Marilah kita sama-sama mengamalkan amanah terakhir Junjungan Nabi Muhammad S.A.W ini agar kekal nikmat diakui sebagai umatnya di akhirat kelak...
Khutbah ini telah disampaikan pada 9 haribulan Zulhijjah tahun 10 hijrah di Padang Arafah
Wahai umatku
Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan ini. Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini. Dan sampaikan kepada orang-orang yang tidak hadir di sini pada hari ini
Wahai umatku
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang islam itu amanah yang suci. kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. ingatlah! kamu pasti menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara yang kecil.
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.