Khasiat daun roket atau arugula antikanser



Assalamualaikum guys... Daun arugula + rucola + roquetta atau lebih terkenal dengan nama ROKET sangat berkhasiat dan mempunyai pelbagai zat. Ada dua jenis bentuk daun roket ini. Satu jenis bulat memanjang dan satu lagi berbentuk liku2 dan memanjang. Jenis bulat memanjang agak sukar untuk mendapatkannya tetapi rasa yang bulat dan berliku2 tiada bezanya. Rasanya yang pedas2 dan sedikit pahit memang sedap jika dibuat sebagai hidangan salad untuk sarapan + lunch + dinner.

KHASIAT ROKET
  • Rendah kalori
  • Vitamin A, B, C dan K
  • Tinggi kalsium  + Asid folid + Zat besi + Kalsium + Magnesium - vitamin yang memelihara kesihatan tulang
  • Terkenal dengan kandungan erucic tinggi, yang boleh menjadi toksik dalam sukatan yang besar
  • Mengandungi serat dan sulfuraphane, bahan yang dikenali mempunyai sifat antikanser yang mujarab
  • Perangsang yang kuat enzim detoksifikasi semulajadi dalam badan
  • Antikanser + Antidiabetik + Antimikrobial


Saintis dari negara Arab Saudi mendapati bahawa ekstrak roket adalah rawatan ulser gastrik alternatif yang selamat dan semula jadi. Haiwan makmal yang dipra atau diuji dengan ekstrak herba ini telah dilindungi dari terjadinya ulser gastrik walaupun terdedah kepada pelbagai toksin dan tekanan. Kredit healthymuslim..


Memo Sarapan pagi - Whole meal soft bun + daun roket + butter unsalted = Alhamdlillah sodap.  Salad roket sedap dibuat salad + tomato cherry segar + minyak extra virgin oil + pepper + garam keping laut. Bagus dimakan waktu tengahari dan malam. Tapi untuk bukan pesakit KANSER aku sarankan roket salad ini sedap sangat dibuat sandwich bersama sapuan CREAM CHEESE = sihat dan baik untuk diet seimbang.

Nota
Banyak sebenarnya khasiat sayur2an atau daun2 salad yang kita harus tau dan amalkan untuk mengambil sebagai vitamin tambahan yang sangat nuteral dan segar. Sangat baik untuk pesakit kanser mengamalkan pemakanan salad segar agar nutrien yand ada pada salad dapat membantu merawat..

P.S. Sorry ler gambar tuh terburai2 salad roket coz daunya panjang2.. Masa shopping barang2 dapur terjumpa satu bekas sederhana bulat dengan harga yang sangat berbaloi BRD5.90.. Oklah.. Banyak tuh.. OK guys... selamat menjamu makan tengahari nanti dan selamat monday bluesssss... Boring2 pegi buat lompat2 sekejap.. Sure hilang boring.. har3.. Adiosss...