menguap sihatkan otak...



Kalau nak otak yang sihat menguaplah.. itu ungkapan dari Andrew Newberg Pengarah The Centre for Spirituality and the Mind, Universiti Pennsylvania AS.

Andrew adalah ahli neurosains menjelaskan menguap adalah rahsia kesihatan. Anda perlu menguap sekurang-kurang sepuluh kali sehari kerana menguap akan merangsangkan saraf di bahagian otak seterusnya mengatur suhu otak dan metabolisme. Seluruh fungsi ini akan meningkatkan daya kawalan otot, menambah daya seksualiti bahkan mengatasi jetlag. Menguap juga merupakan loceng bagi jam biologis tubuh manusia, Ketika letih, menguap menjadi petanda bahawa tubuh kita perlu berehat. Paling istimewa, menguap juga merangsang bahagian otak yang berfungsi pada rasa empati dan tanggungjawab sosial...

Jadi pesan nur haruslah sentiasa menguap.. mana yang tak langsung selalu menguap buat-buatlah menguap. Macam naik kapal terbang. Telinga selalu jadi pekak gara-gara ini. Jadi nak pulihkan balik rasa pekak tuh kita minum air atau telan air liur atau buat-buat menguap... nanti hilanglah rasa pekak di telinga.

kalau kucing nguap.. jadi apa ya? ohhh lagi lincah lah..

0 comment... add one now