Surah Al Fatihah memohon segala HAJAT

Surah AL Fatihah memohon segala hajat.
Assalamualaikum guys... Kebaikan ayat Al Quran memang telah terbukti boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dan bermacam2 lagi kebaikan yang ada. Begitu juga dengan HAJAT. Jika seseorang itu ingin memohon sesuatu hajat maka mohonlah kepada-Nya dan amalkan surah Al Fatihah.
Bacakan Surah Al Fatihah sebanyak 41 kali selepas solat Maghrib dan jangan bergerak dari tempat duduk sehingga selesai bacaan tersebut. Selepas itu bermohonlah kepada Allah SWT dengan segala apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dengan izin-Nya. Namun jika niat yang baik maka Allah SWT akan segerakan hajat kita tetapi jika niat kita sebaliknya maka faham2 sendirilah....

Nota
Bermohon dalam bulan ramadhan yang barakah ini sangat2 digalakkan agar kita sedar sebagai hamba-Nya sentiasa ingin meminta2 untuk yang terbaik bagi diri sedangkan terkadang kita sentiasa lupa dan lalai melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya... Semoga dalam bulan Ramadhan ini sedikit sebanyak dapat kita ubah diri agar menjadi manusia yang lebih sempurna di sisi Allah SWT...

0 comment... add one now