Khasiat teh hijau

 TEH HIJAU OR GREEN TEA

Khasiat teh hijau.
Assalamualaikum. Teh hijau atau green tea. Korang suka minum teh? Apa jenis teh yang paling korang suka? Teh O, teh tarik, teh halia, Teh C tarik (aku suka nih coz ada gula merah) atau teh hijau? Kalau pergi kat mana2 cafe pasti ada jual teh hijau dengan susu yang digoncang dengan ice ketul atau teh hijau hitam panas atau sejuk. Perghhhhh memang sedap sekali kalau tekak tengah kehausan. Namun korang tau tidak bahawa teh hijau adalah teh terbaik dari teh biasa.

Di Jepun TEH HIJAU paling popular kerana mereka tahu khasiat teh tersebut. Dan teh mereka sedikit lain dari teh hijau yang ada di pasaran. Texture yang halus berbentuk serbuk dan dibancuh dengan cara tradisi mereka membuatkan teh hijau lebih rasa sedap dan kaya dengan vitamin A, B1, B12,C, E , K dan mineral seperti kalsium dan zat besi.

Antara kebaikan yang kita boleh dapat dalam teh hijau
  • Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan
  • Menjaga tekanan darah 
  • Merawat batuk
  • Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
  • Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
  • Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
  • Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
  • Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
  • Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
  • Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya
  • Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah. 
Teh hijau juga mempunyai kalsium dan jika sesiapa tidak minum susu kerana rasanya maka bolehlah menggantikan dengan minuman teh hijau.


Nota
Teh hijau bagus untuk pesakit KANSER kerana mempunyai antioksida yang kuat. Mr. Hubby juga minum setiap hari dengan membekalkan sebotol teh hijau suam kosong tanpa gula 1 litle. Pagi dengan jus SGG + epal + lemon dan memakan banyak sayur2an hijau dan buah2an terutama DURIAN BELANDA. Baca SINI. Alhamdulillah... kat sini senang nak dapat durian belanda kampung. Sangat2 manis dan sedap. Hari2 taram durian belanda tapi kena jimat2 jugak coz takut sabtu nih kat pasar sayur tak ada bekalan. Selamat berminum teh hijau dan taram durian belanda.. Toast!!!!

0 comment... add one now