Buah bambangan mampu memusnahkan sel kanser payudara dengan cepat



Assalamualaikum. Bila sebut buah hutan pasti ramai keliru buah hutan apakah yang boleh dimakan dan boleh merawat penyakit. Rasanya ramai sudah dikalangan anda pernah dengar nama buah bambangan atau nama saintifiknya 'mangifera pajang' berasal dari kepulauan Borneo dan tumbuh liar dalam hutan. Rakyat Sabah, Sarawak dan negara Brunei beruntung memiliki pokok buah hutan Bambangan ini yang mana susah terdapat di Semenanjung Malaysia, negara Asia dan lain2 negara.

Buah bambangan berbentuk bulat, berkulit coklat terang dan memiliki bauan yang sangat kuat. Isinya jika sudah masak ranum bewarna kuning dan rasanya macam2 manis. Ada yang kata rasanya seperti buah bacang tetapi memiliki serat yang tebal.


Kebetulan waktu berbelanja di pasar saya ingin membeli sebiji buah bambangan yang masak ranum tetapi terbeli buah yang muda. Kupasan buah muda sedikit berbeza dari yang masak ranum kerana kulitnya yang sangat tebal. Saya pada mulanya tidak tahu macam mana hendak mengupasnya. Saya kupas buah bambangan ini seperti buah mangga kedondong dan lain2. Kemudian baru saya kupas kulit muda yang tebal dan mendapat isinya rangup lembut dan seakan2 anda sedang menggigit kepingan butter. Sedapkan.

Buah yang muda jika dikupas akan keluar getah putih pada kulit tebal bewarna hijau muda. Saya membasuhnya dengan beberapa titisan Basic H2 Cleanser dari produk Shaklee. Lihat getah yang berkumpul mudah untuk dibersihkan dengan mengelap saja tuala kecil. Sebaiknya kopek buah bambangan ini seperti dalam gambar dibawah ini.


Buah Bambangan yang masak ranum mudah dikupas sebegini seperti mengupas buah bacang atau mangga berbanding buah bambangan muda. Hanya belah kulit dan siat saja. - gambar ubatkanserdotmy

Kehebatan buah bambangan


Buah bambangan ini kaya dengan vitamin C + beta karoten + anti oksida. Menurut kajian dari Profesor Madya Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar, hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara mampu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam apabila ekstrak biji bambangan didedahkan kepada sel berkenaan, manakala kesan tindak balasnya boleh bermula dalam tempoh 48 jam.

Biji buah bambangan - gambar dari (tanomkinotuanblogspot)

Lebih membanggakan apabila kajian oleh Ketua Jabatan Teknologi dan Warisan, Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan UTHM itu sudah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa tersohor berpangkalan di United Kingdom (UK), Food and Chemical Toxicology (FCT).


"Apabila sel kanser dibiakkan dan ekstrak biji bambangan diletakkan padanya, seawal tempoh 48 jam didapati sel kanser payudara dapat dibunuh. Lebih menarik, dalam jam ke-72, didapati hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara mati," katanya. gambar - Hairul Anuar A Rahim (BH) dan info dr BH

Ramai dikalangan wanita sekarang mengidap kanser payudara. Semoga dengan mengamalkan buah bambangan ini sedikit sebanyak membantu kaum wanita sembuh sepenuhnya selain dengan bantuan ubat2an dan rawatan hospital. Dibawah ini saya ada sertakan beberapa resipi dari buah bambangan yang anda boleh cuba. Untuk pesakit kanser boleh saja mencuba asalkan dikurangkan sukatan gulanya. Namun lebih baik dibuat jus + sedikit gula perang sahaja. Rasanya lebih sedap jika disimoan dalam peti ais.


Resipi buah bambangan

Ada macam2 jenis cara untuk anda mencubanya. Ada yang gemar memakan buah bambangan masak ranum. Ada yang suka dibuat sambal, masak kari ayam, gulai, jeruk dan sebagainya. Disini saya berikan beberapa resipi mudah dari buah bambangan yang mungkin anda biasa buat dirumah.

#Sambal belacan bambangan
  • beberapa hirisan bambangan + 4 biji cili padi + dua biji bawang merah + sedikit belacan bakar + 1/2 sudu kecil gula melaka + sedikit garam
  • Gaul semua bahan dalam lesung dan lenyek kasar2. Siap dihidangkan.

#Jeruk buah bambangan 1
  • Saya gemar guna buah bambangan yang muda. Sebiji bambangan yang siap dihiris + 2 ulas bawang merah (hiris tipis) + 6 biji cili padi (ikut suka) + sedikit hirisan lobak merah (potong mancis) + Sedikit hirisan epal hijau (potong mancis) + 2 inci biji bambangan (parut halus) + 2 helai daun bawang (potong kasar) + 1/2 sudu kecil gula + sedikit garam.
  • Gaul semua bahan2 dan simpan dalam mangkuk kedap udara
  • Simpan dalam peti ais

#Jeruk buah bambangan 2
  • Jika anda gemar dengan jeruk mangga asam boi, anda boleh cuba dengan buah bambangan muda. Memang sedap cuma tidak rasa serangup buah mangga dan kedondong. Boleh baca resipi JERUK MANGGA ASAM BOI.

#Gulai ikan atau ayam
  • Masak gulai apa pun tidak kira kari ikan atau ayam daging, masukkan saja beberapa hirisan buah bambangan kedalamnya. Tidak perlu banyak. Sekadar memberi rasa masam manis pada kuah tersebut. Memang nyaman bah!


Taraaa.... siap sudah jeruk mangga asam boi saya. Satu buah mangga dan satu buah bambangan. Untuk bambangan saya kurangkan brown sugar sebab buat khas untuk Mr. Chubby saya. So kurang cili dan gula. Hanya sekeping asam kulit limau dan gula sahaja. Kali ni kita cuba guna asam kulit limau. Sedap you


Sambil siapkan entry ini sambil menyuap jeruk buah bambangan dan mangga muda kedalam mulut. Nyaman rasanya. Jika ada asam boi lagi nyaman. Stok takder asam boi jadi saya guna hirisan asam kulit limau saja. Itu pun dah sedap. Tak perlu banyak gula dan guna garam.

Ok guys.. selamat mencuba dan selamat mencari buah bambangan. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu. Jika suka artikel ini sila kongsikan pada sahabat rakan keluar atau mereka yang memerlukan rawatan kanser payudara ini ya. Semoga Allah SWT membantu urusan anda.


{ 38 comments.. read them below or add one }

mamapp mamapp Isnin, September 25, 2017
Wah ilmu baru ni. TQ for sharing
Kak Su @KakSu Kak Su @KakSu Selasa, September 26, 2017
Terima kasih atas perkongsian ni Nora. Akak mengidap sakit kanser payudara, so in sha Allah akak nak coba petua ni nanti, mudah2an ia dapat membantu, doa kan akak ya
Nur Misnan Nur Misnan Rabu, September 27, 2017
sama2.. kongsikan pd yg memerlukan.. semoga membantu
Nur Misnan Nur Misnan Rabu, September 27, 2017
alhamdulillah... kak kalau x jumpa stock bambangan ni bg tau saya. insyaAllag saya cuba tolong carikan..
nia khairudin nia khairudin Rabu, September 27, 2017
xpenah dengar buah bambangan ni. hari ni baru kenal rupa..hihii..yang jeruk tu sedap
Zurainny Ismail Zurainny Ismail Rabu, September 27, 2017
Aduh...naik selera terus! Padahal bukan jg peminat bambangan... Syukur Alhamdulillah kalau blh jadi penawar kanser payudara. Hrp ekstrak tu diedarkan kpd ramai secepat mgkn.
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, September 28, 2017
bagus makan bijinya juga.. penawar kanser payudara
jeruk tu pun sedap.. tak perlu letak banyak asam boi..
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, September 28, 2017
buah ni bermusim dan ada sudah yg menjual jusnya
namun utk penawar payudaranya saya difahamkan biji
buah tersebut.. boleh dimakan sebagai dibuat ulam jeruk. sedap
Tanpa NamaTanpa Nama Isnin, Oktober 16, 2017
Saya juga mencari buah bambangan ni untuk mak sy,boleh tolong carikan untuk sy ke?
Nur Misnan Nur Misnan Jumaat, Oktober 27, 2017
tanpa nama,,, boleh direct email saya jika anda benar2 ingin berikan pada mak. insyaAllah saya cuba usahakan
Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi Selasa, Oktober 31, 2017
pertama kali dengar pasal buah bambangan. menariknya ia bagus untuk penawar untuk melawan kanser payudara. dapat sesuatu hari ni. terima kasih share kak :)
✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ Selasa, Oktober 31, 2017
Buah bambangan ?
Ok first time CCL dengar dan kenal rupa bentuk buah ni . Jarang- jarang tengok dan tak pernah tengok .hehe selalunya ada jual di mana eh ? Rasanya kat tempat CCL perlis ni takde jual . Camne la rasanya kan . Tapi macam2 boleh buat dengan buah bambangan ni . Terliur pulak CCL tengok
Nor Azlina Nor Azlina Selasa, Oktober 31, 2017
pernah dengar sebelum ni.Cuma tak amik tau. Lepasni ina dah tau,mudah la ina war warkan pada yang memerlukan
shamiera osment shamiera osment Selasa, Oktober 31, 2017
First time dengar and tengok buah bambangan ni..kalau jumpa mesti ingat mangga biasa.. yang penting kecur air liur tengok jeruk camtu..huhu
Amanda Suria Amanda Suria Selasa, Oktober 31, 2017
Alahai kak Nowa....terliur ngences dah ni haaa..nampak sedap sangat tu dah la SA ni jenis suka buah2 cicah ni...terus teringin sib baik x preggy kalau tak kak nowa kena layan SA..hahahahhaa
Bro Framestone Bro Framestone Selasa, Oktober 31, 2017
Tak pernah pula dengar tentang buah ini.... Memang tiada or memang tak boleh hidup pokoknya dekat semenanjung nie?
alia farhan Said alia farhan Said Selasa, Oktober 31, 2017
First time dengar psal buah ni..nampak mcm mangga...ke ni mcm buah bacang?
Maha Mahu Maha Mahu Selasa, Oktober 31, 2017
Macam buah mangga jer rupa tengok bila buah ni masak pun dah sangat sedap. Kat KL ada tak orang jual buah ni sedapnya nak cuba...
AziRahmanDotCom AziRahmanDotCom Selasa, Oktober 31, 2017
Terima kasih untuk info ni. Tak pernah kenal buah ni..tapi nampak macam sedap dimakan.
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Oktober 31, 2017
good for u.. skrg ni ramai wanita mengidap pelbagai kanser.. semoga ada kesembuhan utk mereka
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Oktober 31, 2017
kat Malaysia rasanya susah nak dapat dear.. cuma banyak ada di di hutan Borneo.
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Oktober 31, 2017
alhamdulillah.. semoga banyak membantu cuma utk sapatkan buah ni sgt payah di Semenanjung..
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Oktober 31, 2017
hahaha.. ampun buat terliur kecur.. siapa pun tgk jeruk buah sure meleleh air liur..
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Oktober 31, 2017
amoun.. ampun... sory darling.

alamak kalau preggy dah satu keja kena pos sebotollah nih.. jauhnya.. hehehe
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Oktober 31, 2017
not sure kalau ada org tanam di hutan Semenanjung.. dia hidup dlm hutan liar.. tp mana taukan kalau ada..
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Oktober 31, 2017
sabut mcm bacang tp rasa lebih kurang kuini to masam manis.. sedap lg kuini. wangi dia menyengat
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Oktober 31, 2017
kat KL tak sure ada tp setau kak no memang takde. hanya ada di Borneo saja..
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Oktober 31, 2017
buah walau mana dtgnya tetap akan rasa sedap cuma beza masam manis kelat.. bambangan ni lebih kirang kuini bacang mcm tu cuma banyak serat
Lia Hasty Lia Hasty Rabu, November 01, 2017
First time juga dengar nama buah bambangan. Berkhasiat juga untuk rawatan cancer. Terbaik info ni. Mana tahu pesakit yang membaca entry dapat membantu
Nur Misnan Nur Misnan Rabu, November 01, 2017
teeima kasih dear.. Amenn insyaAllah.. mudah2an sedikit membantu pd merrka yg derita.
Betty Liew Betty Liew Khamis, November 02, 2017
Have try the fruit yet. But it looks like a raw Mango to me.
adiba pengedar shaklee adiba pengedar shaklee Rabu, Disember 27, 2017
Ohh first time dengar buah bambangan...tq share info yg bermanfaat ni.

Sungguh penawar penyakit mmg byk dari sumber alam semulajadi kan.
Miss Curt90 Miss Curt90 Khamis, Februari 01, 2018
It so easy to get it here.....😃
Roziyana Zahri Roziyana Zahri Khamis, Februari 22, 2018
Kat mana saya nak cari buah ni. Untuk kakak sapa
sharmien sharmien Ahad, Mac 11, 2018
owh pernah borak dengan kawan di sarawak, memang buah ni katanya sedap. aritu dah pesan kalau ada minta kirim ke sini. hihi...
zrin zan zrin zan Khamis, Mac 15, 2018
assalamualaikum akak....ada stok ke buah ni..sy nak bg kat kawan sy sedang sakit kanser di hospital...sel2 dah merebak teruk..nak ihktiar bagi dia mkn buah ni...
cerana bahasa cerana bahasa Khamis, Mac 15, 2018
Macam Mana Cara nak makan biji tu