bahan2 berjenama Yeo's. Syabas Yeos kerana mencipta produk pemakanan segera dan minuman yang hebat + selamat + HALAL dan paling penting ianya pastilah sedap.

Sebelum penutupan jom layan dua orang perempuan cute ni sedang minum air Yeo's. Sorang mak dara dan sorang nak dara.


Ok guys.. jangan lupa klik link2 dibawah ini dan LIKE Page mereka.


Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
Twitter : https://twitter.com/YeosMalaysia
Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia
Google+ : https://plus.google.com/105235723685382687885/posts
YouTube : http://www.youtube.com/yeosmsia


YEO'S PILIHAN SEMULAJADIKU.. TENTU PASTI. JANGAN LUPA JIKA KORANG SUKA DENGAN N3 INI APA KATA KORANG SHARE DAN KLIK FACEBOOK DAN G+. TQ GUYS


Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014


0 comment... add one now