Khasiat buah kiwi hijau dan emas


Khasiat kiwi hijau dan kiwi emas
Assalamualaikum guys.. khasiat kiwi emas dan hijau memang sangat2 tinggi kandungan nutriennya.
Ada yang bertanya apa bezanya buah kiwi hijau dan emas. Jika mengikut kajian pemakanan kesihatan khasiat kiwi hijau dan emas tiada banyak bezanya kecuali rasanya. Kiwi hijau mempunyai rasa sedikit masam dan manis dan kiwi emas lebih rasa manis dan tidak semasam kiwi hijau tapi tetap sedap di makan. Kandungan khasiat kiwi hijau sedikit saja rendahnya berbanding khasiat kiwi emas. Namun kedua2nya tetap bagus untuk kesihatan dan diet yang sihat terutama bijinya yang bewarna hitam yang sarat dengan nutrien.
PIL VITAMIN CContoh yang kita ambil paling simple. Pernah makan vitamin C? Sebiji pil vitamin C mempunyai kandungan mg yang berbeza. Ada yang 500 mg dan ada yang 1000 mg. 100 gm kiwi segar yang kita makan mengandungi vitamin C sebanyak 75 mg. Jika sebiji atau dua kiwi segar kita makan sudah cukup bekalan vitamin C untuk seharian. Bestkan.. Jadi ambil kesempatan sementara buah kiwi sekarang sedang bermusim.
Ini adalah nutrien bagi setiap 100 gm kandungan buah kiwi 
  • Vitamin C : 75,0 mg 
  • Vitamin A : 175 IU
  • Kalium : 332 mg
  • Kalsium : 26 mg
  • Magnesium : 30 mg
  • Fosforus : 40 mg
  • Besi : 0,41 mg
  • Natrium : 5 mg
  • Thiamin : 0,020 mg
  • Riboflavin : 0,050 mg
  • Niacin : 0,500 mg
  • Protein : 0,99 g
  • Lemak : 0,44 g
  • Karbohidrat : 14,88 g
  • Serat : 3,4 g
  • Air : 83,05 g
  • Tenaga : 61 kcal
Tahu tidak buah kiwi yang serat dengan nutrien mampu mengawal rasa lapar terutama yang sedang berdiet dan memperbaiki fungsi usus. Di fahamkan juga kiwi mampu membantu penyakit asma, melancarkan peredaran darah, jantung dan juger kanser. Pengambilan buah kiwi emas atau hijau serta buah strawberry yang tinggi zat dan vitamin2nya mampu melawan penyakit kanser. InsyaAllah..... Kita berusaha mana yang termampu walau apa pun caranya. 

BAGAIMANA HENDAK MEMILIH KIWI HIJAU ATAU EMAS
  • Lihat warna kulitnya. Kiwi hijau memiliki rambut yang banyak dan kulitnya bewarna perang coklat serta berbentuk seperti telur
  • Kiwi emas mempunyai kulit yang sedikit berambut dan licin serta bewarna perang. Bentuknya sedikit lonjong dan bucunya seperti ekor ikan..  Lihat pada gambar di atas

Nota
Setiap hari memakan sebiji kiwi emas atau hijau sudah cukup nutrien untuk kita. Kalau mahu ambil lebih dari sebiji juga boleh dan lebih bagus untuk diet yang seimbang. 

P.S. Sejak kitorang kurang minum jus passion nih buah kiwi pula menjadi keutamaan buah2an kami selain anggur, blueberry, orange, epal dan strawberry. Semua buah2an ini memang wajib ada untuk seminggu hidangan. Sebelum sarapan, lunch dan dinner pasti buah2an yang di makan dahulu sebelum memakan nasi. 

P.S.2. Ok guys.. cukup setakat ini.. Jumpa lagi esok untuk sambungan bab munakahat yang ke 3. Ada yang setuju nak sambung bab ini atau ada yang membangkang? Ilmu yang baik tidak salah untuk kita kongskan dan ambil tahu untuk kebaikan semua.. Betul tak3... Wassalam.....

0 comment... add one now