Telekung Al-Kauthar paling selesa tampak eksklusif elegan

Assalamualaikum. Telekung Al-Kauthar sebuah nama yang tidak asing lagi bagi kaum wanita milikinya kerana telekung ini terlalu selesa tampak eksklusif elegan pada sipemakai. Material yang digunakan juga sangat sejuk dan selesa. Paling penting ianya memang berkualiti dan menepati syariah islam

Telekung Al-Kauthar ilham dari wanita yang memiliki citarasa yang sangat tinggi yang mementingkan keselesaan dan kesempurnaan kaum muslimah apabila bersolat. Beliau adalah Puan Norliza hayati Ahmad Sairuzi. Saya sendiri bangga dengan terciptanya telekung sebegini. 


Founder AlKauthar Puan Norliza Hayati Ahmad Sairuzi

Biasanya kebanyakkan Telekung yang dijual dipasaran memiliki kualiti material yang nipis dan jarang. Lapisan pada bahagian dalam juga hanya menutupi paras leher dan bahu. Jika si pemakai hanya memakai tshirt berlengan pendek, pasti terlihat jarang. Ada 2 helai telekung yang saya miliki juga mempunyai masalah yang sama. Cantik eksklusif tetapi jarang dan lapisan dalam juga pendek. Walaupun harganya boleh tahan mencecah ratusan lebih. 

Jadi jom kita usha kehebatan Telekung Al-Kauthar dari pelbagai koleksi yang ada seperti Koleksi Haji dan Umrah + Koleksi Moderate + Koleksi Premium + Koleksi SiCilik dan limited edition. Saya diberitahu sekarang ni banyak stock koleksi2 sekarang hampir kehabisan. Menurut Puan Norliza Hayati Al-Kauthar akan habiskan stock yang ada hingga lebaran tahun ni. Selepas ini akan dikeluarkan koleksi rekaan dan corak terbaru yang lebih CANTIK dan ANGGUN.

Produk Al-Kauthar

Ada pelbagai pilihan nama mengikut jenis material dan corak sulam atau plain. Saya lebih suka pada corak bersulam kerana lebih kelihatan cantik dan menawan dengan taburan jahitan sulam bercorak bunga. Jom kita tengok apa yang menarik sangat dengan telekung Al-Kauthar ni.

#Telekung Cinta Sejati set ■ RM425


Diperbuat menggunakan Embroided English Cotton. Telekung bersulam cantik dibahagian dada dan kain dari material yang sama bersulam dikaki. Dihiasi dengan renda dari material English Cotton bersulam yang berkualiti tinggi. Bahagian telekung dijahit DUA LAPISAN hingga paras pinggang ukur lilit muka.

Tersedia dalam saiz XS hingga XL.
■ Muka labuh Telekung 138cm
■ Labuh kain 138cm 

#Telekung Cinta Hakiki set ■ RM375


Cinta hakiki mempunyai dua dan tiga corak berlainan tetapi material tetap sama. Diperbuat menggunakan Embroided English Cotton. Import Veraion Telekung bersulam bunga halus dan kain dari fabrik cotton rich plain (tanpa sulam). Dihiasi dengan renda dari material English Cotton bersulam yang berkualiti tinggi. Bahagian telekung dijahit DUA LAPISAN hingga paras pinggang ukur lilit muka.

Tersedia dalam saiz XS hingga XL.
■ Muka labuh Telekung 112cm
■ Labuh kain 138cm
Details selebihnya boleh lihat di laman web Al-Alkauthar



Saya juga memiliki Telekung Cinta Hakiki ini. Memang rasa tebal tetapi masih selesa dipakai. Terletak saja pada bahagian wajah dan dagu.

#Eksklusif AlKauthar set ■ RM375


Diperbuat menggunakan Cotton Viscose  Satin 1st grade. Telekung dan kain dari fabrik yang sama. Dihiasi dengan renda dari material English Cotton bersulam yang berkualiti tinggi. Bahagian telekung dijahit DUA LAPISAN hingga paras pinggang ukur lilit muka.

Tersedia dalam saiz XS hingga XL.
■ Muka labuh Telekung 138cm
■ Labuh kain 138cm

#Telekung Cinta Aliya set ■ RM320
#Telekung sahaja ■ RM270


Diperbuat menggunakan material Royal Silk Plain English Cotton. Dihiasi dengan renda dari material English Cotton bersulam yang berkualiti tinggi. Bahagian telekung dijahit DUA LAPISAN hingga paras pinggang. Fabrik yang sangat lembut.

Tersedia dalam saiz XS hingga XL.
■ Lapik dalam 2 meter labuh
■ Muka labuh Telekung 138cm
■ Berat Telekung 1 kg


Honestly saya yang dah pakai Telekung Cinta Aliya ni memang jatuh cinta you. Lepas sarung jer kemuka boleh rasa material dia memang awesome. Lembut dan sejuk. Memang terbaiklah material ni. Saya pun suka. Memang sangat2 recommand grab Telekung Cinta Aliya ni. Saya bagi 10 bintang. Sesuai dijadikan hadiah istimewa untuk ibu anda isteri anda dan untuk diri sendiri.

#Telekung sulam kasih ■ RM250
#Telekung sahaja ■ RM190


Diperbuat menggunakan Cotton dengan sulam bunga tabur benang warna untuk badan telekung. Dihiasi dengan renda dari material Cotton warna berkualiti tinggi. Bahagian telekung dijahit DUA LAPISAN hingga paras pinggang.

Tersedia dalam saiz XS hingga XL.
■ Muka labuh Telekung 138cm
■ Labuh kain 138cm

#Telekung Cinta Madina set ■ RM210
#Telekung sahaja ■ RM180



Telekung material plain cotton 1st grade tanpa sulam. Dihiasi dengan renda dari material English Cotton berkualiti. Bahagian telekung dijahit DUA LAPISAN hingga paras pinggang.

Tersedia dalam saiz XS hingga XL.
■ Muka labuh Telekung 138cm
■ Labuh kain 138cm

#Telekung Sulam Kasih Warna■ RM250 - Grey/LightBlue/Purple/Pink


Diperbuat menggunakan Cotton dengan sulam bunga tabur benang warna untukbadan telekung. Dihiasi dengan renda dari material Cotton warna berkualiti tinggi. Bahagian telekung dijahit DUA LAPISAN hingga paras pinggang.

Tersedia dalam saiz XS hingga XL
■ labuh Telekung 48 inci
■ Labuh kain 54 inci
■ Bukaan kain 35 inci

#Telekung SiCilik set ■ RM110 


Telekung untuk sicilik pun ada tau. Ada tiga warna berlainan iaitu warna pink + hijau lembut dan biru lembut. Menggunakan material plain cotton dan lace pada bahagian kepala dan tepi telekung. Cantik dan selesa. Anak2 pastu lebih suka bersolat kerana keselesaan kain yang dipakai.


Nampak tak betapa bagusnya kualiti material yang digunakan untuk mencipta Telekung Al-Kauthar ini. Kesemuanya sangat cantik dan selesa dipakai. Hanya pilih mengikut kemampuan dan kesukaan anda. Yang pasti tak salah pun beli yang sedikit mahal untuk pakaian yang lebih cantik dan selesa demi Allah SWT. Kan itu lebih baik. Betul tak semua.

Anda semua boleh dapatkan koleksi2 Telekung Al-Kauthar dengan melayari website AlKauthar atau wassap direct pada nombor yang tertera dibawah. Selamat berpuasa dan selamat menunaikan tarawikh.



Telekung Eksklusif Al-Kauthar
Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor
+6019 3584983 / +6010 2588008