Sup ketam penawar demam denggi

Assalamualaikum guys. Sup ketam penawar demam denggi. Jika tidak dirawat dengan cepat akan membawa kepada maut. Sekarang ini musim hujan. Pastinya ramai di kalangan kita mengalami penyakit demam dan selsema. Paling ditakuti adalah demam denggi biasa atau berdarah. Kita juga tahu demam denggi berdarah paling merbahaya dan sukar untuk diubati. Namun jika kita tahu bagaimana caranya untuk mengubati demam denggi, insyaAllah semuanya atas izin dari-Nya...
 
Sup ketam penawar segla penawar demam denggi. Ketam adalah tambahan yang sangat baik untuk pelan pemakanan sihat. Rendah kalori dengan hanya sekitar 85 hingga 90 setiap 100g (bergantung kepada jenis ketam). Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya, tetapi ia adala lemak tak tepu yang dianggap untuk jantung yang sihat. Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak, yang boleh membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.
Ketam juga merupakan sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga. Ia adalah sumber selenium, yang boleh menjadi cara untuk mencegah KANSER. Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.

Resipi simple sup ketam

  • 2 ekor ketam - belah dua
  • 3 ulas Bawang merah kecil - hiris halus
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • Stgh inci halia - hiris
  • 1 sop bonjot - takder takpe
  • Daun sop. Ada batang saleri lagi bagus. Hiris tebal sikit.
Tumis bawang merah/putih halia sapai kekuningan. Masukkan batang saleri sekali dengan sop bonjot. Dah wangi masukkan ketam. Gaul rata. Masuk air ikut suka korang. Tambah sedikit garam. Pastikan jangan masin kerana boleh menggangu kemanusian rasa ketam. Hidangkan dengan tabur bawang gorengdan daun sup.

Disebalik cerita sup ketam 

Seorang sahabat pernah terkena demam denggi. Rawatan hospital tidak memberi apa2 kesan hinggakan terjadinya lebih serious. Mak beliau tiba2 membuatkan sup ketam untuk di hirup. Biasalah demam2 nak pekena sup panas. Selang sehari demam denggi beliau susut. Dibuatkan lagi sup ketam dan dihirupnya serta di makan isinya. Susut lagi dan di ulangi memakan sup ketam hingga hari ketiga. Alhamdulillah.. demam denggi beliau baik 100 peratus. Sebaiknya sup ketam di masak dengan kulitnya sekali agar segala khasiat ada dalam sup tersebut. Hebatkan khasiat ketam. Cubalah...


Nota
Kemungkinan ada yang alah pada makanan laut namun cubalah sedikit dahulu untuk melihat keberkesanannya. Jika tidak boleh juga banyakkan minum air masak dan ambil vitamin C 1000mg setiap hari. Makan buah2an yang tinggi nutiren sangat penting untuk mengelak dari terkena pelbagai penyakit. Selain itu susulan ke hospital untuk rawatan adalah lebih baik.

P.S. Semasa di Africa pembantu rumah kami juga pernah terkena malaria. Tidak serious tapi aku sarankan juga pada dia buat sup ketam. Hanya 2 hari sahaja demam malaria beliau baik. Sejak itu aku berikan ubat nyamuk dari Malaysia, losyen nyamuk dan vitamin C padanya agar sihat dan boleh bekerja tanpa gangguan penyakit merbahaya. Alhamdulillah semuanya OK... Thanks to Allah. Itulah cerita disebalik sup ketam penawar demam denggi

Kredit gambar untuk wak google.. me acih

0 comment... add one now