Penawar merawat perokok dan ketagihan dadah

Penawar merawat perokok dan ketagihan dadah
Assalamualaikum guys. Penawar merawat perokok dan ketagihan dadah. Bukan senang untuk meninggalkan tabiat merokok. Agak susah untuk mereka yang terlalu habit pada rokok hingga boleh menghabiskan 2 kotak dalam sehari. Begitu juga dengan penagih dadah. Sanggup lakukan apa sahaja untuk melepaskan gian mereka.

Dengan cuba melakukan petua tradisional ini dapat merawat kepada mereka yang ketagihan merokok dan dadah. InsyaAllah mujarab dengan izin-Nya.


Petua ini bukan untuk menghilangkan ketagihan perokok tapi untuk merawat sahaja. Petua penggunaan limau nipis ini banyak khasiatnya untuk perokok2 tegar atau perokok2 normal. Ikut saja cara ini. Mudah2 insyaAllah berkesan.

  • Minum air perahan limau nipis yang asli tanpa di campurkan air atau apa2 bahan lain. Amalkan 4 kali dalam seminggu pagi atau petang atau setiap hari. Tujuannya agar pati candu atau rokok tidak melekat pada bahagian paru2.
  • Petua kedua hendaklah amalkan minum 2 sudu madu lebah asli setiap hari.
  • Petua ketiga - cuba kurangkan merokok dan banyakkan minum air.

Untuk petua bagi menghilangkan ketagihan DADAH/CANDU

  • Ambil madu lebah asli 2 sudu besar + 1 cawan air mawar yang teah di panaskan. Minum semasa masih panas. Amalkan 2 kali sehari sehingga sembuh.
  • Daun ketum juga dapat membantu merawat ketagihan DADAH/CANDU tapi aku tak sarankan coz takut di gunakan kepada yang lain pula.. Namun gunakanlah untuk tujuan yang baik.


Satu lagi penawar rokok dan ketagihan. TEH RERAMA penawar segala penyakit.

Nota
Kalau ada sesiapa yang inginkan petua penggunakan daun ketum untuk merawat ketagihan DADAH bolehlah tinggalkan komen. Kalau ramai yang memintanya insyaAllah akan di kongsikan untuk semua. Tapi kena guna dengan cara yang betul.

P.S. Teringat pula lawak SEPAH "jangan air ketum sudah ler".. hik3

0 comment... add one now