55 amalan sunnah Rasulullah SAW

Assalamualaikum. Amalan sunnah Rasulullah SAW memang baik dan besar pahalanya. Masa saya kecik2 dulu amalan sunnah terutama cara bagaimana Rasulullah makan. Cara duduk , makan guna dulang beramai2 dan menjilat jari selepas makan. Amalan makan garam juga sebelum dan selepas makan turut dibuat. Alhamdulillah susah saya mendapat penyakit terutama keracunan.

Amalan Sunnah Rasulullah SAW memang terbaik untuk kita teladani. Ajarlah pada anak2 walaupun kita duduk rumah sebesar alam pun. Sunnah Rasulullah SAW besar pahalanya dan banyak kebaikannya.

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

*1. PANDANGAN MATA*
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

*2 MAKAN GARAM*
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

*3. MINUM TANGAN KANAN*
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

*4. SESAAT DI JALAN ALLAH*
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

*5. LANGKAH KANAN*
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

*6. MAKAN TIGA JARI*
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan tengah. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

*7. JAMINAN ALLAH*
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

*8. GUNTING BULU*
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

*9. JANGAN BERSIUL*
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

*10. CARA POTONG KUKU TANGAN*
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

*11. CARA POTONG KUKU KAKI*
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

*12. PANJANG LENGAN BAJU*
Panjang lengan baju Rasulullwah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

*13. PAKAIAN KESUKAAN*
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

*14. BERSIWAK*
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

*15. DOA DALAM SUJUD*
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

*16. ADAB DI TANDAS*
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

*17. ADAB MAKAN*
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

*18. TIGA JENIS ORANG*
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

*19. PAKAI MINYAK WANGI*
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

*20. AMBIL WUDUK SEBELUM* TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

*21. CINCIN PERAK*
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

*22. SOLAT FARDHU DI MASJID*
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

*23. PAKAI CELAK*
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

*24. PANJANG PAKAIAN*
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

*25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH*
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

*26. MENGUAP*
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

*27. MENYIMPAN JANGGUT*
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

Nota
Banyak kelebihan dan besar pahalabya mengamalkan amalan sunnah Rasulullah SAW. MasyaAllah.. ruginya kita kalau x buat salah satu amalan Rasulullah ni. Yang penting banyakkan berselawat. Xoxo.. 


55 amalan sunnah Rasulullah SAW