Healthy home organic Shaklee bantu anda membersih rumah dan pakaian dengan selamat



Assalamualaikum. Healthy Home Organic Shaklee adalah produk pembersih rumah dan pembersih pakaian organik yang selamat digunakan tanpa ada bahan kimia merbahaya. Saya amat tertarik dengan produk healthy home organik Shaklee kerana bahan2nya sahaja. Bukan sahaja membersihkan malahan selamat digunakan terutama kepada anda yang mempunyai alahan teruk pada bahan pencuci.

Healthy home organic Shaklee diperbuat dari bahan2 semulajadi seperti jagung kelapa serta bahan2 organik yang lain. Mari saya perkenalkan satu persatu produk healthy home Shaklee ini. Tapi sebelum itu saya ingin anda tahu BAHAYA kesan bahan2 pencuci yang mengandungi toksik.

BAHAYA BAHAN TOKSIK PADA SABUN PENCUCI PAKAIAN DAN RUMAH

Pelarut sintetik boleh menyebabkan gangguan hormon. Pelarut organik seperti selulosa adalah neurotoxin menyebabkan gangguan pada hidung. Ini boleh menyebabkan gejala gatal2 hidung, bersin dan sebagai. Satu lagi toksin morpholine yang boleh menyebabkan kerosakan hati atau buah pinggang. Pembersih pencuci cermin tingkap kaca dan sebagainya mengandungi ammonia, racun yang dapat merengsakan kulit, mata, dan sistem pernafasan.

Untuk kebanyakkan bahan2 pencuci pakaian pula kandungannya boleh memberi kesan sensitif pada kulit dan mata, hidung, tekak dan paru2 menyebabkan batuk dan sesak nafas. Sentuhan kulit yang berulang boleh menyebabkan kekeringan, gatal2, kerengsaan kronik, dan ruam pada kulit. Itu sebab jika anda mengangkat pakaian yang sudah kering dan mengibas, anda akan cepat bersin dan gatal2 pada muka dan hidung. Jika berlaku perkara sebegini, elak dari menggunakan bahan pencuci yang mengandungi bahan toksik dan klorin dan bertukar pada produk organik.


1. BASIC H² ORGANIC SUPER CLEANING CONCENTRATE

Bahan2 yang selamat digunakan. Tiada toksik, tiada bahan kimia bahaya, wangian semulajadi, sangat ringan ditangan, pH sangat seimbang dan tiada bahan klorin. Hanya beberapa titis dicampurkan dalam botol semburan berisi air sahaja mampu membersihkan dalaman rumah anda dengan sangat selamat. Tidak perlu risau jika ada anak2 kecil dirumah. Bestkan. Sembur bersihkan lap2 dan siap. Kotoran degil seperti gris pun boleh tanggal dan bersih. Untuk pembersihan lantai, anda tidak perlu membilasnya. Cukup sekadar lap bersih sahaja.


Produk Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate boleh digunakan untuk pembersihan sayur buah daging ayam yang hanyir dan botol2 plastik kaca seperti botol susu anak. Untuk cucian ayam, titiskan dua cecair Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate dalam semangkuk air. Rendamkan daging ayam untuk 1 minit dan basuh bersih.

Selain itu Basic H² juga boleh digunakan untuk pembersihan cermin, tingkap, dinding yang kotor, jubin dan lantai kayu juga boleh, periuk belangan, pembersihan dapur dan bilik mandi, serta banyak lagi. Kecuali pada kaca akuarium. Sedia maklum akuarium bukan sebarangan dibersihkan dengan bahan toksik atau sabun biasa. Ianya harus dibersihkan dengan air sahaja. Lebih selamat untuk peliharaan haiwan kesayangan anda. Ada sahabat telah gunakan Basic H² sebagai pengawal serangga seperti semut, nyamuk, lipas dan seangkatannya. Hanya sembur disetiap penjuru dan laluan semut. Untuk nyamuk spray sahaja dalam bilik dan tutup pintu. Biarkan beberapa minit baru masuk tidur.

  • Bahan2 semulajadi (berasal daripada jagung dan kelapa)
  • Biodegradable
  • Tiada fosfat
  • Tiada pewarna
  • Selamat untuk sistem septik

2. DISH WASH CONCENTRATE


Sesetengah cecair cuci pingga mangkuk menggunakan bahan surfactants berasaskan petroleum, yang mengandungi detergen seperti diethanolamine (DEA) dan natrium dodecylbenzenesulfonate. Kedua2 ramuan ini boleh menjadi alah kulit dan mata anda. Kulit dan tapak tangan akan kering. Ada pula yang menggelupas dan gatal2.

Dish Wash Concentrate dari Shaklee yang pekat membantu masalah anda walaupun pada minyak yang tebal. Sangat menjimatkan dengan hanya beberapa titisan sahaja untuk cucian yang banyak. Yang pasti selamat digunakan.

  • Diperbuat dari bahan asas jagung dan kelapa
  • Tiada bahan toksik
  • Tiada bahan kimia bahaya
  • Hypoallergenic
  • Tiada klorin
  • pH seimbang
  • lembut ditangan

3. FRESH LAUNDRY CONCENTRATE DAN SOFT FABRIC CONCENTRATE

Serbuk pencuci Fresh Laundry Concentrate ini memang power bagi saya. Hypoallergenic, tiada klorin dan selamat digunakan untuk semua fabrik. Hanya dengan sesudu sederhana mampu membersihkan pakaian putih yang kotor atau bewarna. Sebelum ini banyak sudah saya mencuba produk pencuci pakaian jenama lain, baik dibeli melalui online, kawan2 atau dipasaraya. Macam2 jenama ada tidak kira sabun cecair atau serbuk. Kebanyakkan sabun serbuk dipasaraya mampu menghasilkan debu halus selepas baju dikeringkan. Bila anda mengibas pakaian, tentu dapat melihat debu halus berterbangan hasil dari serbuk pencuci yang digunakan


Pakaian sekolah dan pakaian kerja sudah tentunya banyak yang bewarna putih. Kesan kotoran pada pakaian terutama bahagian kolar. Jalan terbaik biasanya akan direndam dengan bahan pemutih klorin. Lama kelamaan pakaian akan rosak dan cepat terkoyak kerana fabrik semakin tipis. Tapi paling ditakuti adalah kerana terkadung bahan2 toksin yang membuatkan kulit terasa gatal2, alahan, sakit tekak, ruam dan bermacam2 lagi.


Kini tidak lagi jika anda sendiri mencuba produk Healthy Home Shaklee Fresh laundry concentrate dan Soft Fabric Concentrate. Hanya dengan sukatan satu sudu besar Ianya sangat;

  • Super pekat
  • Tiada klorin dan Hypoallergenic
  • Tiada bahan kimia bahaya
  • Tiada bahan toksik
  • Mengurangkan kedutan pada fabrik
  • Hanya satu auns (11.375 liter) membersihkan beban sederhana pakaian
  • Hebat dalam semua suhu, walaupun dalam air sejuk
  • Tidak banyak buih dan mudah dibilas walaupun dibasuh dengan tangan
  • Membantu memelihara warna putih dan warna cerah (warna warni pakaian)


Saya telah menggunakan produk Fresh cleaning concentrate bersama Fabric Softener menggunakan mesin dobi. Saya ingin melihat keberkesanannya. Memang wow lah. Anda lihat sendiri basuhan dalam gambar diatas. Mesin ini sedang mencuci comforter + set tidur saiz king bewarna merah. Saja saya campurkan warna merah dan putih untuk melihat sendiri ada perubahan tidak pada warna air dan comforter. Buih tidak banyak bermakna sangat mudah untuk membilas. Tapi pastikan material yang dicampur tidak luntur. Karang habis baju2 putih jadi pelangi. Jangan salahkan saya pula.

Tetapi untuk pembersihan memang cucian lebih bersih putih dan berbau segar. Bila dikeringkan anda akan rasa sendiri kelembutannya. Suka sangat. Tiada bauan yang terlalu kuat dan yang pasti tiada bahan kimia atau toksik. Segar, selamat dan bersih. Bauan segar semulajadi. Mr Chubby pun tidak pening kepala kalau terbau wangian yang ada bahan kimia. Biasanya memang dialah orang pertama yang akan pening lalat bila terhidu bauan aroma sabun basuh dan pelembut kain.

 
Lihat sendiri baju T'shirt cotton yang telah saya mendobi tadi. Biasanya saya akan asingkan warna hitam untuk basuhan. Selepas menggunakan Fresh laundry concentrate bersama Soft Fabrik Consentrate, saya tidak perlu risau lagi. Baju T'shirt hitam tiada debu atau kepingan yang banyak dari T'shirt putih. Pakaian lebih putih dan yang bewarna menjadi semakin cerah dan lembut walaupun dicuci dengan air sejuk. Jadi tidak perlulah saya selalu kena guna pelekat gulung pada T'shirt hitam tu untuk membuang kepingan benang putih. Mudah sungguh kerja mendobi. Tidak perlu merendam baju kotor dengan bahan pemutih klorin lagi. Yang pasti hendak menggosok pun sangat mudah.

Bestkan produk Healthy Home Organic dari Shaklee. Anda sendiri kena mencubanya baru tau kesannya. Jika ingin mencuba produk fabrik ini, bolehlah terus ke lama website untuk order. Mudah jer. KLIK link dibawah ini dan klik ORDER SHAKLEE ONLINE.


013-3101221


Nota
Pengacara OPRAH juga menggunakan produk Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate untuk kebersihan menyeluruh dalam rumah beliau. Beliau juga memperkenalkan produk Basic ini kepada semua peminat2 beliau kerana ianya bukan sahaja bersih malahan selamat digunakan. Hingga sekarang OPRAH menggunakannya. Jadi mengapa tidak anda yang perlu memilih produk yang selamat dan bebas dari bahan kimia.

Jom kongsikan produk bagus dan selamat ini pada kawan sahabat semua agar kita hidup lebih sihat. Selamat mencuba.


{ 20 comments.. read them below or add one }

Mahamahu Mahamahu Rabu, September 13, 2017
Kita bukan tak suka kepada pencuci pinggan yang pakai cecair ini memang kita akan cepat habis sekejap jer guna selagia ada nak tuang jer kat atas pinggang tu heheheheh yang produk ni mesti wangikan..
Unknown Unknown Rabu, September 13, 2017
Lepasni boleh cuba la sabun pencuci ini..
nurmisnan nurmisnan Rabu, September 13, 2017
kirqnya maha suka guna paste mcm axion ya. heheh.. memang jimat tapi syiok gak bila sponge tgh basah kita cedok axion tu.. haaa.. banyak buih bila basuh pinggan. tp lepas tu tgn mesti kering.. yg liquid shaklee.. lembut jer u.. kena try tau
Hasif Hamsyari Hasif Hamsyari Rabu, September 13, 2017
wah.. shaklee pun ada produk 'kesihatan' rumah ya? hihi. boleh cuba ni nanti.
Luqman Zakaria Luqman Zakaria Rabu, September 13, 2017
Sebelum ingatkan Shaklee ada produk untuk kesihatan badan sahaja..untuk rumah pon ada.. :)
Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi Khamis, September 14, 2017
ooo baru tahu tentang produk ni. nanti saya cuba syorkan dekat emak saya :)
mrspuex mrspuex Khamis, September 14, 2017
saya memang pengguna basic-H dirumah.. alamak kene beli ni sebab stok dah takde..huhuhu..
nurmisnan nurmisnan Isnin, September 18, 2017
kena cuba. memang best pakai sabun shaklee ni. organic dan selamat. segar bauan pakaian
nurmisnan nurmisnan Isnin, September 18, 2017
sangat best.. sukatan sabun x perlu banyak tapi emmbersih yg sgt menakjubkan. bauan sgt segar.. memang fresh.. sabjn cuci pinggan pun best giler. lembut je tangan
nurmisnan nurmisnan Isnin, September 18, 2017
kann.. ramai agent lebih tekankan produk suppliment saja. tapi produk healthy home lebih best tau..kena cuba sabun dia.. segar giler bauannya
nurmisnan nurmisnan Isnin, September 18, 2017
syorkan rafzan.. memang best sgt. segar bauannya. sukatan sikit jer. jimat dan sgt selamat. baik utk kesihatan org sudah berumur
nurmisnan nurmisnan Isnin, September 18, 2017
memang bestlah.. kak no skrg buat basuh bilas sayur biah. sayur layu boleh jd segar tau
SEJARAH ISLAM PAHANG SEJARAH ISLAM PAHANG Rabu, September 20, 2017
tak sangka shaklee ada produk cmni, biasa dgr yng minuman sahaja
nurmisnan nurmisnan Jumaat, September 22, 2017
biasanya agent banyak ketengahkan produk suppliment sahaja
kali ni kena cuba healthy home shaklee.. organic dan frest
nikkhazami nikkhazami Jumaat, September 22, 2017
tak sangka shaklee pun jual juga sabun pencuci. ingatkan supplement je
Jelita dan Awet Muda Jelita dan Awet Muda Selasa, September 26, 2017
Memang bagus pencuci dan pelembut pakaian Shaklee..untuk cucian baju bayi pun selamat
Farha IbuCergas Farha IbuCergas Selasa, Disember 19, 2017
Memang best. Baju tak bau hapak. Untuk new born pon sangat ok.
cik Jaja cik Jaja Rabu, Disember 20, 2017
Yang dah mencuba, mesti akan puas hati dengan produk ni. Lagipun produk Shaklee memang bagus2..
MaMa Chantique MaMa Chantique Khamis, Disember 21, 2017
Memang best produk shaklee ni,saya suka guna basic H masukkan dalam tong air wiper kerete, so bila kita sembur air wiper tu, cermin kereta rasa bersih je...