Khasiat petai belalang, jering dan bunga kemunting china penawar kencing manis

kredit untuk google..

Asslamualaikum. Khasiat petai belalai jering kemunting china memang terbukti dapat merawat pelbagai penyakit.


Hari ini topik tentang penawar dan tanda2 untuk penyakit kencing manis. Mudah2an sedikit info ini boleh membantu kepada sesiapa yang mengidap penyakit merbahaya ini. Jika tidak dirawat lebih awal ianya akan merebak lebih cepat dan tubuh badan kita akan menjadi lembik dan busuk secara perlahan2...

Ini tanda2 awal ditimpa penyakit kencing manis

  • Kerap membuang air kecil
  • Berat badan menurun
  • Sentiasa merasa haus atau dahaga
  • Sentiasa merasa lapar
  • Letih yang tidak menentu
  • Pandangan semakin menjadi kabur
  • Mudah mendapat penyakit kulit
  • Merasa gatal2 pada bahagian kaki dan tangan
  • Merasa penat dan sakit kaki
  • Gatal2 pada lipatan dan kedua celah paha

Ini tanda2 yang serius atau teruk pada pesakit kencing manis

  • Sentiasa haus
  • Hilang selera makan
  • Muntah2
  • Boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
  • Air kencing menjadi manis, disukai oleh semut2

Langkah yang perlu diambil berat oleh pesakit2 ini

  • Menjaga kebersihana badan dengan sempurna dan teliti
  • Sentiasa mengawasi makanan dengan baik + elakkan mengambil gula + tidak memakan makanan yang berkanji
  • Menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihidapi
  • Sentiasa bersenam dan berehat yang secukupnya
  • Jangan terlalu banyak menggunakan tenaga 
  • Bila melakukan kerja2 yang berat berehatlah sementara. Jangan membuatkan badan terlalu penat hingga tidak berkesempatan untuk rehat.
  • Jika badan terlalu penat berhenti dan jangan diteruskan lagi

Penawar penyakit kencing manis

  • Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering dari pokoknya.
  • Keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak hingga garing
  • Tumbuk atau blend halus petai goreng tadi menjadi seperti serbuk kopi
  • Bancuh 2 sudu serbuk kopi petai belalang dengan secawan air panas tanpa gula
  • Amalkan setiap pagi 
Atau 
  • Minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari
  • InsyaAllah dalam beberapa bulan akan pulih dengan izin-Nya
Nota
Ada beberapa petua dari tumbuh2an yang khasiatnya dapat merawat pelbagai penyakit termasuk kencing manis. Korang boleh baca SINI dan SINI.. Petua menggunakan bunga kering  kemunting sama cara minumnya dengan penyakit barah darah dan leukemia..

Ada beberapa lagi petua menggunakan kulit buah jering atau jengkol dan kulit pokok petai. Tapi rumit sikit untuk mencubanya. Amalkan saja petua2 yang diatas ini.. InsyaAllah.. setiap amalan haruslah dimulakan dengan Surah Al Fatihah + selawat Syifa dan yakin..

P.S. Arwah makcik sebelah rumah aku kat kampung meninggal gara2 penyakit kencing manis. Dia pernah tunjukkan pada aku dia tekan kaki guna jari saja. Terperanjat sangat bila tengok kaki betisnya tenggelam macam berlubang.. MasyaAllah.. Mudah2an kita sentiasa sihat dengan memakan makanan yang seimbang dan kurangkan gula untuk kebaikan..

0 comment... add one now