Senarai dan gambar pemenang ABPBH 2010 : Tahniah Sam



Assalamualaikum guys.... Pertama sekali aku nak ucap tahniah Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Shaheizy Sam dengan undian sebanyak 126,168 ribu. Memang hangit betul ABPBH 2010 tadi. Lagi2 bila pengacara yang banyak celoteh dan lawak lucu si Zizan, Kak Engku dan Shahira. Memang sesuai diorang bertiga. Walaupun Kak Engku dan Shahira tidak berjaya namun mereka still lagi boleh buat lawak. Cover cool hehhh korang.. Hu3. Persembahan pada malam tadi memang menarik dengan kehadiran Anuar Zain, Yuna, Ella, Hujan, Shima, Tok Ti dan lain2. Tapi paling menarik tertarik teh tarik bila si Ucop Wilcha dan Johan datang menghantar keputusan. Naik gelak besar tengok si Ucop sebut.. ketepi..ketepi..ketepi.... hehehehe. Kalau ada Hantu Kak Limah ikut sekali mesti gempak.. hu3.  Wokeh... jom kita tengok pemenang2 ABPBH 2010.. Mereka semua memang layak menang.

Pemenang2 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
  • Artis Duo Berkumpulan - 6ixth Sence
  • Pelakon Drama Wanita Popular - Fasha Sanda
  • Juruhebah Paling Popular - FBI Faizal Ismail
  • Pelakon Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah
  • Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani
  • Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Haji Nawawi
  • Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
  • Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana (Fafau)
  • Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
  • Pengacara TV Wanita Popular - Farah Fauzana (Fafau)
  • Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan
  • Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
  • Pelakon Filem wanita Popular - Lisa Surihani
  • Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
  • Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
  • Penyanyi Wanita Popular - Yuna
  • Anugerah Artis Mobile Popular - 6ixth Sence

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010 'Dato' Rosnani Jamil'


Si Ucop Wilcha dan Johan sedang mengumumkan keputusan Bintang Paling Popular ABHPBH 2010 sambil melenggang2kan tangannya yang alalalalalonggg... hu3.. i like


Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 'Shaheizy Sam'


Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 2010 Faizal Tahir.. U look Superman dude..


Zizan dan Nabil sama2 bagus. Tapi malam ini kejayaan milik Zizan.. Memang terbaek kau...


Zizan, Kak Engku, Shahira, Johan dan Ucop Wilcha.. memang sempoi dan rock korang beb.. Tak der korang sunyi stage tuh.. hu3

Tahniah juga pada Lisa Surihani kerana memenangi Pelakon Wanita Popular 2010.. Cute Lisa


Yuna memang d best.. Cuma malam tadi dia tak bersama dengan kekasihnya SI GITAR.. 


Fafau dalam hitam putih.. Nampak menarik.. Tahniah Fafau. Next year kau plak kena tarik diri coz dah menang banyak kali tuh.. hu3.. 'GURAU'.. Ada niat ker nak buat begitu?

Nota:
Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 membawa pulang Kereta Nissan, Barang Refflesia dan lain2.. Lumayan2.. Boleh ler buat hantaran untuk bakal isteri nanti ya Sam.. InsyaAllah

P.S. OKlah guys.. Tahniah sekali lagi untuk semua pemenang ABPBH 2010.. Tahun depan kita tengok sape plak yang menang yer... Rasa2nya kalau Tok Ti tak tarik diri, masihkah dia akan memegang Trofi ABPBH lagi?? I don't think so coz tahun ini semuanya glamours terutama Sam dan Lisa.. Gd Nite..

0 comment... add one now