kurung songket ku...

selama sebulan aku menunggu baju kurung idaman kalbuku. Kain songket tenunan tangan dari Terengganu menjadi pilihan ku. warna dan materialnya sangat-sangat halus dan cantik. masa tuh terperanjat juga bila tengok harganya tapi berbaloilah dengan hasil kerja tangan mereka. kalau nak diikutkan hati memang tak mahu tapi hubby kata 'ambiklah satu buat baju kurung'. so apa lagi bila hubby bagi signal aku pun terbeliak le jugak tengok kain songket yang kesemuanya cantik-cantik belaka. tapi iman aku masih kuat. aku letak balik sebab harga kain songket ni mahal. bukan tak mampu nak beli cuma aku rasa membazir la plak. ini belum lagi campur dengan harga upah jahit. bukan semua kedai jahit buat cantik dan halus. kalau ikutkan aku lebih selesa hantar jahit baju di kedai temanku di johor namun jauh le plak. bila pula aku nak menghantarnya. 
belek punya belek hubby sergah lagi.
'kalau tak nak jom kita cari kedai lain.'
dalam hati berkata 'alamak.. kalau tak ambik takut menyesal plak'. tangan aku dah merayap-rayap menyelak-menyelak corak lain. hubby tegur lagi..
'kalau ummi suka ambik je.. jangan tengok harga'.
aku pandang hubby sambil tersengeh. 
'yang ini cantik tak? abah suka?' kataku seloroh. dia tersenyum dan menunjuk dengan syarat 'bagus'.
'cantiklah tuh. kalau dah suka ambik' kata hubby
brother jaga kedai ni pun kata cantik. so aku pilih corak dan warna ini. boleh buat makan malam dan kenduri biasa.. senangkan...
hmmmm... iman masih kuat tapi pasal dah kena offer aku jadi cair... kihkihkihkih

cantik takkk??  puji sendiri lah... huhuhuhuhu

4 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown Khamis, Februari 11, 2010
..I think it will look good even on me..:)
faridmw faridmw Khamis, Februari 11, 2010
salam... lawa betul baju tu..
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Februari 12, 2010
salam pakmat
thanks... ofcoz look good on u pakmat. macho like Tan Sri Pramlee =)
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Februari 12, 2010
salam faridmw
terima kasih kerana pujian itu. memang cantik pun, huhuhuhu.. jgn marah ahhh farid.. gurau
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.