Haiiii.... rasanya macam sekejap je hari berlalu.. iyalah kan tup tup tup dah 19hb Mei 2010. Tak macam zaman dulu2.. Masa dan waktu dulu sangat le lambat tak macam masa sekarang. Laju macam gasing. Kalau ada meeting atau temujanji mesti tak henti2 tengok jam takut lambat. Kalau le kena hari hujan lagi le menyiksakan.. Jammm giler beb. Trafik sana sini. Confirm orang yang tunggu kita naik panassss walaupun cuaca hari hujan.. sejukkkkk.. Masa tu pandai2 le beri alasan.. Alasan Trafik teruk giler.. tu je..
Cakap pasal masa aku teringat waktu aku zaman kanak2. Lagi2 bila time sekolah.. asik tengok jam je. Dalam hati bila lah nak balik ni.. Cepatlah pukul satu tengahari. Perut dah lapar. Kepala asik ingat mak kat umah. Hehehehe.. kalau fikir balik zaman sekolah ni terasa muda lah plak. Aku masih ingat lagi masa tuh aku dalam darjah satu. hari pertama persekolahan aku naik keretalah dengan abah aku. Abah aku daftarkan aku di Sekolah Air Panas Setapak. Tapi selepas tiga atau empat hari aku dah kena naik trak sekolah. Almaklumlah anak askar. Syok betul naik trak. Rasa macam nak pergi hutan untuk berperang. Seragam dah ada cuma tak ada senapang je. Kihkihkihkih... paling gelihati bila hari pertama persekolahan rendah aku. Sedih je.
Dalam hati dan kepala aku cuma wajah mak. Pandang kanan mak. Pandang kiri pun mak.. Semualah muka mak aku. Itu yang sensitif tuh. Toching de. Rasa seakan nak menjerit je panggil mak aku suruh ambik. Tapi malu. Kawan2 yang lain relax je. Aku je gabra. Sedih betul. Waktu rehat pukul 10 pagi dah tiba. Cikgu suruh pegi kantin. Sape ada bawa bekal boleh makan kat taman sekolah atau kantin. Mak aku bawakan bekal. Roti sandwich dengan air oren Tang. Masa tuh oren Tang ni memang the best in d KL. Kalau sehari tak dibekalkan naik minyak aku. Bukan orang minyak de. Sorry le. So bila dah masuk kelas balik kepala aku ingat mak lagi. aku jadi termenung dan hati aku hanya untuk mak mak mak.. Mak ambik aku di sekolahhhh.. Hari pertama memang tak belajar. Masing2 buat hal sendiri. Ada yang main , baca buku, kacau orang, buli orang. Aku je duduk sorang2 berangan. Tiba2 lonceng berbunyi. Dah balikkkk!!! jerit aku. Dengan pantas aku bangun beratur dengan bag kotak berwarna biru. 'Turun tangga perlahan2, jangan tolak2'. Kata cikgu. Mata aku dah meliar je cari abah aku. Tergamam jugalah aku tengok trak sekolah punya le banyak.Iyalah kan bukan trak dari Kem Tentera abah aku je. Hari ni hari pertama aku plak tuh.
Aku tunggu juga angah dan along aku tapi tak muncul2. Mata dah berair.. Abah aku kata tunggu kat kantin nanti dia datang ambik. Tunggu punya tunggu punya tunggu.. tak muncul2 jugak. Mata dah merah ni.. Aku tengok satu persatu trak sekolah menghilang. Mana abah akuuuu... Akhirnya aku nampak kereta merah berhenti depan gate. Mula2 tak berganjak aku pasal itu bukan kereta abah aku. Bila keluar je orang dalam kereta tuh melompat aku sambil menangis berlari2 ke arah kereta merah tuh. Abahhhhhhh... nape lambat. Teresak2 beb.. memalukan. Aku dah tak kisah orang nak tengok aku. Gembing budak ni. Abah aku kata kereta rosak. Tak boleh start. Dia pinjam kereta kawan. Hmmmm... korang nak tau apa jadi lepas balik rumah. Angah dan along aku kena rotan. Dia marah kenapa tak temankan aku. Aku suka giler abang2 aku kena marah. Diorang berdua ni kuat buli aku masa kecik. Padan muka kau ngah long...

Sampai sini je ceta zaman kanak2 aku. Itu baru zaman darjah satu. Belum zaman darjah dua aku di Sekolah Kebangsaan Dato Panglima Adnan Port Dickson. Hmmmm... berpindah randah aku bersekolahkan. baru dapat kawan dah kena pindah lagi. Sedihhhh.... Tak pe yang penting 'Hidup lebih sedap..'.

kim salam kat ngah n long!!
wa tumpang happy diorg kene rotan
wakakakkakaka
>>___<<
zaman skolah mmg best!