Ninetology U9z1+ dan Sony Xperia Z Ultra nyata berbeza


Assalamualaikum. Ninetology U9Z1+ dan Sony Xperia Z Ultra adalah smarphone yang dicipta mengikut perkembangan zaman teknologi terkini. Kehebatan antara dua jenama yang berbeza bentuk + perisian + warna + ketahanan dan pelbagai ciptaan terbaik untuk menghasilkan smartphone yang canggih.

Gadget Ninetology U9Z1+ dan Sony Xperia Z Ultra



Ninetology U9Z1+ = Mempunyai bentuk yang seakan2 seperti gadget Samsung S4. Perisian yang kemas dan teratur. Saya sukakan bentuk dan ketipisan smartphone Ninetology U9z1+. Sangat slim dan seksi bila memegangnya. Dicipta bahagian sekeliling smarphone dengan Aluminum CNC Bezel Mid untuk ketahanan pengendalian yang kasar dengan perlindungan lebih selamat.

Gaya bingkai CNC Eksklusif U9Z1+ panel meningkatkan daya tahan tubuh dan classiness di setiap sudut tertentu dan tahan gores.

Dengan kebesaran16GB rom + 1GB RAM boleh memuatkan banyak simpanan dan gambar2 sebagai kenangan abadi. Gambar dari pengambilan camera lense smarphone U9z1+ memang cantik dan terang.



Sony Xperia Z Ultra = Smarphone Android yang pertama dengan saiz 6.4 "HD Display penuh dan yang pertama menggabungkan ™ Display TRILUMINOS + X Realiti mudah alih. Sony Xperia Z Ultra adalah smartphone atau telefon pintar on the go yang di luar impian. Bila menonton movie, seakan2 saya berada di dalam cinema menonton blockbuster.

Xperia Z ultra memiliki skrin yang lebar tetapi mempunyai ketipisan yang canggih + sedikit licin tetapi mudah untuk dipegang dibawa kemana2. Perisian atau spec yang canggih dan tersusun kemas. Paling saya suka adalah bahagian mainan game. Dengan skrin yang lebar bersama HD 


Juga tahan debu + kalis air dengan ketahanan kaca yang kuat. Ini yang saya suka. Susah hendak mendapat gadget smartphone yang kalis air.


Tentang camera Xperia Z Ultra = Memiliki HDR + dimension 179.4 x 92.2 x 6.5 + 8 megapexal dibina dengan modul yang sama dengan kamera Sony terkemuka Exmor RX. Imej yang dambil sangat jelas dan cantik. Namun sayang satu perkara yang saya tidak suka adalah tiada flash. Gambar diatas walaupun diambil mengadap matahari, gambar tetap cantik dan menarik.

Maaf saya tidak dapat menunjukkan gambar2 yang telah saya ambil sebelum setting dan selepas setting kerana saya terpadam file2 tersebut. 


Kalau diliat dari features dan spec yang ada, kedua2nya mempunyai kehebatan tersendiri. Sony Xperia Z Ultra adalah telefon pintar kalis air IP58 tertinggi dan Ninetology U9z1+ datang dengan ciri-ciri mengecas tanpa wayar. Namun jika tanya saya mana satu saya pilih, tentunya Sony Xperia Z Ultra. Tetapi jika untuk keselesaan + santai + mudah dibawa maka saya memilih Ninetology U9z1+.

Kalau nak yang terbaik maka harga pun besarkan. Jadi bagi saya harga RM1299 adalah sudah terbaik dan berbaloi. Jika korang ada gadget2 smarphone yang sudah tidak digunakan lagi, korang boleh datang ke branch Ninetology di Mid Valley untuk dapatkan rebate RM150 dengan pemotongan mana2 gadget smartphone yang ada. Ninetology U9z1+ dan Sony Xperia Z Ultra nyata berbeza

Boleh layari website mereka di http://www.ninetology.com/


nota : semua gadget memang seronok dibuat review tetapi yang tidak syiok adalah kerana masa yang terlalu singkat. Untuk menggodeh features dan kehebatan smarphone yang dimiliki memang tidak cukup masa. Harapnya selepas ini biarlah masa untuk review gadget di panjangkan menjadi 4 minggu. Baru puas hati. Tak gitu...


0 comment... add one now