Assalamualaikum guys.... Semalam sedang duduk berborak dengan sahabat baru, dia tercerita tentang travel naik bot atau kapal. Beliau gemar naik speed boat atau kapal laut tapi satu jer masalah beliau, MABUK LAUT. Lagi2 masa naik boat laut dalam keadaan bergelora membuatkan boat bergoyang2 kiri kanan.. Itu yang nak Uweeekkkkkk tuh.. So aku bagi tip kat dia, lain kali kalau nak naik boat atau kapal makan panadol sebelum setengah jam nak berlepas. Tapi itu tip lama yang aku selalu amalkan lagipun aku tak mabuk laut. Huhuhuhu...
Tapi jangan amalkan makan panadol kerana tidak elok untuk kesihatan. Ini ada petua paling senang dan mudah.
- Ambil 3 sudu madu lebah asli (atau madu biasa juga boleh) kemudian bubuh sedikit garam. Minum terus macam makan ubat batuk. ATAUPUN
- Ambil ubi keledek (yang sudah direbus) dan makanlah ketika mula menaiki boat atau kapal atau darat.
Nota
Banyak juga khasiat madu itu bukan. Selain membuat kulit cantik dan merawat penyakit, madu juga bagus diamalkan untuk minuman seharian seperti minum teh O halia dgn madu. Rasa lebih nyaman dan segar. Selamat mencuba...