Assalamualaikum guys... Kita boleh lihat walaupun Gaza dalam keadaan susah dari segi bekalan makanan, tempat tinggal, dan sebagainya namun mereka masih lagi sempat memberi bantuan bekalan makan ke Mesir melalui Terowong bawah tanah.
Selama tiga hari terakhir, warga Gaza telah memberikan makanan kepada tentera Mesir yang terisolasi di perbatasan Gaza sejak awal revolusi rakyat.
Terowong bawah tanah, yang digunakan untuk membawa barang-barang keperluaan dasar dari Mesir ke Jalur Gaza, sekarang justru bekerja ke arah yang bertentangan.
Tentera Mesir, yang telah terisolasi di perbatasan Gaza selama 10 hari terakhir, kerana pergolakan internal, mendapatkan bekalan makanan berupa roti, makanan kaleng dan kelengkapan lainnya dari daerah kantong pantai miskin melalui terowongan bawah tanah.
Pedagang Gaza juga telah mengirim sayuran, telur dan barang lainnya ke Mesir, di mana pemilik kedai kehabisan stok kerana bekalan normal terputus akibat kerusuhan itu, Ha'aretz melaporkan Jumaat lalu.
Sejak tahun 2006, warga Palestin di Jalur Gaza telah menggunakan terowongan bawah tanah untuk mendapatkan keperluan dasar mereka ke daerah kantong yang telah ditutup oleh sekatan Israel.
Rafah adalah pintu masuk utama dan pasca keluar antara Mesir dan Jalur Gaza
P.S. Betapa indah dan wanginya rakyat Palestine membantu walaupun mereka juga berada dalam keadaan susah.. Dugaan Allah SWT memang sesungguhnya hebat. Kesabaran itu terlalu indah.
sumber dari satUmat

lamanya tak datang sini...
sory kak, busy laa...
alhamdulillah, sejuk hati membaca berita ini...rakyat palestin tak pernah lupakan jasa...