sabda Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama" Hadis riwayat Ibnu Hibban
Solat tarawikh ni banyak fadilat dan pahalanya. Masing2 merebut pahala berlipat ganda yang Allah janjikan pada hambanya. SubhanAllah.. Allah itu maha pemurah dan pengampun. Biarpun hambanya banyak melakukan dosa2 mahupun kecil atau besar, tetapi pintu taubat senantiasa terbuka untuk mereka. Itu sebabnya bila bulan yang sangat mulia ini kita berebut2 untuk beribadah semata2 kerana ganjaran pahala yg berlipat kali ganda dan termasuklah untuk membersihkan diri dan hati.
Berbalik pada solat tarawikh, tentu kita akan merasa seronok, kusyuk, selesa dan tidak memudarat solat kita jika mengikut imam yang bacaannya merdu dan tidak terlalu panjang surah yg dibacanya. Jika dibuat 23 rakaat berserta solat sunat writir sudah tentu akan rasa seperti sekejap saja dah selesai. Ada sesetengah surau2 atau masjid2 yang bersolat tarawikh boleh memudaratkan makmum kerana bacaan yang terlalu panjang dan lambat. Ini boleh membuatkan makmum hilang kusyuk dalam solatnya.
Tetapi terpulang pada diri masing2. Ada yang suka imam baca panjang surahnya ada pula yang suka imam baca pendek surahnya. Yang penting dalam hati kita lakukan solat ini kerana Allah s.w.t... Nawaitu itu yang penting =)
Tetapi terpulang pada diri masing2. Ada yang suka imam baca panjang surahnya ada pula yang suka imam baca pendek surahnya. Yang penting dalam hati kita lakukan solat ini kerana Allah s.w.t... Nawaitu itu yang penting =)
P.S. Rasulullah s.a.w. juga buat solat tarawikh 8 rakaat dan 3 rakaat solat
writir pada waktu pagi. Solat writir lebih bagus jika dibuat
pada waktu Kiamul lai di sebelah pagi
sebelum masuk subuh..
