Penawar penyakit kencing manis

Gambar petai belalang. Kredit gambar untuk dsnbuluh.. Terima kasih

Assalamualaikum guys... Baru jer tadi aku terbaca berita dari laman web brother Sham Ondscene tentang pemalsuan ubat PERKASA untuk pesakit kencing manis. Haishhhhhh... ramai sudah pengguna tertipu dengan barangan ini. Kalau nak tahu berita selanjutnya sila ler ke laman bro Sham ok. Sebolehnya jangan tertipu lagi.

Ok guys... Sebenarnya selepas terbaca cerita dalam laman bro Sham pasal ubat PERKASA tuh, aku terpanggil plak nak kongsi dengan korang tentang pesakit kencing manis dan penawarnya. 

Tanda2 awal ditimpa kencing manis
  • Kerap buang air kecil
  • Berat badan yang menurun
  • Sentiasa merasa haus/dahaga
  • Sentiasa merasa lapar
  • Letih yang tidak menentu
  • Pemandangan semakin menjadi kabur
  • Mudah mendapat penyakit kulit
  • Merasa gatal pada kaki dan tangan
  • Merasa peat dan sakit kaki
  • Gatal2 pada perlipatan dan dua celah paha
Tanda2 yang serius/teruk bagi pesakit kencing manis
  • Sentiasa haus/dahaga
  • Hilang selera untuk makan
  • Muntah2
  • Boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
  • Air kencing menjadi manis, disukai oleh semut2 (lepas ni kalau nak tahu ada sakit kencing manis cuba letak dalam mangkuk kecil dan biarkan) tengok semut datang tidak
Yang perlu diambil berat oleh pesakit2 kencing manis
  • Menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti
  • Sentiasa mengawasi makanan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji
  • Menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihidapinya
  • Sentiasa bersenam dan berehat yang secukupnya
  • Jangan terlalu boros menggunakan tenaga
  • Bila melakukan kerja2 yang beat setelah merasa penat segeralah berhenti, jangan diteruskan juga
Penawarnya
Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering dari pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak (sangai) sehingga garing. Tumbuk atau blender petai tadi sehingga hancur. Kemudian bubuh ke dalam air panas dan minum seperti membuat air kopi. Amalkan 1 kali setiap hari. InsyaAllah dengan izin-Nya hingga sembuh.

Atau

Buat cara ini. Ambil 20 gram BungaKemunting Cina bersama akar dan daunnya. Rebus bersama 2 litle air masak sehingga air tinggal separuh. Minum 2 kali sehari. Amalkan air rebusan ini hingga sembuh.

Atau

Minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari. InsyaAllah akan sembuh dalam tempoh 2 bulan. Semua dengan izin-Nya

Nota:
Dulu arwah nenek aku selalu pesan jangan dilupa minum air masak yang banyak dan kurangkan memakan makanan bergula. Perbanyakkan makan sayur dan buah dan jangan lupa senaman serta makan buah petai dan jengkol/jering. Bagus untuk mencuci air kencing kita. Walaupun berbau tapi itulah ubatnya.. Good luck semua

0 comment... add one now

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.