Cerita nasi katok Brunei

Nasi Katok zaman sekarang
Assalamualaikum. Cerita nasi katok telah bermula selepas kenyangnya perut aku yang baru menelan nasi katok sebungkus yang dibeli dari sebuah warung. Dengan harganya yang sangat2 murah memang berbaloi2 membelinya.


Cerita disebalik Nasi Katok


Menurut cerita dari seorang sahabat Brunei, nasi katok ini bermula sejak tahun 1960an lagi ketika sebuah keluarga China telah berniaga nasi secara kecil2an dirumahnya Low San flat di Mabohai Brunei Darussalam. Dengan harga sebungkus 60 sen Brunei = Nasi lemak + sambal pusu (ikan bilis) maka orang2 di persekitaran sangat menyukai nasi lemak beliau.

Beliau mula menjual nasi lemak dari jam empat petang hingga malam hari tanpa membuka table atau payung diluar. Uniknya setiap kali pelanggan yang ingin mencari nasi lemak Low San Mabohai, mereka akan datang sendiri ke rumah flat keluarga ini dan KATOK = KETUK pintu untuk mendapatkannya. 

Disitulah bermulanya nama nasi katok dan keluarga Low San ini jugalah orang pertama yang memperkenalkan  nasi katok kepada orang2 Brunei.

Nasi Katok Low San Mabohai yang sangat terkenal di Brunei

Kebanyakkan penjual2 nasi katok sekarang sangat berbeza. Mereka telah mengubah rasa sambalnya. Dengan seketul ayam goreng + nasi putih + sambal = B1.00. Berbaloikan dengan harganya. Jika dicuba beberapa kedai2 + restoran2 + warung2 yang menjual pasti berbeza rasa sambalnya. Ada yang menggunakan lada hijau segar dan menumis dengan minyak. Ada pula yang menggunakan lada kering seperti sambal tumis tetapi sangat berbeza dengan sambal tumis kita. 

Memang berbeza2 warna + rasa sambal nasi katok. Tetapi jujurnya aku tidak pernah lagi merasa nasi katok  Low San flat Mabohai yang sahabat aku sarankan. InsyaAllah... kemungkinan ingin juga mencubanya apa yang dikata sedap sangat sampai KATOK = KETUK pintu malam2 buta.

Meniaga Nasi Katok sampai jam 2 pagi


Selepas insiden customer asik katok pintu minta beli nasi lemak sampai 12 tengah malam, keluarga ini telah mula membuka perniagaa dari jam 4 petang - 2 pagi hinggalah sekarang dan telah pun memiliki account FB Nasi Katok Mambohai. Dasatkan.. Jual Nasi Lomak ada accn FB. Sekarang harga Nasi Katok Low San Mabohai = 80 sen. Murah kerana tiada ayam goreng. Hanya Sambal ikan pusu = bilis + nasi.

Nota
Sekarang orang Malaysia sudah tahu apa itu Nasi Katok. Anarm.. lu sudah tau sekarang Nasi Katok itu apa. Bukan nasi yang diketuk2 yerk. hik3..

P.S. Lepas ni sesiapa yang datang Brunei, haruslah mencuba Nasi Katok dan rasakan sendiri. U guys akan menilai sendiri bagaimana rasanya. Jangan samakan nasi lemak Malaysia 50 sen yerk. Memang tiada tandingannya. Siapa dah pernah cuba angguk kepala..


0 comment... add one now