Galeri Hajra memperkenalkan duta terbaru Wawa Zainal bersama promosi hebat



Assalamualaikum. Baru2 ini saya telah dijemput untuk menghadiri satu majlis bersempena perlantikan duta terbaru produk tudung dan selendang dari Galeri Hajra. Wow.. siapakah beliau? Pasti anda semua kenal dengan artis cantik kecil molek Wawa Zainal bukan. Seorang pelakon muslimah yang sangat peramah dan memiliki personaliti menarik. Ramai wanita diluar sana suka melihat kejelitaan beliau. Pakai apapun style tudung nampak terserlah keayuannya. Jadi tidak hairanlah pihak Galeri Hajra melantik beliau sebagai DUTA Galeri Hajra terbaru. Tahniah.

Saya dan rakan media blogger sangat bertuah dapat bersama2 dengan beliau untuk merasmikan produk2 terbaru Galeri Hajra dengan harga promosi yang sangat2 berbaloi2.


Pada 30hb April 2016 kelmarin, ramai peminat tudung dan selendang datang menyerbu ke Galeri Hajra yang terletak di Sek 7 Shah Alam bersebelahan bangunan Jakel. Masing2 tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri duta terbaru HAJRA dan merebut hadiah misteri pemberian dari Wawa Zainal sendiri. 


Wow.. ruginya siapa tidak hadir pada masa tu. 50 pelanggan terawal termasuk pelanggan yang tidak membeli tudung pun dapat hadiah percuma dari Wawa Zainal. Rugi rugi siapa tak datang hari tu. Jangan kata hakak kau x payung ya. Dah jerit dah dalam instagram twitter facebook dan google+ kelmarin. Siapa yang baca dan follow saya kompem tau dan start enjin keta. Kannn...


Saya sendiri bersama2 media blogger pun gembira sangat dapat bergambar dan berbual dengan Wawa Zainal. Melihat beliau membuat promosi LELONG LELONG pada pelanggan2 yang datang pun dah buat orang ramai berebut2 nak beli. Promosi berlangsung beli 3 helai rm100 dari 30hb - 2hb May 2016 saja tau.

Tak rugi tau membelanjakan duit anda dengan membeli shawl selendang tudung dari Galeri Hajra sebab setiap pembelian RM100 pasti akan mendapat hadiah misteri gempak. Nak tau apa dia? Kena terjah ler..

PROMOSI DAN KOLEKSI HAJRA


Ini semua koleksi2 terbaru keluaran Galeri Hajra. Harga pun semua mampu milik.


Jom kita tengok promosi tudung dan selendang terbaru koleksi Galeri Hajra

  • Instan Qaleesya bubble
  • Instan printed Najihah
  • Instan Shawl Hanna
  • Selendang Alice Oval
  • Instan Bubble Waniey
  • Instan Amisha
  • Instan Rossa Diamond
  • Thaisilk Klim Diamond
Untuk tudung dan selendang exclusive lelong
  • Thaisilk Diamond
  • Lesmiza Diamond size 2
  • Velvet Chiffon diamond size 2
  • Instan Kaif
  • Aijaiz Exclusive

Harga2 tudung dan selendang kesemuanya dilelong murah2 dengan potongan 30% - 80% sehingga 15 May 2016 ini. Jadi cepat datang serbu dan grab sekarang sebelum kehabisan stock. Kena tengok sendiri baru puas hati. Dalam gambar ni baru suku jer koleksi yang saya kongsikan. Ada banyak lagi tudung dan selendang murah2 yang anda mampu miliki.

Mari kita cuci mata sikit gambar2 yang saya kongsikan untuk anda semua.. kasi racun supaya anda sendiri datang tanpa dipaksa. Hehehe...


Ok selesai sudah event yang berlangsung. Seronok dapat berkumpul dengan media blogger dan berkenalan dengan Duta baru HAJRA Wawa Zainal. Semoga kita berjumpa lagi. Banyak koleksi2 cantik2 dan menawan yang exclusive keluaran Galeri Hajra. Anda sendiri kena terjah dan lihat.

Fb:GaleriHajraofficial
www.hajraonline.my
www.instagram.com/galerihajrashahalam
www.instagram.com/galerihajra
Hubungi Galeri Hajra Shah Alam 0355183352