Lelaki mengamuk rempuh kereta isteri sampai remuk


Assalamualaikum guys... Korang dah baca berita ini belum. Kes seorang lelaki yang bergelar suami berang dengan isteri lantas merempuh kereta isterinya sampai remuk. Dahsyatkan... Agaknya apa jer yang diorang gaduhkan sampai nak main rempuh2.. Khabarnya dia hilang pertimbangan kerana terlalu marah apabila mengesyaki isterinya yang mengusahakan kantin di sebuah kilang telah melakukan sesuatu yang tidak baik terhadapnya. 

Rempuah kereta telah menyebabkan pagar dan tembok jiran2 sebelah rosak teruk. Setelah perbincangan dengan baik beliau setuju untuk membayar gantirugi dengan 2 check berharga RM5 ribu dan RM3 ribu. 

Nota
Marah punya pasal kereta jadi mangsa. Nasib tak ada orang. Yang best tuh siap bergambar lagi.. Memang brutal mamat nih.. hik3

P.S.  Kalau kita marah sekalipun kat suami atau isteri jangan ler buat kes macam nih. Bincang elok2.. Kalau masing2 naik hangin satu badan adalah lebih pegi rendam dalam ais kasi sejuk.. har3... Oklah... saja jer nak kongsi berita hangit.. Korang enjoy cuti weekend nih dan Salam Maulidul Rasul untuk semua... Banyakkan selawat ke atas nabi... 

Info from UtusanMalaysia...


0 comment... add one now