manusia ular... benarkah??


Semalam nur terpanggil nak buka cerita ni tapi tak berapa pasti sama ada ianya benar mahluk Allah ini atau tidak.. Waktu makcik indonesia mengurut nur dia ada tercerita mengenai seorang hamba Allah yang berasal dari desa Menggasan, Tanggul Jembar sedang menunaikan wukuf di Arafah. Menurut cerita makcik ni dia terlepas cakap dan diolognya lebih kurang macam ni "kenapa ada duit banyak-banyak datang sini tapi pusing-pusing macam ular".. Selepas beberapa minit badan dia terasa gatal-gatal. Dia berlari ke bilik air. Temannya yang juga di  kata saksi kejadian mengikut dia dan memerhatikan dengan pelik kenapa tiba-tiba dia asik menggaru-garu kulitnya tanpa berhenti. Temannya menjadi terperanjat bila badannya bertukar menjadi seperti ular. 

Difahamkan manusia ular ini di pelihara keluarganya. Tetapi selepas ramai orang datang berkunjung, mereka menyerahkan manusia ular ini ke taman haiwan kalau tak silap nur di Surabaya.  Dan  menurut cerita lagi satu mahkluk ini di simpan dalam kotak hitam dan bertuan. Namanya Mbah Tohir. Hadirnya Mbah Tohir dalam mimpi Suyono (53), warga Desa Joho, Kecamatan Kalidawir, Kabupaten Tulungagung, Jawa Timur memang benar. Memang ada kotak hitam dan manusia ular yang sudah tidak bernyawa. Nur tak berapa pasti cerita in benar atau tidak dari makcik indonesia ni kerana cerita seperti ini pernah berlaku di beberapa daerah seperti di Trenggalek dan Tulungagung. Cerita ini nur kongsikan disini pun hanya kerana ingin mengetahui sejauh mana benarnya kisah manusia ular ini.

Cerita dan video manusia ular ini sama.. sila lihat sendiri di link yang nur berikan. 

http://www.indospiritual.com/artikel_ular-kepala-manusia-di-trenggalek.html

http://gusrachmat.wordpress.com/2008/07/30/ular-berkepala-manusia-muncul-di

Ambiklah ini sebagai iktibar kepada kita. Jaga mulut dan kata-kata bila berada di Tanah suci Mekah. Dah macam-macam cerita nur dengar mengenai manusia-manusia di beri hukum kerana kecabulan mulut dan hati tidak bersih dan penuh dengan sombong dan bongkak. Ingatlah wahai teman-teman nur dan juga untuk nur sendiri. Kita di bumi Allah ini hanya sementara dan pinjaman semata-mata.....

Yang Kekal dan Satu hanyalah DIA ALLAH S.W.T
manusia ular... benarkah??

0 comment... add one now