Doa susah mendapat anak atau mandul

Assalamualaikum guys. Doa susah mendapat anak.
Selalunya bila kita tonton drama2 atau movie2 melayu, ada saja yang menyentuh tentang isteri tidak boleh beranak atau ayat jahat MANDUL. Honestly perkataan mandul ini sangat2 sensitif bagi mereka yang sudah lama tidak mendapat zuriat sendiri. Keluarga kedua belah pihak asik menanyakan bila kami hendak menimang cucu. Ada tuh pula bila saudara mara pula kerap kali berjumpa bertanyakan perkara yang sama. Yang empunya diri terasa letih hendak menjawab soalan2 yang tidak boleh dijawab dengan tepat. Paling senang jawapannya "BELUM ADA REZEKI DARI ALLAH"..

Kita sebagai hamba-Nya yang terlalu kerdil disisi-Nya hanya mampu berusaha sebaik mungkin termasuklah berurut + memakan pemakanan tambahan untuk subur + berjumpa ustaz untuk mendapatkan air + bermacam2 lagi ikhtiar telah dilakukan. Alhamdulillah.. ada yang berjaya mengandung setelah mengamalkan amalan2 tersebut namun ada juga yang masih tiada rezeki lagi. Jangan salahkan diri sendiri. Ini semua ketentuan dari-Nya. Siapa kita hendak menentang kejadian Allah SWT. Jangan jadi manusia yang terlalu cetek akal + menjatuhkan maruah kaum perempuan sendiri dengan mengutuk dan menghina mereka dengan gelaran MANDUL. Menghina mereka ibarat kita memandang rendah dengan ketentuan Tuhan. Apa salahnya kita sama2 mendoakan untuk mereka. Mudah2an dengan berkat doa yang dikirimkan Allah SWT memakbulkan.
Disini ada 2 keping doa yang harus diamalkan setiap hari. Yang sudah ada anak tetapi ingin mendapatkan zuriat lagi juga boleh mengamalkan juga. Mudah2an Allah SWT mendengar doa kita. Mari kita amalkan doa2 dari himpunan Ustaz Harun Din..
  • Baca surah Al Fatihah
  • Doa mohon zuriat seperti bawah ini 


Wahai Tuhanku, janganlah engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik2 Yang Mewarisi" (Al Anbiya:89) "Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan Yang baik, Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" (Ali Imran:38) Dan tidaklah orang2 kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap2 benda Yang hidup?  maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (An-Anbiya:30)
  • Baca doa ini sebanyak tujuh kali


Maha suci Tuhan yang urusannya antara "kaf" dan "nun". Maha suci Allah yang urusannya apabila DIA menghendaki sesuatu, Ia berkata "Jadilah. maka akan jadilah". Aku bermohon kepada Allah yang maha Agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung agar DIA menyembuhkan dikau.

Nota
Setiap apa yang kita terima rezeki dari Allah SWT hendaklah kita bersyukur dengan pemberian-Nya. Dan tetap bersyukur dengan-Nya walaupun masih lagi tiada rezeki untuk menerima zuriat. Itu semua dugaan dan ujian. Semuanya ada kebaikannya. Yang sudah ada anak sendiri lebih mencabar ujiannya. Didiklah anak2 dengan ilmu agama dan tegurlah mereka dengan berhemah jika membuat kesilapan. Biar mereka menangis sekarang daripada mereka menangis kemudian.

P.S. Selain mengamalkan pemakanan2 tambahan aku juga mengamalkan doa2 ini agar Allah SWT memakbulkan permintaan. Amalkan membaca Quran surah Mariyam juga perlu. InsyaAllah.. itu semua dengan izin-Nya..

0 comment... add one now