Kulit cerah muda berseri dengan serbuk kopi


Assalamualaikum. Anda pastinya salah seorang yang turut idamkan kulit yang cantik cerah dan berseri bukan? Dari zaman dulu lagi ramai kaum wanita idamkan kulit bersih berseri tanpa sebarang cela jerawat. Masalah jerawat datang itu perkara biasa. Lagi2 bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak dan kering.

Untuk kulit kekal lembap cerah dan bersih sebaiknya amalkan minum air secukupnya setiap hari dan pakai pencuci dan pelembap yang sesuai untuk kulit dan yang penting selamat digunakan. Setiap minggu amalkan petua memakai masker dan scrub muka dengan bahan2 asli dari dapur. InsyaAllah pasti anda sendiri berpuas hati dengan hasilnya.

Kopi bukan saja sedap dinikmati pada sarapan pagi minum petang atau sebagainya tetapi ia juga bagus diamalkan untuk penjagaan kecantikan wajah dan tubuh badan. Nak tau apa bahan2 untuk buat masker kopi aka topeng dan scrub kopi? Jom cuba.

Bahan2 scrub muka (skrub kopi)

  • 1 sk serbuk kopi asli
  • 1/2 sk minyak kelapa
  • JIKA GUNA KOPI INSTANT BOLEH TAMBAHKAN SEDIKIT BROWN SUGAR ATAU GULA PASIR HALUS.


Gaul semua bahan. Basuh muka dengan air suam dahulu. Kemudian keringkan. Sapu scrub kopi. Jika terasa kering basahkan wajah dengan air kemudian baru sapu rat scrub kopi. Biarkan 2 minit dan gosok perlahan2. Jika ada jerawat batu gosok perlahan saja ditempat tersebut. Tumpukan pada bahagian zon T tepi hidung dan dagu. Gosok selama dua minit. Kemudian bilas dengan air suam.

Bahan2 topeng muka (masker kopi)
  • 1sk serbuk kopi
  • 1sk yogurt asli tanpa perisa
  • 1sk madu (jika tiada tak mengapa)
  • JIKA TIADA YOGURT BOLEH GANTI 1 SB SUSU SEGAR KOTAK


Campurkan bahan2 dan sapu rata pada wajah. Sapu sekali pada bahagian bawah dan atas mata. Lihat pada gambar). Tiada masalah kerana kopi (anti oksida) serta madu mampu merawat kedut dan lebam mata.


Biarkan masker atau topeng muka kopi kering selama 30 minit. Bilas dengan air suam kemudian dengan air sejuk.

Cara membersihkan masker


  • Sebelum membersihkan masker. Basahkan kedua tangan dengan air suam. Tekap tapak tangan pada setiap bahagian muka. Tekap perlahan2 agar masker kopi sedikit lembap dan mudah untuk menanggalkannya.

Bersihkan wajah dengan air suam. Bilas kembali dengan air sejuk.

Satu lagi tips untuk wajah lembap asli. Selepas mencuci wajah jangan sekali2 lap wajah dengan tuala atau tisu. Biarkan ia kering sendiri kemudian pakailah pelembap wajah yang bersesuaian.

Tips untuk mata lebam bengkak dan segar

Bancuh air kopi tanpa gula. Letak dalam ais kiub tray. Biar keras. Ambil sebiji dan sapu pada sekeliling mata dengan bulatan memusing. buatlah untuk beberapa minit. Pasti bengkak lebam mata berkurangan.

Ais kiub kopi mampu meningkatkan peredaran darah dan meremajakan kulit. Selamat mencuba.

Nota
Petua masker atau scrub diatas juga boleh digunakan untuk tubuh badan. Lebih bahan kopi + minyak kelapa dan gula untuk scrub badan. Jika suka anda boleh tambahkan sedikit bauan vanilla. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Gosoklah ikut suka anda. Bilas dengan air suam dan mandilah dengan air sejuk. Keringkan sapu losyen. Anda pasti sukakan bau dan kelembutannya.


{ 29 comments.. read them below or add one }

I N A  A I N A A I N A A I N A A Selasa, Ogos 08, 2017
Ena pun guna scrub muka dengan serbuk kopi, tapi tak letak minyak kelapa. Boleh cuba letak minyak kelapa lepas ni pula. Yasss! Thanks share tips kak Misnan
akubiomed akubiomed Selasa, Ogos 08, 2017
Teringat dengan kopi si kucing. :)
✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ Selasa, Ogos 08, 2017
Ccl pun pakai skrub kopi juga . Suka baunya ..lepas apply skrub kopi kat muka ..jadi lembut aje skin
nurmisnan nurmisnan Rabu, Ogos 09, 2017
Bagus tu. Guna bahan2 asli lebih selamat dan lebih membantu. minyak kelapa utk lebih melembapkan kulit.

no mention dear.. stay gosgeous
nurmisnan nurmisnan Rabu, Ogos 09, 2017
hehehe.. kopi makin demuks..
always minum kopi ingat dia..😄
nurmisnan nurmisnan Rabu, Ogos 09, 2017
kann.. frrsh bau fia.. lagi2 dapat scrub satu badan. bestnya lahai..
Mimie Mimie Isnin, Ogos 14, 2017
Huhuhu...kat rumah memg xde kopi sebab tak minum kopi. Ada petua nih kena beli, nak buat skrub..hehehe
Khir Khalid Khir Khalid Isnin, Ogos 14, 2017
Kat rumah mmg bnyk serbuk kopi sbb mmg penggemar kopi especially kopi kampung. Boleh juga time free2 try ni hehee
✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ Selasa, Ogos 15, 2017
Betul tue sis ..seminggu sekali scrubkan satu badan best ..
Lia Hasty Lia Hasty Selasa, Ogos 15, 2017
Tips kecantikan kulit yang berguna ni. Hanya guna serbuk kopi je.
Nik Ainaa Nik Ainaa Rabu, Ogos 16, 2017
banyak jgk tgk tips org guna serbuk kopi ni kadang2 ada yg guna serbuk teh.
yanmie yanmie Rabu, Ogos 16, 2017
alaaaa lupalah beli kopi hahhaa, kopi 3 in 1 aje ada hehee, nanti nak beli and try, tq2 share :)

yanmie
www.yanmieonline.com
Mahamahu Mahamahu Rabu, Ogos 16, 2017
Boleh guna biji kopi apa2 sahaja ker sebab ada biji kopi Arabica atau yang lagi rare luwak kopi
khalisah hazrina khalisah hazrina Rabu, Ogos 16, 2017
hehhe baru tau rahsia kecantikan ni. boleh cuba ni.

Lisa
www.blogmamalisa.com
Bro Framestone Bro Framestone Rabu, Ogos 16, 2017
patutlah muka akak berkulit cerah... ini rahsianya
Pengedar Shaklee USJ Pengedar Shaklee USJ Khamis, Ogos 17, 2017
Di samping scrub kulit, scrub coffee ni pun aromatherapy jugak


nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 17, 2017
hehehe.. beli sis.. sure syiok lepas pakai masker kopi.. rasa fresh dan relaxing sebab kopi anti oksidan dan mamou memberi ketenangan
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 17, 2017
kann.. suru si Zu bancuhkan.. pakai sama2 pastu relax.. memang akan hilang stress dan beri ketenangan..
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 17, 2017
banyakkan bahan2 dapur yg kita boleh gunakan utk kecantikan.. tggu saya up entry khas utk penggemar masker dan toner homemade
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 17, 2017
masa zaman remaja kak no suka guna serbuk daun teh utk scrub muka. memang bersih.. susah nak naik jerawat tau.. mana2 boleh.. janji selamat
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 17, 2017
hahaha.. kalau 3in1 kompem botox terus kukit mama yan.. 😄😄😄
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 17, 2017
boleh saja janji jgn terlalu banyak. cukup stgh atau satu sudu kecil.. jika kulit kering tambah sedikit minyak kelapa dara atau minyak argan pd masker
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 17, 2017
boleh amalkan setiap minggu dirumah. sangat relaxing tau.. saper tgh stress buat masker kopi
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 17, 2017
hahaha... rahsia sejak dr dulu tapi idok ler cerah mcm kpop.. 😄
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 17, 2017
very true.. masker dan scrub kopi mampu memberikan ketenangan.. stres2 tepek masker kopi.. lega
Mama Darwiish Mama Darwiish Jumaat, Ogos 18, 2017
Tak teebuat² lagi..mesti best ni
Kaklong Chan Kaklong Chan Jumaat, Ogos 18, 2017
Wah, bole buat sendiri. Jimatnya (y)
nurmisnan nurmisnan Rabu, Ogos 23, 2017
batlah nanti aiin.. makin vouge mama
nurmisnan nurmisnan Rabu, Ogos 23, 2017
Banyak jimatnya. sesekali rehatkan diri pakai masker kopi
memang tenang tau. buat sekali utk suami.. pasti best aktiviti
weekend anda