TOSHIBA PORTEGE Z830 ULTRABOOK ULTRASLIM ULTRALIGHT

Am i look superb right!!!!

Assalamualaikum guys... Tuan tanah DenaiHati telah membuat contest untuk blogger merebut UltraBook Toshiba Portege Z830. Jom guys kita review kehebatan lap top keluaran terbaru Toshiba model Z830. Kali ini model keluaran Z830 melahirkan satu lagi lap top yang memiliki kriteria menarik 3U iaitu Ultrabook + UltraSlim + UltraLight. Dengan berwajahkan skrin selebar 13.3" dengan seberat hanya 1.12kg serta mempunyai ciri-ciri casis yang diperbuat daripada magnesium aloi. Memang powerful. Jom kita intai apa yang hebat sangat untuk memiliki Ultrabook Toshiba Portege z830.
Kehebatan Ultrabook Toshiba Portege Z830
Rekaan yang menarik dan lebih moden. Dilengkapi dengan 1.80GHz Intel Core i7-2677M pemproses dwi-teras dengan kelajuan Turbo Boost 2.90GHz dan Intel HD Graphics 3000 bersama-sama dengan 6GB DDR3 RAM, pemacu negeri 128GB pepejal dan paparan LED HD dengan maksimum resolusi daripada 1366 x 768

Ketipisan - UltraBook Z830 super nipis dan ringan jika dibandingkan dengan Toshiba Portege M900 kepunyaan aku. Sangat kukuh dan kuat jika digunakan seharian kerana diperbuat dari magnesium aloi. Hanya seberat 1.12kg jika dibandingkan dengan Portege M900 di 2.25kg

Fingerprint - Mempunyai ciri2 keselamatan tambahan dengan menggantikan kata laluan kepada cuitan sapu mudah jari telunjuk sahaja. Jika salah sapuan jari atau bukan pemilik jari komputer tersebut maka akan keluar lambang pangkah seperti gambar diatas ini. So don't u dare nak kongsi lap top tanpa izin

Speaker dan touchpad - Kedua2nya sangat unik. Ultrabook Z830 didatangkan dengan pembesar suara stereo yang dikuasai oleh MaxxAudio menyediakan bunyi yang kuat + jelas + penuh secara live. Touchpad pula boleh digunakan untuk activate atau diactivate

Sisi belakang - UltraBook Z830 dari arah belakang terlalu banyak bezanya dengan Portege M900. Lebih tipis dan lebih kemas. USB 2.0 ports + HDMI + power supply + VGA + LAN port semuanya disatukan dibahagian belakang. Hanya Audio ports + SD card reader dibahagian kiri dan USB 3.0 port + Kensington lock slot disediakan tepi bahagian kanan

Keyboard - Diciptakan papan kunci yang mempunyai backlit dan tahan limpahan air. Paling terbaik adalah kita masih boleh meneruskan berblogging atau berurusan perdagangan walaupun tanpa cahaya terang. This is the best part..
Lagi.....
  • Sistem penyejukan yang tinggi + cekap yang boleh menyingkir haba yang lebih baik
  • Portege Z830 juga didatangi dengan Toshiba EasyGuard Teknologi supaya kita dapat bergerak dengan berkeyakinan dan lebih kacak untuk membantu melindungi fail dan multimedia
  • Dicipta satu struktur sarang lebah yang unik dalam casis aloi magnesium untuk memberikan PC ini lebih tahan + kuat + tipis
  • The best part bateri boleh tahan lebih dari 8 jam. Menarik bukan..

Toshiba Portege Z830 Utrabook specs
HargaRM3,999/RM4,799
Processor1.6/1.8GHz Intel Core i5/i7 2677M
Memory6GB, 1,333MHz DDR3
Hard Drive128GB SSD

2 X USB 2.0, 1 X USB 3.0 (Sleep and Charge), RGB, HDMI, SD
Card reader, Ethernet LAN port, Kensington lock
GraphicsIntel HD Graphics 3000
Operating systemWindows 7 Home Premium
Dimensions (WD)316 x 227 mm
Height15.9 mm
Screen size (diagonal)13.3-inch
System weight1.12/1.13 kg
Battery8-cell Li-Ion battery (vs only 4/6-cell in other Ultrabooks)

Aku mahukan UltraBook Z830
Menggunakan Portege M900 sejak 2007. Memang sangat tahan lama serta cukup puas hati dengan kelajuan dan specs yang ada pada M900 kecuali ianya sangat berat untuk aku membawa kesana kemari untuk tujuan tertentu plus adik yang masih belajar lagi perlu menggunakan lap top. Jadi Toshiba M900 akan diserahkan kepadanya tidak lama lagi. Itu sebab hajat dihati ingin memiliki Portege Z830 3U - UltraBook + UltraSlim + UltraLight kerana ianya Super powerful. Sangat berbaloi memilikinya dan tidak akan menyesal seumur hidup. Biarpun hati ini ada ura2 kepada Mac Book Pro namun bila melihat UltraBook Z830 lebih menyerlah dan lebih slim maka hati jadi terpaut jatuh cinta. Percaya tak?? Ikut mu ler..Hik3...



Projek Review Ultrabook Toshiba anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Toshiba & amp;Intel MalaysiaEizil.comAnarm.neteQurban.comAlansarproperties.comKedai Kak Siti,azri.myJerungperkasa,



Nota
Setiap lap top yang dicipta didunia ini ada kelebihan masing2. Tugas kita hanya membeli dan memilih yang terbaik untuk kepuasan diri dan juga kesenangan dalam berurusan.

P.S. Ini adalah percubaan pertama aku untuk contest dari DenaiHati. Harapnya semua sahabat2 dapat memberi support dan rajin2lah klik + tweet + like + share mana yang patut. Billion terima kasih untuk semua. I lap u guys... Truly Asia.. hik3. Kalau ada kesilapan sila2 ler tegur untuk diperbaiki.. Thanks again guys...

kredit gambar UltraBook Z830 to Shefri zulkefli

0 comment... add one now