sarang bakteria paling besar...

Tau tak bahawa keyboard komputer lebih kotor daripada tandas? Setelah di kaji di beberapa buah pejabat di United Kingdom menunjukkan bahawa keyboard menjadi sarang bakteria seperti E.coli dan staph yang boleh memudaratkan kesihatan.

Ahli mikrobiologi Brithish James Francis yang mengetahui kajian itu mendapati kuman-kuman tersebut boleh mengganggu usus dan hidung individu yang menggunakannya

Akibatnya individu akan mengalami keracunan makanan dan selesama.

Membabitkan 33 keyboard komputer, penelitian itu menemui empat keyboard yang berpotensi mengganggu kesihatan. Malah satu daripada papa kekunci tersebut mencatatkan bahaya sehingga lima kali ganda kerana bakteria yang dimilikinya melebihi bakteria yang menempel pada sebuah tandas duduk.

Manakala konsultan mikrologi dari University College London Hospital, United Kingdom pula menjelaskan amalan bertukar-tukar keyboard komputer di kalangan staf pejabat dapat menyebarkan penyakit di kalangan mereka.

Maka cubalah membersihkan keyboard anda setiap hari dengan menggunakan pencuci keyboard atau dettol.. Cuma pesan di sini jangan menggunakan kain basah kerana kain basah lebih senang bakteria merebak. tuang sedikit di atas kain kering dan lap. Jadi mula sekarang kena selalu cuci keyboard...

2 comments.. read them below or add one

Tanpa NamaTanpa Nama Khamis, Januari 28, 2010
Tak sangka lak macam tue..kena amek saranan perenggan terakhir tu nampaknye nie.hehehe
nurmisnan nurmisnan Khamis, Januari 28, 2010
salam
iyalah... kita nampak je bersih kan.. rupa2nya lagi kotor.

tak ku sangka.. huhuhu