Rawat dan pulihkan penyakit penyakit kronik dengan bahan dapur saja

Assalamualaikum. Saya suka sangat memasak dengan melebihkan bahan bawang putih. Kenapa? Sebab bawang putih banyak khasiat dan penawarnya. Selain bagus untuk masakan, bawang putih juga digunakan dan diamalkan untuk mencegah kanser paru-paru + kanser prostat + kanser payudara + kanser perut + kanser rektum dan kanser kolon. Selain dari itu ianya juga sangat baik untuk merawat penyakit2 kronik dan merawat jangkitan telinga.


Bawang putih mempunyai kesan anti-septik dan anti-radang yang kuat untuk rawat penyakit. Dengan meletakkan beberapa titis bawang + minyak dalam telinga boleh melegakan kesakitan seperti masalah TINNITUS (bunyi dalam telinga) biasanya disebabkan oleh kekurangan pemakanan zink + vitamin B, terutamanya vitamin B-12. Bawang putih penyembuhan propertis anti-bakteria + antik ulat + anti parasit + antivirus. Hebatkan. Standard dah macam daun teh rerama. SubahanAllah..

PETUA MERAWAT SAKIT TELINGA KEPALA DAN PENYAKIT LAIN DENGAN BAWANG PUTIH



1) Untuk merawat telinga dari kedengaran seperti bunyi bising atau berdengung + sakit kepala.
- Ambil seulas bawang putih. Belah separuh. dan letak area lubang telinga. Biarkan setengah jam. Lihat pada gambar. Pastikan pada bahagian hujung seperti tirus tajam menghala kedalam telinga.

2) Untuk merawat telinga bermasalah seperti kekotoran kuman dan lain2
- Rendam seulas dua bawang putih yang dihiris dengan minyak zaitun. Biarkan semalaman. Titiskan setitis dua dalam telinga untuk beberapa minit. Kemudian palingkan balik kepala untuk keluarkan minyak tadi. Dan bersihkan perlahan2 dengan cotton bud.

3) Untuk gastrik 
- Bakar bawang putih sebiji dua dengan kulit hingga hitam. Makan isi saja. Amalkan setiap hari. 

4) Untuk kesihatan
- lebihkan bawang putih dalam masakan. Pastikan jangan masak bawang putih terlalu lama untuk khasiatnya lebih baik.

5) Untuk penyakit2 lain seperti KANSER + diseace Heart + aterosklerosis + presure darah tinggi + tumor + diabetis dan lain2.
- Rendam 10 ulas bawang putih yang dibelah dua dalam sebotol kecil minyak zaitun selama dua atau tiga hari. Amalkan minum minyak bawang putih sesudu kecil pagi dan malam sebelum tidur. JIKA tidak boleh ambil minyak sebgini anda boleh juga ambil pil bawan putih atau minyak kapsul bawang putih. No problem.

NOTA - Jika anda mempunyai gangguan pembekuan darah harus berjumpa dengan doktor sebelum menggunakan bawang putih secara dalaman kerana jumlah perubatan bawang putih boleh menyebabkan masalah dengan melambatkan pembekuan Blof.

PETUA MERAWAT LEBAM PADA BADAN

Lebam pada badan pasti akan berlaku. Tetiba jer terperasan ehhh ada lebam kat badan. Bila masa pula kena. Kekadang memang tidak perasan kita terlanggar sesuatu benda tanpa rasa sakit tup tup lebam membiru. Haaa.. nak hilang memang bukan senang. Tapi kita cuba jer petua yang sangat mudah dan ada didapur anda. Jom cuba.


1) Ambil sesudu herba jintan + biji lada hitam + biji ketumbar. Satukan bahan2 ini ata kain kecil dan ikat seperti sop bunjut. Panaskan streka dan letak bunjut tadi atas streka hingga rasa panas. Pastikan suhu streka jangan panas sangat. Atau boleh saja panaskan sekejap atas kuali tanpa minyak. Dah panas bunjut tekapkan pada bahagian lebam. Tekan perlahan2. Biarkan. Ulang beberapa kali.


2) Bawang putih potong dua. Sapu sedikit Vaporub atau Vicks atas bawang putih dan gosok perlahan2 pada bahagian lebam. Jika tiada Vicks boleh saja gunakan bawang putih pada bahagian yang dipotong. Gosok memusing selama setengah jam atau lebih. Tidak perlu basuh. Biarkan. gambar dr google

Bukan semua penyakit2 ini mampu merawat dan dirawat. Apa yang penting sekarang ini amalkan pemakanan yang sihat + bersenam + hidup dengan suasana yang bersih dan ceria. Maksud hidup dengan suasan yang bersih dan ceria tu faham2 sajalah. Sebolehnya elak dari merokok atau hidu asap rokok + bau2an dari bahan2 kimia seperti bau sabun pah bakar terutama ada kandungan plastik + bauan kimia yang keterlaluan. Ceriakan dan gembirakan kehidupan anda. Jangan stress sangat. Banyak amalan2 yang boleh kita ikut seperti berzikir mengaji dan sebagainya. Itukan penawar paling mujarab sekali. DOA itu lebih baik. Jangan sombong nak minta pada Allah. DIA Maha Menyembuhkan segala penyakit jika kita meminta dariNya



{ 11 comments.. read them below or add one }

tinta marjaan tinta marjaan Isnin, November 14, 2016
Banyak khasiat bawang putih ni kan..
Heart rate Heart rate Jumaat, November 25, 2016
Garlic can be called a super food because of its health properties. I'd like to mention that it is very good for prevention therapy of cardiovascular diseases. It can help reduce cholesterol levels thus preventing many heart-related diseases.
nurmisnan nurmisnan Khamis, Disember 01, 2016
memang sangat banyak khasiat dan penawar kepada demam selesa dll
anak2 kalau demam selesama sapu minyak garlic cepat kebah
nurmisnan nurmisnan Khamis, Disember 01, 2016
insyaAllah nanti saya kesana.
terima kasih atas kunjungan sahabat..
nurmisnan nurmisnan Khamis, Disember 01, 2016
very true indeed.

tq for drop by here. =)
arzmoha arzmoha Ahad, Disember 04, 2016
tips yang baik...banyak kelebihan bawang putih ni sebenarnya
nurmisnan nurmisnan Rabu, Disember 07, 2016
samgat banyak. amalkan makan setiap hari dua ulas pun dah bagus. bakar dgn kulit sampai hitam. makannisi saja dgn nasi atau pasta..
Mellya Musa Mellya Musa Rabu, Januari 18, 2017
wah bagus ni ! thanks sis :D
Cik Ash Cik Ash Jumaat, Januari 20, 2017
yang gastrik nanti boleh cuba la tq atas info ni
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Januari 21, 2017
selamat mencuba. mudah2an sembuh walaupun ambil masa panjang
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Januari 21, 2017
selamat mencuba. moga membantu. amalkan makan setiap hari seulas pun ok