Khasiat bawang putih mentah penawar demam selesama

Assalamualaikum. Penawar demam selesama adalah bawang putih mentah. Pernah kunyah bawang putih mentah? Apa rasa? Macam2 rasa ada termasuklah pedas + pahit + payau + lemak. Namun sanggupkah kita mengunyah bawang putih mentah untuk pulihkan sakit demam kita?

Khasiat bawang putih mentah bukan sekadar penawar demam selesama sahaja tetapi juga dapat menjadi penawar kepada penyakit merbahaya seperti KANSER. Dengan adanya Anti Keradangan + anti oksida pada bawang putih inilah penyakit demam akan segera pulih dan penyakit KANSER insyaAllah akan mula reda secara perlahan2. Terpulang pada empunya diri cara pengambilan bawang putih mentah.

Penawar demam selesama dengan bawang putih mentah

Khasiat bawang putih mentah

  • Dapat meredakan demam + selesama
  • Merendahkan tekanan darah
  • Memiliki tindakan hipertensi + antikoagulan + anti-trombotik dan keupayaannya untuk mengurangkan aterosklerosis berkaitan dialami dalam arteri kita
  • Membantu mengawal gula dalam darah
  • Mengurangkan pengumpalan platelet + pembekuan darah = sekali gus mengurangkan strok
  • Mengelakkan + merawat jangkitan bakteria + virus + kulat
  • Merawat parasit dalaman dan luar seperti kutu + nyamuk. Mana yang nak pergi Camp bawa xtra garlic
  • Boleh membunuh beberapa jenis bakteria yang telah menjadi imun atau tahan antibiotik moden
  • pengambilan bawang putih boleh mengurangkan risiko membangunkan beberapa jenis kanser, terutamanya kanser saluran gastrousus. Boleh baca Bawang putih juga penawar kanser
  • Meningkatkan tahap antioksidan keseluruhan badan + merupakan sumber selenium = ubat anti-kanser yang kuat
  • Mengalami penyakit kaki makan air? Letakkan beberapa kepingan bawang putih segar atau beberapa bawang putih yang dihancurkan dibahagian antara jari kaki anda. Balut dan biarkan untuk beberapa jam = 6 jam.
  • Menunjukkan sifat2 ajaib dalam merawat keracunan logam berat seperti plumbum + merkuri + kadmium + arsenik + tembaga. Jika terkena salah satu logam tersebut dalam badan maka cepat2 kunyah bawang putih mentah
  • Menyembuhkan bisul + kudis. Hancurkan bawang putih dan tepekkan atasnya. Biarkan hingga kering dan ulangi amalan ini hingga kudis sembuh
  • Untuk menghilangkan ketuat atau kutil iaitu lebihan daging kulit seperti tahi lalat hidup. Ambil beberapa kepingan bawang putih dan letak pada ketuat tersebut. Ulangi hingga ketuat itu tanggal

Petua untuk pulihkan demam dengan segera

  • Ambil 2 ulas bawang putih mentah dan kunyah. Sebaiknya pilihlah bawang putih yang memiliki kulit luarnya berwarna merah pink kerana khasiatnya masih terjamin. Jika demam masih tidak reda sebelum tidur kunyah lagi 2 ulas bawang putih mentah.
  • Jika semasa demam mengalami kerongkong yang panas + sakit = kunyahan bawang putih mentah dapat meredakan kerongkong tersebut. 
  • Minum banyak air masak
  • Jika korang tidak dapat mengunyah bawang putih mentah buat cara ini. Ambil 2 ulas bawang putih + goreng atau pangganglah dalam over selama 1 minit bersama kulitnya. Buang kulit dan makan atau telanlah. insyaAllah...

Keburukan memakan bawang putih mentah

  • Dalam kebaikan ada keburukan juga = Terlalu banyak mengambil bawang putih mentah juga tidak baik untuk badan kita. Keburukkannya ia dapat merosakkan sistem penghadaman kita. Jadi harus berpada.
  • Sebaiknya ambil kunyahan bawang putih mentah tidak melebihi empat ulas sehari
  • Jika mengambil lebih bawang putih yang telah dimasak tidak mengapa kerana tidak sama kekuatannya dengan memakan bawang putih mentah yang lebih tinggi khasiatnya. Jadi jangan risau kepada mereka yang menjadi penggemar sop bawang putih. Korang terselemat + lebih sihat
Nota
Bawang putih mentah atau bawang putih yang telah dimasak memang berlainan rasanya. Lebih2 lagi jika dipanggang atau digoreng dengan kulitnya. Kemudian dimakan dengan sambal belacan.. TERANGKAT. Kepada pesakit GASTRIK harus amalkan bawang putih bakar. InsyaAllah akan kurang sakitnya.

P.S. Dah  dua tahun tak kena demam. Sekali kena sampai 3 hari. Nak kunyah bawang putih mentah memang TAK ler aku. Last2 buat sop garlic panggang + green tea. Alhamdulillah.. Seger badan. Kat sini ada saper2 takut nak KUNYAH BAWANG PUTIH MENTAH? Sila angkat kaki. Orite guys, Selamat mencuba petua penawar demam selesama.

sedikit Info credit to happycowdotnet

0 comment... add one now