Falafel

Falafel
Falafel hummus resipi
Assalamualaikum guys... Semalam sepatutnya post ini telah pun dipublish tetapi dikeranakan sibuk dengan layanan tetamu yang hadir maka terpaksa dibatalkan. U guys suka dengan makanan ini? Sejenis makanan segera + ringan + mudah untuk disediakan. Dengan menggunakan kekacang kuda dan bahan2 lain yang ada didapur maka terjadilah beberapa ketul Falafel yang enak atau orang Brunei kata NYAMAN. 
Falafel sebenarnya makanan ringan yang menjadi hidangan orang2 Timur Tengah Mesir. Golongan orang Mesir membuat hidangan Falafel ini sebagai pengganti untuk daging. Jadi kepada mereka yang tidak memakan daging boleh membuat Falafel sebagai pengganti dengan hanya menggunakan sayur2an sahaja. Bestkan. Jom kita jenguk macam mana hendak membuatnya.
Resipi Falafel
  • Hidangan untuk 2 orang
  • 1 cawan kacang kuda - rendam beberapa jam dengan sedikit baking powder dan rebus hingga empuk
  • Sebiji bawang besar - chop dadu pun boleh
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 camce teh jintan manis atau serbuk - suka lebihkan
  • 1 camce teh ketumbar atau serbuk
  • 1 genggam daun pasli - chop halus
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit serbuk lada atau sebiji lada merah
  • Sedikit tepung gandum
  • 2 cubit backing powder - aku tak letak
  • Garam
  • Sedikit bijan jika suka
Campurkan semua bahan2 kedalam food processor dan biarkan semua bahan rata. Kalau tiada food processor boleh blend dulu kacang kuda bersama sedikit air rebusan kacang. Blend sedikit kasar lebih sedap rasanya. Bawang putih ditumbuk + ketumbar + jintan manis ditumbuk kasar atau halus. Campurkan semua bahan2 dalam mangkuk dan kacau rata. Bulatkan sedikit melonjong atau bentukkan ikut suka dan goreng dalam minyak yang panas dan banyak. Aku suka bentuk melonjong kerana mudah untuk menggulung dengan roti pita.

Roti pita
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu minyak zaitun
  • Secubit backing powder - aku tak letak
  • garam
  • air suam
  • Gaul semua bahan perlahan2 dengan air suam. Gaul seperti menguli kulit karipap hingga adunan menjadi licin. Bahagikan tepung uli sebesar biji bola golf rehatkan 15 minit baru di geleng tipis2 dan di bakar atas kuali tanpa minyak. 
 
Siap untuk digulung dan dihidang bersama Falafel dan salad2 kegemaran seperti bawang besar hiris + daun salad + hirisan tomato + hummus atau yogurt masam.Boleh lihat resipi hummus disini. Oh yes.. jika mahu sediki masam semasa menggulung perahkan sedikit lemon..

Nota
Hidangan ini memang sedap dimakan sewaktu makan tengahari atau malam kerana tidak berapa berat dan mengenyangkan serta sangat sihat. Sesekali mengubah selera begini memang syiokk woooo.. hik3.. 

P.S. Gambar kedua tuh hidangan untuk mr. hubby. Falafel with pita gulung + 4 biji anggur segar + sebiji kurma untuk berbuka puasa semalam. Itu pun dah kenyang.. Burppppp... Alhamdulillah3...

0 comment... add one now