Penawar mengurangkan berdengkur dan menguatkan minda
Assalamualaikum guys... Tips ringkas untuk kita amalkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah berdengkur tidak kira kuat atau pun sederhana kuat + kepada mereka yang ingin menguatkan minda dan ingatan.
Rasanya ramai mengetahui kacang badam penuh dengan protein + serat + kalsium + magnesium + kalium + vitamin E + dan lain-lain antioksidan + fitokimia. Secara ringkas badam adalah sumber serat yang baik + sink + selenium + tembaga + kalium + fosturus + biotin + riboflavin + niasin + besi. Dan kajian telah menunjukkan kebaikan memakan kacang BADAM dapat mengurangkan risiko kanser + kencing manis + penyakit Alzheimer + dan lain2 penyakit kronik.
Cara2nya = Bakar badam dalam ketuhar. Biarkan sejuk dan blend halus. Bancuh susu panas atau susu tepung + 1 atau 2 sudu serbuk badam. Amalkan minum segelas setiap hari sebelum tidur. Sertakan selawat + AL Fatihah sebelum minum.. InsyaAllah akan sembuh dengan izin-Nya.
Nota
Terlalu hebat kacang badam jika dicapurkan susu panas atau suam. Bukan sahaja sedap tetapi yang paling penting khasiat dalam kandungan kacang badam teramat baik untuk kesihatan + kulit + otak kita. Daya ingatan sudah tentunya semakin kuat.
P.S. Harapannya selepas ini tiada lagi dengkuran berbunyi dari suami atau isteri yer guys.. hik3.. OK.. Selamat mencuba.