Khasiat bawang merah dan bawang besar

Khasiat bawang merah dan bawang besar. 

Assalamualaikum guys.. Hari ini aku rasa macam nak tanya dengan korang semua, ada tidak yang suka sangat memakan bawang besar? Kalau kita order salad sayur + salad buah2an kadang2 ada saja beberapa hirisan bawang besar sebagai penambah rasa. Kalau tiada bawang besar maka tiadalah rasa kesedapan salad tersebut.

Namun tahukah kita bahawa bawang merah + bawang besar sangat banyak khasiatnya.

  • Makronutrien - bawang Merah kebanyakannya terdiri daripada karbohidrat dan air + mengandungi lemak sifar.
  • kalori - bawang merah sangat rendah kalori. Dengan 1 auns bawang (28 gram) hanya 11 kalori sahaja yang terkandung
  • Vitamin & Mineral - bawang Merah menyediakan sejumlah besar vitamin C dan vitamin B6 + salah satu sumber makanan yang terbaik kromium.


Sedikit sebanyak kebaikan bawang merah dan bawang besar

  • Bawang merah @ kecil = Jika tertusuk duri - tumbuk lumat dan tampalkan dibahagian yang terkena duri. InsyaAllah duri akan dapat dikeluarkan 
  • Bawang besar = Dapat membunuh kuman dalam mulut - Dengan mengunyah bawah besar mentah selama beberapa minit sahaja.

Seperti mengunyah bawang besar, disini ada sedikit resipi untuk dikongsikan jika tidak dapat menerima kunyahan bawang besar mentah begitu sahaja..

Bahan2 untuk membuat papadom masalah

  • Papadom besar - goreng atau bakar dalam oven
  • Sebiji bawang besar dipotong dadu kecil2
  • Sebiji tomato dipotong dadu - ikut suka
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sedikit perahan lemon atau limau
  • 1/2 sudu kecil chaat masalah @ garam masalah + serbuk cili
  • garam


TABUR SAJA BAHAN2 YANG TELAH DIPOTONG DADU MENGIKUT KESUKAAN ANDA. SIAP DIMAKAN. SEDAP TAU..

Nota
Kebaikan memakan bawang mentah sangat banyak khasiatnya terutama untuk pesakit kanser kerana bawang besar adalah anti kanser. Rakyat India terutamanya sangat gemar menggunakan + memakan bawang besar dengan kuantiti yang banyak. Itu sebab mereka kuat + sihat.

P.S. Korang kena cuba resipi papadom masalah tuh. Memang sodap dimakan. Tapi untuk dapatkan serbuk chaat masalah amatlah payah disini. Hanya gunakan garam masalah sahaja tetapi kurang sedikit sedap.. Enjoy and selamat mencuba...