Lelaki ini minum air lopak


Assalamualaikum guys... Bila melihat gambar ini sanggupkah kita biarkan lelaki ini minum air lopak yang kotor itu? Jika ditakdirkan kita terjumpa atau terserempak seperti lelaki ini, adakah kita menghulur tangan membantu atau kita perhatikan saja? 

P.S. Teringat kes seperti ini di Sungai Buluh. Kebetulan semasa membeli bunga, ada seorang lelaki tetapi tidak diketahui berbangsa apa dan sedikit tidak siuman dengan berpakaian lusuh dan koyak cuba menjual ikan kering yang hanya ada seekor sahaja di tapaknya dengan harga RM10. Mahal harganya. Harap2 dia dapat menjual ikan yang dah kering tuh kepada seseorang yang berani mendekatinya.  Aku nak cuba beli tapi terfikir plak, kalau aku beli esok lusa tulat dia jual lagi ikan kering tuh dengan harga yang mahal. Dan lagi bukan tak nak tolong, cuma risau buatnya di kejar tariknya aku tak ker naya.. hu3.. Namun jauh dari sudut hati memang cuba untuk membantu... Ikhlas..

0 comment... add one now