Bantuan ke Somalia telah berangkat


Assalamualaikum dan salam ramadan... Alhamdulillahirabilalamin.. Sesungguhnya DIA mendengar dan memakbulkan doa hamba2-Nya. Bantuan ke SOMALIA telah pun berangkat terbang menggunakan pesawat C-130 milik TUDM. Penerbangan ke SOMALIA mengambil masa perjalanan selama 18 jam dan akan transit di tiga negara iaitu di Seychelles, Mogadishu dan Mali.

Seramai 76 orang termasuk anggota sukarelawan, media, pegawai perubatan dan krew kapal telah menyertai MISI BANTUAN SOMALIA... 

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sebanyak lapan tan bahan makanan dan ubatan-ubatan dikumpulkan untuk dibawa ke Somalia bagi misi itu. Bantuan bekalan terdiri daripada 1,212 botol air mineral, bungkusan biskut dan coklat (2,586), kurma dan coklat (1,817), ubat cacing (30,000) dan ubat2 (9,338).

Nota
KITA DOAKAN BERSAMA AGAR MEREKA SEMUA SELAMAT TIBA MEMBERI BANTUAN KE SOMALIA DAN SELAMAT PULANG KE TANAH AIR MALAYSIA DENGAN SELAMATNYA DAN RAKYAT SOMALIA MENDAPAT BEKALAN MAKANAN DAN BANTUAN YANG MENCUKUP DARI SELURUH DUNIA.... AMIN3..

0 comment... add one now