Assalamualaikum sahabat semua dan selamat hari khamis.. Alhamdulillah bersyukur pada-Nya kita semua hidup dalam keadaan aman damai di Malaysia jika dibandingkan dari negara2 luar seperti Oman, Liyba dan terbaru pula dengarnya dah nak merebak ke negara Arab Saudi.. MasyaAllah.. Apa nak jadi dengan nasib mereka. Hidup dalam keadaan kekacauan kerana ingin menjatuhkan si Kepala Naga Gaddafi. Sampai begitu sekali..
Dari sumber satUmat mengatakan ada saksi mata memberitahu sebuah kota di wilayah timur Libya yang dikuasai pemberontak menerima serangan udara dari pasukan yang setia kepada pemimpin Muammar Gaddafi dan berhasil merampas kembali fasiliti minyak berhampiran.
Para saksi mata mengatakan kepada Associated Press mereka melihat dua pesawat tempur mengebom bahagian timur kota Ajdabiya pukul 10 pagi waktu setempat Rabu ini (2/3). Mereka juga mengatakan bahawa pasukan pro-Gaddafi bergerak maju ke kota, sekitar 470 mil (750 kilometer) sebelah timur ibukota Tripoli.
Ahmad Jarksi, pengurus perusahaan minyak Sirte yang menjalankan fasiliti di kota timur Brega, mengatakan pasukan pro-Gaddafi merebut kembali kontrol fasiliti minyak di wilayah itu, di sebelah barat daya Ajdabiya.
Nota : Pengecut Gaddafi hanya berani menyerang pemberontak dengan menggunakan senjata sahaja bukan dengan akal yang bijak. Tetapi kerana si pengecut ini juga pemberontak2 sudah nak merebak ke negara Arab Saudi pula. Bagaimanakah nasib rakyat Arab Saudi pula selepas ini setelah apa yang berlaku di Libya baru2 ini. Bagaimana pula nasib kaum2 wanita dan anak2 mereka selepas ini? Harapnya semua ini berlaku tidaklah berpanjangan hingga boleh membawa kepada kesengsaraan kepada rakyat jelatan.. Semoga Allah SWT melindungi mereka dan memberi hidayah agar mereka tidak bertindak lebih jauh lagi. Amin
