Cermin mata baru


Assalamualaikum guys... Alhamdulillah hajat nak menukar cermin mata baru dah pun terlaksana. Since last year nak tukar cermin coz dah ada sedikit calar dan banyak kali juga terjatuh + dah 3 tahun memang wajib kena tukar baru. Hajat sebenar ingin menukar cermin sahaja tapi bila tengok ada promotion dan frame ini pun cun giler maka terbayar ler pula.. hik3..

Tapi sebelum itu kena check sekali lagi power mata adakah makin naik atau menurun. Dapat result memang terperanjat ler coz power still maintain sejak 3 tahun lepas. Staff yang membuat pemeriksaan mata aku pun tak sangka. Dia kata susah nak jumpa orang yang boleh maintain power dalam masa 3 tahun. Selalunya akan naik lebih tinggi. Mr. hubby pun sama maintain. hik3... Alhamdulillah..

Petua nak cerahkan mata senang saja. Banyakkan makan carrot dan sayur2an hijau. Waktu pagi kalau tak sempat nak tengok rumput hijau kat luar padang, korang pandang jer ler warna hijau dalam rumah pun ok.. Buah manggis dan passion juga dapat merawat bahagia dalam mata. Air masak diminum secukupnya. 

Nota
Seronok dapat tukar cermin mata baru. Rasa macam baru dapat mata baru.. Terang jer.. hik3

P.S. Mana yang dah masuk 3 tahun tak tukar cermin mata weekend nih pegi ler tukar. Karang naik juling plak jadinya.. hik3... gurau2.. Tapi ini betul2 cakap nih. Ada masa pergi tukar cermin baru. Tengok power korang makin naik atau menurun atau maintain. Kalau maintain memang aku salut korang...Ok guys.... Nite2 dan Salam

0 comment... add one now