Resipi Kek Karot aka Carrot Cake


Assalamualaikum. Recipi Kek karot atau carrot cake sama saja bunyinya. Yang pasti rasa dia tetap sama. Yang buat berbeza rasa yang lebih sedap adalah tambahan pada bahan2 yang anda suka. Saya suka bahan2 ini ada dalam kek karot saya. Jom kita.

Bahan2 kek karot



  • 3 biji telur saiz A. Jika B guna 4 biji
  • 2 sk vanilla esen
  • 2 cawan (250 gm) tepung gandum
  • 1 sk baking soda
  • 2 sk serbuk kayu manis
  • 1/4 sk serbuk buah pala
  • 1 1/2 cawan (200 grams) brown sugar - boleh guna gula biasa jika suka
  • 1 1/2 cawan (180 ml) canola/sayur oil
  • 1/4 cawan (60 grams) yogurt atau krim masam. 
  • 1/2 cawan kismis - jika suka
  • 1 cawan isi nenas kiub dlm tin
  • 1 cawan epal hijau potong kiub. ikut suka
  • 2 cawan (260 grams) parutan karot
  • 1/2 cawan atau secawan karot paste - Bland karot dgn air nenas tin sedikit hingga halus pekat. Jika suka boleh letak. tak de takpe
  • 3/4 cup pecan atau walnut - ikut suka
  • 1/2 sk garam


Jujurnya tidak menggunakan mixer utk membuat kek karot sebaliknya hanya menggunakan pemukul telur dengan tangan. Naik musle lengan saya tau. hehehehe... tapi tektur dia lebih cantik dan moisture.

Pukul telur + minyak + gula hingga sebati cantik. Masukkan yogurt atau krim masa. Pukul lagi dengan perlahan. Tujuan letak yogurt agar kek lebih lembap dan sedap.

Dimangkuk lain satukan tepung + serbuk kayu manis + serbuk buah pala + garam + baking soda = ayak. Masukkan tepung dalam adunan telur tadi dan gaul guna spatula saja dengan rata.

Masukkan parutan karot dan karot paste + nenas kiub + kismis + kiub epal hijau dan kacang walnut. Gaul rata.

Dalam pan kek spray minyak atau sapuan butter atau paling baik alaskan kertas minyak dan tuang bahan adunan. Tujuan guna kertas minyak kerana mudah hendak dikeluarkan dari pan. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 Darjah C.

Untuk Filling Cheese Kek Karot



  • 8 auns (224 grams) cream cheese - room temperature
  • 1/2 cawan (115 grams) unsalted butter - room temperature
  • 1 cawan brown sugar
  • 1/2 cawan gula halus - jika suka manis guna 1 cawan
  • 2 sk heavy cream - saya x letak
  • 2 sk vanilla extract
  • 2 sudu besar lemon jus - jika x suka masam kurangkan sesudu
  • secubit sk garam

kek karot kongsibersamanora

Satukan bahan2 dan pukul perlahan hingga lembut dan sekata. Saya guna tangan saja. Betul. Pakai pemukul tangan lebih sedap tau. Lebih halus dan umphhhh.. hehehehe.. taklah.. ikut kesukaan dan kesenangan anda. Yang pasti buat dengan kasih sayang.

kek karot kongsibersamanora

Tektur cream cheese sudah cantik lembut dan putih. Rasakan dan jika kurang manis tambah gula. Jika dah ok ready to sapu atas kek. Hiaslah ikut kesukaan anda. Saya suka potong kek karot menjadi dua layer untuk disapurkan cream cheese ditengah2 juga. Baru lebih umphhh.. Rasa cream cheese lebih. 

kek karot kongsibersamanora

Hiaskan kek anda dengan kacang walnut atau pecan atau apa juga yang anda suka.

Enjoy dan selamat menjamu selera. Kalau sedap share post ni ya pada kawan2. Terima kasih

Nota
Raya haji kelmarin saya buat lagi kek karot dan bagi2 kan pada kawan2 disini. Alhamdulillah semua sukakannya.


0 comment... add one now